Sailor Moon (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sailor Moon
Watak Sailor Moon
Sailor Moon 01.jpg
Super Sailor Moon.
Kemunculan pertama (Lihat bawah)
Dicipta oleh Naoko Takeuchi
Dilakonkan oleh (Lihat bawah)
Profil
Gelaran Usagi Tsukino
Puteri Serenity
Permaisuri Baru Serenity
Kesetiaan Serikandi Sailor
Kebolehan Serangan berkaitan dengan cahaya (terutama cahaya bulan) dan cinta. Keupayaan untuk menyembuh.
Adaptasi Inggeris
Nama Serena "Bunny" Tsukino
Lain-lain Puteri Serena (DiC)

Sailor Moon (セーラームーン Sērā Mūn?) merupakan watak rekaan dalam siri Sailor Moon dan merupakan protagonis utama francais tersebut, begitu juga dengan nama watak. Nama biasanya ialah Usagi Tsukino (月野 うさぎ Tsukino Usagi?). Dia merupakan gadis pelajar sekolah yang ceria yang mampu bertukar menjadi ketua kepada watak-watak utama, Sailor Senshi.

Disebabkan kepopularannya di serata negara, dan juga gaya rambut bebola yang menonjol, dia merupakan watak ikon anime yang paling mudah dikenali di seluruh dunia. Dia juga merupakan satu-satunya watak yang muncul dalam semua 200 episod anime, dan muncul dalam semua 52 babak manga dan semua 51 babak dalam siri lakonan sebenar.

Profil[sunting | sunting sumber]

Dalam siri, Usagi Tsukino diperkenalkan sebagai pelajar sekolah yang hidup pada abad ke-20 di Tokyo. Dia dipaparkan sebagai orang yang baik tetapi kuat menangis dan lebih suka kehidupan yang biasa sebagai gadis remaja bumi. Namun begitu, dia berterusan melawan kejahatan dari hayatnya yang silam dan melindungi Bumi dengan Kristal Perak Khayalan, sebagai penegak keadilan, Sailor Moon, seperti yang dipaparkan dalam mangan dan anime.

Perjalanannya bermula apabila ketika sedang berlari ke sekolah, dia terlihat kanak-kanak mencederakan seekor kucing dan dia menyelamatkannya (dalam manga, dia secara tidak sengaja terpijak kucing itu). Kemudian, kucing itu memasuki biliknya dan mendedahkan dirinya sebagai seekor kucing yang mampu bercakap yang bernama Luna, yang bertindak sebagai mentor dalam kisah ini. Luna memberikannya lencana atau kerongsang yang mampu menukarkannya kepada Sailor Moon ("pahlawan cinta dan keadilan"), dan memberitahunya yang dia ialah seorang perajurit yang harus berlawan untuk keamanan. Dia juga memberitahu Usagi yang dia perlu mencari perajurit yang lain dan juga puteri mereka. Walaupun pada mulanya Usagi agak keberatan[2] dan sering diselamatkan oleh Tuxedo Mask. Tetapi, semakin cerita berkembang, watak juga menjadi semakin yakin dan matang. Walau bagaimanapun, dia tetapi mempunyai ciri penangis pada penghujung siri.

Usagi dalam pakain seragam sekolahnya, seperti yang dilukis oleh Naoko Takeuchi. Takeuchi sering menekankan yang Usagi adalah seorang yang pemalas dan kuat berangan, tetapi mempunyai hati yang mulia.

Usagi tinggal di Azabu Jūban (daerah sebenar yang berada di Tokyo) bersama ibunya Ikuko Tsukino, dan bapanya Kenji Tsukino, serta adik lelakinya Shingo Tsukino. Keluarga Usagi dinamakan sempena nama ahli keluarga sebenar pencipta siri, Naoko Takeuchi.[3] Dalam Sailor Senshi, Usagi dan Minako Aino sahaja merupakan watak yang mempunyai keluarga nukleus. Usagi juga satu-satunya yang mempunyai adik beradik.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Takeuchi, Naoko (June 6, 1995). "Back of volume". Bishoujo Senshi Sailor Moon Volume 10. Kodansha. ISBN 4-06-178806-X. 
  2. Grigsby menganggap keberatan sebagai merosakkan ciri watak itu", p.72 ; tetapi Anne Allison menganggapnya sebagai tiga kunci utama untuk kebersungguhan siri Allison, Anne (2000). "A Challenge to Hollywood? Japanese Character Goods Hit the US". Japanese Studies (Routledge) 20 (1): 67–88. doi:10.1080/10371390050009075. 
  3. Takeuchi, Naoko (July 6, 1993, March 5, 1995). "Act 15". Bishoujo Senshi Sailor Moon Volume 4. Kodansha. ISBN 4-06-178753-5.