Sharif Babu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharif Babu
Kelahiran
Sharif bin Babu

1927 (1927)
Meninggal dunia16 Mei 1985 (berumur 57–58)
Sebab kematianKomplikasi pelbagai jenis penyakit
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Kota, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1965–1985
Terkenal keranaCetti
PasanganMak Enon
Anak-anak3

Sharif Babu (1927 – 16 Mei 1985) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali Sinonim dengan watak Cetti di layar perak dalam trilogi Do Re Mi dan Anak Bapak bersama arahan Tan Sri P. Ramlee.

Jika menonton filem Do Re Mi, antara adegan yang mencuit hati ialah, adegan Masdor dikejar peminta hutang, antaranya seorang cetti yang dilakonkan oleh seniman Sharif Babu, antara dialognya ialah ...itu pasai sekarang saya mari aci...ni berapa lama, pokok saya tarak tengok aci...bunga tarak nampak...itu akar sikit ada sangkut...ini akar pun putus aci...saya tulungkup (terlungkup). Nama sebenar beliau ialah Sharif bin Babu, dilahirkan di Sungai Pinang, Pulau Pinang pada tahun 1927. Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah 5 di Sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang. Selepas meninggalkan alam persekolahan. Sharif terus dibawa ke dunia seni oleh keluarganya, beliau mendapat bimbingan bapa saudaranya, Pak Jab.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak beraksi dalam filem-filem terbitan Merdeka Filem Studio yang turut membabitkan seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, antaranya Masam-Masam Manis, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Ahmad Albab dan Anak Bapak. Watak yang kerap dibawa oleh beliau ialah sebagai Ceti atau Samseng, Sharif Babu memang sinonim dengan watak-watak ini, malah kalau disebut 'ceti' maka wajah beliaulah yang menerpa difikiran. Diakhir penglibatan beliau dilayar perak, Sharif sempat berlakon bersama seniman Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad filem Kami pada tahun 1982, beliau membawakan watak Pak Du, lelaki budiman yang berbeza dengan watak yang lazimnya diberikan kepada beliau. Menerusi Filem Kami, Sharif Babu telah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3, namun anugerah itu tidak dimenanginya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain mewarnai layar perak dengan watak komedi, Sharif Babu juga merupakan seorang pemuzik, beliau merupakan seorang pemain gendang dan rebana dalam kumpulan muzik tradisional yang terkenal di Pulau Pinang, kumpulan Pak Jab Ronggeng yang juga merupakan bapa saudaranya. Selain daripada itu beliau juga pernah menyertai kumpulan muzik yang diketuai oleh pemuzik terkenal, Hamzah Dolmat. Penglibatan beliau dalam kumpulan muzik ini telah membawanya mengembara sambil membuat persembahan di luar negara, antaranya di London, Berlin, Manila, Sri Lanka, Indonesia dan Thailand. Bakat seni muzik yang mengalir dalam tubuhnya itu dikatakan diwarisi dari bapanya, Pak Babu yang terkenal di pentas bangsawan, selain pakar bermain rebana.

Satu fakta menarik tentang Sharif Babu ialah, beliau merupakan salah seorang bekas suami kepada seniwati terkenal, Mak Enon, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1952. Pada ketika itu, Sharif Babu baru berusia 25 tahun, sementara Mak Enon pada ketika itu telah pun berusia 41 tahun.[1] Rumahtangga mereka tidak kekal lama, mereka berpisah dan Sharif terus menduda, sementara Mak Enon telah menemui jodoh baru.

Pada 1982, Sharif bersara dari bidang lakonan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sharif Babu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari khamis, 16 Mei 1985[2] di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat penyakit jantung, selain komplikasi beberapa penyakit lain seperti kencing manis, batuk kering dan darah tinggi ketika itu beliau berusia 58 tahun. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kota, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1965 Masam-Masam Manis Peragut Beg Filem pertama
1966 Do Re Mi Chetty
Nasib Do Re Mi Sharif
1967 Keluarga 69 Karim
1968 Anak Bapak Cetty Linggam
Ahmad Albab Sarjan Polis
1969 6 Jahanam Mumbala (Ahli Kumpulan Enam Jahanam)
Keranda Jingga Ahmad
1970 Gelora
1971 Pedang Sakti Jamong
1973 Satu Penentuan Ayah Murad
Satria Kawan Ketua Kampung
1975 Si Buta Datuk Berempat
Pertiwi
Jiwa Remaja Majikan Hairi I
1979 Tuan Badul
1981 Langit Tidak Selalu Cerah Si Luncai
Si Luncai Pembantu Demang
Setinggan
1982 Sikit Punya Gila Bomoh
Kami[3] Pak Du Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1965 Keluarga Si Tompel TV1
1969 Cahaya Dari Ka'bah
Korban Kerana Keturunan
Debaran

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]