Salam Fayyad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
سلام فياض
Dr. Salam Fayyad
Salam Fayyad

Tempoh berjawat
15 Jun 2007 – 13 April 2013
Didahului oleh Ismail Haniyeh
Digantikan oleh Rami Hamdallah

Tarikh lahir 1952
Tempat lahir Deir al-Ghusun, Jordan
Parti politik Hala Ketiga
*Salam Fayyad cuma berkuasa di Tebing Barat. Ismail Haniyeh masih berkuasa di Semenanjung Gaza.

Dr. Salam Fayyad (Bahasa Arab: سلام فياض; lahir pada 1952) adalah ahli politik Palestin yang dilantik oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebagai Perdana Menteri Palestin yang baru pada 15 Jun 2007. Sebelum ini Dr. Salam Fayyad pernah menjadi Menteri Kewangan Palestin ketika Fatah menguasai kerajaan sementara pada 2002.

Dr. Salam Fayyad dihormati di peringkat antarabangsa sebagai ahli ekonomi dan ahli politik. Beliau tidak memihak kepada Fatah mahupun kepada Hamas yang sedang bersengketa. Dr. Salam Fayyad mendapat ijazah PhD jurusan ekonomi dari Universiti Texas di Austin, Amerika Syarikat. Dia pernah belajar dengan William A. Barnett dan pernah membuat kajian tentang American Divisia Monetary Aggregates. Dia juga pernah menjadi staf di Federal Reserve Bank of St. Louis.

Kerjaya Dr. Fayyad bermula sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Yarmuk, Jordan. Kemudian bekerja di Bank Dunia, pada 1987 - 1995. Oleh itu dia pernah tinggal di Amerika Syarikat selama 20 tahun iaitu pada 1987-1995. Kemudian menjadi wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membantu pihak berkuasa Palestin sehingga tahun 2001. Seterusnya menjadi Menteri Kewangan semasa Fatah berkuasa di Palestin.

Kemudian Dr Salam menjadi pengasas dan pengerusi parti baru Hala Ketiga (Third Way) dan menyertai Pilihan raya Legislatif Palestin 2006 bersama Hanan Ashrawi. Fayyad dan Hanan menang dua kerusi bagi mewakili Parti Pilihan Ketiga dalam Majlis Perundangan Palestin.

Dia dilihat pro-Barat dan menyokong kumpulan Fatah. Oleh itu Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan. Dia dilihat menyokong tindakan Fatah mengiktiraf negera Israel. Sebaliknya parti Hamas enggan mengiktiraf kerajaan Israel.

Pada 18 Mac 2007, Fayyad telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan Fatah-Hamas. Kerajaan perpaduan ini hasil dari Deklarasi Mekah yang diusahakan oleh kerajaan Al-Saud, Arab Saudi.

Pada 15 Jun 2007, Dr Salam Fayyad dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Palestin secara tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Palestin. Presiden Mahmoud Abbas yang kecewa dengan tindakan Hamas menguasai pejabatnya di Semenanjung Gaza, telah membubarkan kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Haniyeh. Pembubaran ini dan perlantikan Dr. Salam Fayyad tidak diiktiraf oleh Ismail Haniyeh. Jadi, ketika ini kerajaan Palestin mempunyai dua perdana menteri.

Didahului oleh
Ismail Haniyeh
Perdana Menteri Palestin
15 Jun 200713 April 2013
Diikuti oleh:
Rami Hamdallah