Sera Melissa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sera Melissa
Kelahiran (1998-07-13) 13 Julai 1998 (umur 25)
Nama lainSera Melissa
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2019–kini

Sarah Malisa (Jawi: سراح مليس; lahir 13 Julai 1998) atau lebih dikenali Sebagai Sera Melissa adalah seorang pelakon wanita Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sarah Malisa atau nama popularnya Sera Melissa merupakan seorang pelakon muda yang tampil dengan personaliti yang tabah, apatah lagi dia boleh menyanyi dan bermain gitar. Nama beliau mungkin masih baharu dalam industri lakonan tanah air, beliau mula mencetak nama dalam bidang lakonan pada tahun 2019 lalu. Banyak peminat beliau yang lebih mengenalinya sebagai Zana, yang merupakan adik kepada Rahimah lakonan Puteri Aishah dalam siri drama Rahimah Tanpa Rahim. Sera Melissa telah banyak berlakon dalam beberapa siri drama tempatan seperti Cinta Tanpa Henti (2019), Setelah Ku Dimiliki (2019), Rahimah Tanpa Rahim (2020) dan masih banyak lagi. Selain berlakon, Sera Melissa atau yang lebih mesra dipanggil Sera ini juga pandai bernyanyi dan bermain gitar, beliau bahkan kerap memuat naik video cover muzik di akaun Tiktok dan Instagramnya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sera Melissa memulakan kerjaya lakonannya dengan mengikuti uji bakat DFKL pada tahun 2019 lalu, beliau berjaya mengharunginya sehingga ke penghujung. Beliau kemudian perlahan-lahan membina kemahiran lakonannya dan diiktiraf tidak lama selepas itu dalam sebuah drama, berjudul ‘Setelah Ku Dimiliki’ dan ‘Rumah Siti Khadijah’. Kerana kepelbagaian bakat dan keazamannya, dia berada di landasan untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya. Sera Melissa pertama kali tampil berlakon menerusi drama yang berjudul Setelah Ku Dimiliki arahan Osman Ali. Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Zaza Qry, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3, mulai dari 29 Oktober 2019 hingga 5 Disember 2019. Seterusnya, Sera Melissa juga muncul dalam siri drama 13 episod, Rumah Siti Khadijah arahan Heykal Hanifah. Drama ini menampilkan kelainan dengan paparan 13 kisah tentang isu-isu remaja di rumah perlindungan wanita. Nama Serra mulai dikenali selepas beliau melakoni watak Zana dalam drama Rahimah Tanpa Rahim, drama arahan Eoon Shuhaini mulai ditayangkan pada 22 Januari 2021 hingga 2 Mac 2021. Pada 26 Ogos 2021, Sera Melissa tampil sebagai Syahirah dalam drama 8 episod, Anak Sena. Drama arahan Bahri Uma ini di bintangi oleh Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman dan Hadi Putra. Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli sebagai subjek penceritaan, drama bersiri Anak Sena, bukan sahaja sarat pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti, bahkan tular dan dipuji sebagai sebuah naskhah segar dalam media sosial.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Emma Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Setelah Ku Dimiliki Syikin TV3 Drama pertama
2020 Ironi Kasih Eka
2021 Rahimah Tanpa Rahim Rozana
Cukup Derita Itu Ayu Zaleha
Anak Sena Syahirah
2022 Sayang Tak Dikenang Amalin
Antara Ikhlas & Kaca Siti Awesome TV
Ku Punya Hati Sofea TV3
2023 Rajuk Karina Syakila
2024 My Lovely Driver Jojo

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Raya Hampir Tak Jadi TV3 Telefilem pertama
2022 Abang Ngah Fadilah TV2
2023 Sempurna Rania TV3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]