Sekolah Eikaiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Eikaiwa atau Eikaiwa kyōshitsu (Jepun: 英会話教室) atau Eikaiwa gakkō (Jepun: 英会話学校)[1] adalah sekolah perbualan bahasa Inggeris di Jepun. Sekolah Eikaiwa selalunya merupakan sekolah swasta (sama seperti pusat tuisyen). Sekolah Eikaiwa merupakan gabungan beberapa perkataan di dalam Bahasa Jepun: eikaiwa (Jepun: 英会話, Perbualan Bahasa Inggeris) dan gakkō (Jepun: 学校, Sekolah) atau kyōshitsu (Jepun: 教室, Kelas).

Walaupun sistem pendidikan awam Jepun mewajibkan pembelajaran bahasa Inggeris dalam kurikulum sekolah, ianya hanya bermula dari gred lima dan tumpuan pembelajaran dalam kelas berfokus pada tatabahasa Inggeris. [2] Sesetengah pelajar menghadiri sekolah eikaiwa untuk menambahkan atau memantapkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka, untuk belajar bahasa kedua, untuk meningkatkan kemahiran perniagaan mereka, sebagai hobi, untuk membantu bersosial, atau untuk membuat persediaan untuk perjalanan luar negara atau perkahwinan. [3] Ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini dengan harapan ianya dapat meningkatkan kebolehan anak mereka untuk menggapai pendidikan tinggi, atau untuk memberi pendedahan tentang cara dan adab orang dari budaya lain. Guru asing (terutamanya dari negara barat atau berkulit putih) sering diupah menjadi guru kontrak untuk sekolah Eikaiwa dan perkara ini sering menjadi titik pemasaran utama perniagaan sekolah eikaiwa.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Eikaiwa yang berjenama biasanya mempunyai cawangan yang terletak di bandar dan pekan di seluruh Jepun, dan terdapat sejumlah besar sekolah eikaiwa yang lebih kecil. Sekolah Eikaiwa yang mempunyai beberapa rangkaian juga menawarkan pembelajaran dalam bahasa lain, termasuk bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Jerman, Cina dan Korea. Bahasa-bahasa ini biasanya diajar di cawangan bandar yang lebih besar atau melalui persidangan video. [4] Pada tahun 2002, pengajaran bahasa asing di Jepun merupakan sebuah industri yang bernilai 670 bilion yen, di mana lima rantaian sekolah eikaiwa terbesar (Nova, GEOS, ECC, Aeon dan Berlitz) menyumbang sebanyak 25% kepada jumlah nilai industri tersebut. [5] Nova, sekolah eikaiwa yang terbesar, pernah memfailkan muflis pada Oktober tahun 2007, walaubagaimanapun jenama itu terus berkembang maju di bawah pengurusan yang berbeza. Berlitz, salah sebuah jenama sekolah eikaiwa, pernah dianggap sebagai salah satu daripada "Empat sekolah Besar", tetapi bahagian pasarannya telah merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia telah diambil alih oleh ECC. ECC dan Aeon telah menjadi sekolah eikaiwa yang paling diiktiraf di Jepun. [6] Sekolah eikaiwa yang mempunyai rangkaian besar menjalankan kempen pengiklanan yang meluas dalam media cetak dan di televisyen; mereka kadangkala menampilkan selebriti Jepun atau antarabangsa dalam iklan promosi sekolah mereka dan mempunyai profil yang sangat tinggi dan pengiktirafan jenama yang kukuh hasil daripada kualiti peribadi dan profesional kakitangan asing kontrak disekolah mereka. [7] [8]

Sebuah penilaian pada tahun 2008 terhadap pasaran kajian bahasa untuk tahun fiskal 2007 menunjukkan pasaran tersebut telah menyusut lebih 61%, kesan daripada kejatuhan sekolah eikaiwa Nova. Walaupun begitu, permintaan untuk beberapa perkhidmatan seperti perisian dan pelajaran untuk kanak-kanak telah meningkat. [9] GEOS, sebuah jenama sekolah eikaiwa telah memfailkan muflis pada April tahun 2010, dan telah diperoleh oleh Nova. [10]

Purata gaji untuk guru eikaiwa secara amnya telah jatuh sejak tahun 1980-an. Kesatuan guru Eikaiwa telah cuba untuk memerangi penurunan dalam gaji dan kehilangan faedah, akan tetapi cubaan mereka telah datang dengan hasil yang berbeza-beza. [11]

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Guru Eikaiwa biasanya terdiri daripada penutur asli bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, Ireland atau New Zealand . Menurut The Japan Times, Kementerian Kehakiman Jepun menganggarkan bahawa kira-kira 90 peratus daripada penduduk asing di Jepun tinggal selama tiga tahun atau kurang. Bagi guru eikaiwa, bagaimanapun, angka itu meningkat antara 96 dan 97 peratus. [12] Ini menunjukkan kebanyakan guru kontrak di sekolah eikaiwa memilih untuk pulang ke negara masing-masing selepas kontrak mereka tamat.

Skandal[sunting | sunting sumber]

The American Club, pernah menjadi sekolah eikaiwa terbesar di Wilayah Tochigi, utara Tokyo, [13] [14] [15] telah disaman sebanyak dua kali oleh pekerjanya dalam tempoh 13 bulan kerana didapati menahan gaji pekerjanya. [15] [16] Semasa tuntutan mahkamah kedua sedang berlaku, pengarah sekolah eikaiwa tersebut didapati melarikan diri, sambil mengabaikan perintah mahkamah untuk membayar gaji pekerjanya. [15] [17] [18] Laporan berita menunjukkan perniagaan itu telah ditutup, [15] tetapi menurut pendaftaran perniagaannya, sekolah tersebut masih merupakan entiti operasi yang sah dengan ekuiti 30 juta yen, dan tidak pernah berada dalam keadaan muflis. [14]

Sekolah eikaiwa Nova pernah jatuh muflis dan semasa itu menyebabkan beribu-ribu guru kontrak bewarganegara asing (majoriti dari negara barat) hilang sumber pendapatan dan, dalam kebanyakan kes, tiada penginapan selepas kontrak mereka dibatalkan secara tiba-tiba. [12]

Pada tahun 2014, rantaian Eikaiwa Gaba, yang terkenal dengan pelajaran "lelaki dengan lelaki" (satu-ke-satu), mendapat kecaman daripada media massa tempatan kerana lembab dalam mengendalikan aduan gangguan seksual terhadap pelajar. Sekiranya tiada prosedur aduan awam, Kesatuan Am cawangan Gaba terpaksa menggunakan perundingan kolektif untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya satu pertikaian. [19] Dengan kata lain, ia mungkin akan memakan masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah jikalau hanya bergantung pada Sekolah Eikaiwa itu sendiri untuk menyelesaikan masalah aduan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McConnell, David (2000). Importing Diversity: Inside Japan's JET Program. University of California Press. m/s. 23. ISBN 0-520-21636-9.
  2. ^ cf Zoom High School English-Okihara Katsuaki, Clyde Davenport
  3. ^ Ninnes, Peter (2004). Re-Imagining Comparative Education. Routledge. m/s. 118. ISBN 0-415-94817-7.
  4. ^ "Japan - Education Videoconferencing Network Opens". Washington Post Newsweek Interactive via Newsbytes Network. June 29, 2000. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  5. ^ Otake, Tomoko (June 4, 2004). "Insatiable thirst for English boosts language schools". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-06. Dicapai pada 2010-07-10.
  6. ^ "English Teaching Gets a Shake in Japan". OhmyNews. June 17, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-19. Dicapai pada 2007-06-30.
  7. ^ "How U.S. stars sell Japan to the Japanese". Salon.com. June 29, 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2007. Dicapai pada 2007-06-30.
  8. ^ Seargeant, Philip (2005). ""More English than England itself": the simulation of authenticity in foreign language practice in Japan". International Journal of Applied Linguistics. 15 (3): 326–345. doi:10.1111/j.1473-4192.2005.00094.x.
  9. ^ "Yano Research Institute Report" (PDF). Yano Research Institute. September 2, 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 10, 2008. Dicapai pada 2008-09-02.
  10. ^ Japan Times Geos school chain files for bankruptcy Retrieved on June 11, 2012
  11. ^ Budmar, Patrick, "The curious case of the eroding eikaiwa salary", Japan Times, 3 July 2012, p. 12
  12. ^ a b "English schools face huge insurance probe". The Japan Times. April 12, 2005. Dicapai pada 2007-03-20.
  13. ^ アメリカンクラブ株式会社登記 (American Club Business Registration), Utsunomiya Legal Records Office, Jan. 1995
  14. ^ a b アメリカンクラブ株式会社登記 (American Club Business Registration), Utsunomiya Legal Records Office, Feb. 10, 2011
  15. ^ a b c d 「英会話教室の外国人講師ら」賃金支払い求め訴訟経営者不在のまま閉鎖」 (Asahi Shimbun), Utsunomiya edition, Utsunomiya, Jan. 25, 1996
  16. ^ "The fall of American Club" Article in Networking, Utsunomiya, Tochigi, Japan, Feb. 1996
  17. ^ 「講師の賃金支払い命令英会話学校へ宇地裁」(Shimotsuke Shimbun), Utsunomiya, Feb. 23, 1996
  18. ^ "AC Update: Threat" Networking, Utsunomiya, Tochigi, Japan, Mar. 1996
  19. ^ "Harassers exploit Gaba's man-to-man lesson format", The Japan Times, Jun 16 2014

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Craig Currie-Robson, English to Go: Inside Japan's Teaching Sweatshops (2015)
  • Bruce Feiler, Learning to Bow: An American Teacher in a Japanese School (1991), kemudian diterbitkan sebagai Learning to Bow: Inside the Heart of Japan
  • Benjamin Hesse, Memoirs of a Gaijin (2007)
  • David L. McConnell, Mengimport Kepelbagaian: Di dalam Program JET Jepun (2000)

Templat:Eikaiwa