Production I.G
![]() |
|
| Jenis | Studio anime |
|---|---|
| Genre | Pelbagai |
| Ditubuhkan | 15 Disember 1987 |
| Pengasas | Mitsuhisa Ishikawa Takayuki Goto |
| Ibu pejabat | Tokyo, Jepun |
| Kawasan | Seluruh dunia |
| Orang utama | Mitsuhisa Ishikawa (Pengasas/CEO dan Presiden terkini) |
| Industri | Industri anime |
| Produk | Anime, Permainan video, Manga |
| Hasil | ¥ 10,000,000 |
| Pekerja | 126 (setakat November 2007) |
| Divisyen | Bee Train (1997 - 2006) Xebec Mag Garden Corporation |
| Laman web | (Inggeris) http://www.production-ig.com/ (Bahasa Jepun) http://www.production-ig.co.jp/ |
Production I.G, Inc. (株式会社プロダクション・アイジー Kabushiki-gaisha Purodakusyon Ai Jī?) (JASDAQ: 3791) ialah sebuah studio animasi dan syarikat perusahaan penerbitan Jepun, yang ditubuhkan pada tanggal 15 Disember, 1987 oleh Mitsuhisa Ishikawa.
Production I.G telah terbabit dalam beberapa penerbitan siri televisyen anime, OVA dan filem, babak animasi permainan video, reka cipta dan perkembangan permainan video, termasuklah penebitan serta pengurusan muzik. Di antara karya-karya terkenalnya termasuklah siri-siri seperti Patlabor dan Ghost in the Shell. Production I.G terkenal dengan kualiti animasinya yang tinggi.
Huruf-huruf I dan G sebenarnya diambil sempena nama pengasas syarikat tersebut iaitu Mitsuhisa Ishikawa dan pereka watak popular iaitu Takayuki Goto.[1]
Objektif utama I.G, menurut presidennya Mitsuhisa Ishikawa, adalah untuk mencipta siri-siri anime yang berdiri dengan sendirinya tanpa menjadi sebahagian daripada sambungan siri-siri manga.[2]
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- (Bahasa Jepun) Laman web rasmi Production I.G
- (Inggeris) Laman web rasmi Production I.G versi bahasa Inggeris
- (Inggeris) Production I.G di Internet Movie Database
