George Town, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
George Town
Tanjung Penaga
Bandaraya Pulau Pinang
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiجورج تاءون
Mengikut arah jam dari atas: Garis ufuk George Town, Gereja St George, Menara Jam Peringatan Victoria, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, bangunan tinggi di Persiaran Gurney, Eastern & Oriental Hotel
Mengikut arah jam dari atas: Garis ufuk George Town, Gereja St George, Menara Jam Peringatan Victoria, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, bangunan tinggi di Persiaran Gurney, Eastern & Oriental Hotel
Bendera George Town
Mohor rasmi George Town
Nama panggilan: Mutiara Timur[1]
Map
Kedudukan George Town di Pulau Pinang
George Town, Pulau Pinang is located in Bumi
George Town, Pulau Pinang
George Town, Pulau Pinang (Bumi)
Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E / 5.414500; 100.3292000Koordinat: 5°24′52.2″N 100°19′45.12″E / 5.414500°N 100.3292000°E / 5.414500; 100.3292000
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Kawasan pentadbiran
Ditubuhkan pada11 Ogos 1786
Diperbadankan pada1857
Tanah jajahan mahkota British1 April 1867 - 31 Ogos 1957
Pendudukan Jepun19 Disember 1941 - 3 September 1945
Status bandar diberikan pada1 Januari 1957[2]
Kerajaan
 • Kerajaan TempatanMajlis Bandaraya Pulau Pinang
 • Datuk Bandar Pulau, Pulau PinangDato' Ir. Rajendran A/L P Anthony
Keluasan
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah122.79 km2 (47.41 batu persegi)
 • Metro
2,563.15 km2 (989.64 batu persegi)
Aras14 m (46 ft)
Penduduk
 (2010)[4]
 • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah708,127 (ke−2)
 • Metro
2,412,616 (2nd)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dipatuhi
Poskod
100xx hingga 108xx 111xx hingga 118xx
Kod kawasan+604
Pendaftaran kenderaanP
Laman sesawangmbpp.gov.my
JenisKebudayaan
Kriteriaii, iii, iv
Ditetapkan2008 (sesi ke-32)
No. rujukan
1223
RantauAsia Pasifik

George Town (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandar raya metropolitan terletak di timur laut negeri Pulau Pinang, Malaysia selain ibu negeri tersebut, bandar raya ini yang tertua di Malaysia selepas Melaka. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth dan Ipoh berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara seperti Bandaraya Melaka.

Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang[perlu rujukan], menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar satelit George Town termasuklah Air Itam, Bayan Lepas, Glugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah. Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap di Seberang Perai. Zon Metropolitan Georgetown merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km2 ), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km2. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.

George Town juga diumumkan sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.

George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga daripada kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.

Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama bandar raya ini datang daripada petempatan asal British yang dinamakan memperingati Raja George III.[6][7] Sebelum ini, tempat ini pernah diberi nama "Tanjung Penaga" (Jawi: تنجوڠ ڤناݢ) oleh penduduk Melayu yang menetap awal kerana terdapat banyaknya pokok penaga laut yang ditemukan tumbuh meliar di tanjung sekitar kawasan tersebut.[8][9]

Sejarah bandar raya[sunting | sunting sumber]

George Town pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur.

Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Capt.137). Status Bandar Raya telah diberikan kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom) pada 1 Januari 1957.

Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang lalu dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan nama Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebus guna.

Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773 km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576). Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam.

Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaik taraf MPPP kepada MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[10]

Geografi[sunting | sunting sumber]

George Town merupakan ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. George Town merupakan bandar raya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan ia terletak di dalam Zon Metropolitan George Town yang juga merupakan zon metropolitan kedua terbesar di Malaysia yang terletak di utara tanah air. George Town terletak di timur laut Pulau Pinang, dan merupakan sebuah tanjung yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat George Town terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Pemandangan Bandar Raya George Town
Kedudukan George Town di Pulau Pinang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

George Town dan Pulau Pinang pada asalnya ialah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang menyatakan Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis. Pembangunan di George Town pada asalnya tertumpu di kawasan Kota Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) ialah jalan-jalan yang pertama dibina di George Town. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalan raya yang hendak dibangunkan. Selepas itu, Church Street (Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina. Jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Kapten Francis Light mengiystiharkan George Town sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda.

Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan, Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah).

Bangunan Bank Standard Charted Di Lebuh Pantai George Town
Makhamah Tinggi George Town

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan George Town. Pembangunan George Town telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British; terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) di mana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga sinagog orang Yahudi di Jalan Nagore, George Town (tetapi ditutup pada tahun 1976).

George Town merupakan bandar raya yang majoriti kaum berbangsa Cina selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Komposisi kaum pada 2010 adalah seperti berikut,

Kumpulan etnik warganegara (2020)[11]
Etnik Peratusan
Cina
  
64.5%
Bumiputera
  
24.2%
India
  
10.2%
Lain-lain
  
1%
Kumpulan etnik warganegara 2020
Etnik %
Cina 64.5
Bumiputera 24.2
India 10.2
Lain-lain 1.0

Yahudi[sunting | sunting sumber]

Orang Yahudi yang pertama datang ke George Town ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun, Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke George Town. Semasa Perang Dunia II, kebanyakan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di George Town dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di George Town bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963, terdapat 20 keluarga Yahudi di George Town. Hari ini, jumlah komuniti Yahudi di George Town dianggarkan seramai 100 orang (sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakannya berketurunan Parsi dan Rusia.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Komuniti Jepun dipercayai bertapak di Pulau Pinang sejak 1880. Kebanyakannya ialah kaum wanita. Banyak daripada wanita-wanita ini terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Pada tahun 1910, 86% daripada 149 orang wanita Jepun terlibat dalam kegiatan pelacuran. Mereka dikenali sebagai Karayuki-san, majoritinya berasal dari Kyushu, Jepun. Orang Cina Pulau Pinang memanggil Lebuh Cintra sebagai Jipun Kay (Jalan Jepun) dan Kampung Malabar sebagai Jipun Sin Lo (Jalan Jepun Baru). (sumber: The Star 22 April 2002)

Filipina[sunting | sunting sumber]

Komuniti Filipina di George Town tertumpu di kawasan-kawasan Roman Katolik seperti Penang Road (Jalan Penang), Argyll Road (Jalan Argyll), Farquhar Street (Lebuh Farquhar) dan di sekitar Gereja Assumption, Jalan Transfer. Orang-orang Filipina di George Town kebanyakannya mempunyai kemahiran bermain muzik.

Eurasia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, terdapat hampir 1500 orang Eurasia atau dikenali sebagai Serani di Pulau Pinang, majoritinya di George Town. George Town dipercayai mempunyai komuniti Eurasia yang terbesar di Malaysia, bancian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan hampir 13% golongan Eurasia di Malaysia menetap di Pulau Pinang, majoritinya di sekitar George Town. Hampir 90% golongan Eurasia ini beragama Kristian, hampir 4% Islam, 3% lain-lain dan selebihnya beragama Buddha atau Hindu. Di Pulau Tikus, George Town terdapat Kampung Serani.

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Senarai ahli parlimen bagi kawasan George Town (Dewan Rakyat)

Kerusi Parlimen Ahli Parti
P.048 Bukit Bendera Zairil Khir Johari PR DAP
P.049 Tanjong Ng Wei Aik PR DAP
P.050 Jelutong Ooi Chuan Aun PR DAP
P.051 Bukit Gelugor Ram Karpal Singh a/l Karpal Singh PR DAP

Senarai ahli D.U.N. kawasan George Town

Parlimen Kerusi Dun Ahli Parti
P.048 N.22 Tanjong Bunga Teh Yee Cheu PR DAP
P.048 N.23 Air Puteh Lim Guan Eng PR DAP
P.048 N24 Kebun Bunga Cheah Kah Peng PR PKR
P.048 N.25 Pulau Tikus Yap Soo Huey PR DAP
P.049 N.26 Padang Kota Chow Kon Yeow PR DAP
P.049 N.27 Pengkalan Kota Lau Keng Ee PR DAP
P.049 N.28 Komtar Teh Lai Heng PR DAP
P.050 N.29 Dato Keramat Jagdeep Singh Deo PR DAP
P.050 N.30 Sungai Pinang Lim Siew Khim PR DAP
P.050 N.31 Batu Lanchang Law Heng Kiang PR DAP
P.051 N.32 Seri Delima Nethaji Rayer PR DAP
P.051 N.33 Air Itam Wong Hon Wai PR DAP
P.051 N.34 Paya Terubong Yeoh Soon Hin PR DAP
Bangunan Dewan Undangan Negeri di George Town

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 16 km dari selatan bandar raya George Town memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirehat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasi
AirAsia Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura
Cathay Pacific Hong Kong1
China Airlines Taipei-Taoyuan
China Southern Airlines Guangzhou, Xiamen
Firefly Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang
Indonesia AirAsia Jakarta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Singapura
Kartika Airlines Medan, Banda Aceh
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura
Silkair Singapore
Sriwijaya Air Batam, Medan
Thai AirAsia Bangkok-Suvarnabhumi
Thai Airways International Bangkok-Suvarnabhumi
Tiger Airways Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Darat[sunting | sunting sumber]

  • Bandar raya George Town dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
  • Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Exit 161 Persimpangan George Town
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancangan

Laut[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

Jambatan Pulau Pinang
Feri

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

  • Terminal Bas Ekspres Utama George Town, Pulau Pinang terletak di Sungai Nibong
  • Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar, George Town
  • Terminal Bas Weld Quay,George Town Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
  • Terminal Bas 2 Weld Quay,George Town 10,101,103 & 104
  • Terminal Bas Komtar, George Town Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
  • Penang Monorail dalam perancangan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Universiti Terbuka Wawasan

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

  • Gurney Plaza
  • Queensbay Mall 7 km dari Pusat bandar raya
  • Island Plaza
  • Menara KOMTAR
  • Prangin Mall
  • 1st Avenue Mall
  • Parkson Grand
  • Penang Times Square
  • Midlands Park Centre
  • Tesco Seaview
  • Tesco Tanjung Bungah
  • Kamdar
  • Mydin
  • Gama
  • Gurney Paragaon Mall
  • Penang Plaza
  • Sunshine Farlim
  • Sunshine Square Bayan Baru 7 km dari Pusat bandar raya
  • Kompleks Bukit Jambul, 8 km dari Pusat bandar raya
Menara KOMTAR
Quensbay Mall

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Besar Pulau Pinang
  • Hospital Pakar Loh Guan Lye
  • Island Hospital
  • Hospital Pakar Gleneagles
  • Hospital Pakar Lam wah Yee
  • Hospital Pakar Adventist
  • Hospital Pakar Pantai
  • Hospital kanser Mt. Miriam
Hospital Pakar Loh Guan Lye

Kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Bandaraya
  • Tanjung Bungah
  • Tanjung Tokong
  • Tanjong Pinang
  • Seri Tanjong
  • Pulau Tikus
  • Desa Baiduri‎
  • Kampung Batu Lanchang‎
  • Kampung Belachan‎
  • Kampung Dodol‎
  • Kampung Hijau‎
  • Kampung Makam‎
  • Kampung Masjid‎
  • Kampung Masjid Bagan‎
  • Kampung Rawa‎
  • Kampung Raya Baharu‎
  • Kampung Syed‎
  • Pengkalan Weld‎
  • Jelutong
  • Taman Abidin‎
  • Taman Ara‎
  • Air Itam
  • Bandar Baru Air Itam Farlim
  • Taman Barat‎
  • Taman Cemerlang‎
  • Taman Cheeseman‎
  • Taman Continental‎
  • Taman Dega Green‎
  • Taman Dhoby Ghaut‎
  • Taman Free School‎
  • Taman Green Lane‎
  • Taman Greenview‎
  • Taman Guan Joo Seng‎
  • Taman Islands Glades‎
  • Taman Jeliemas‎
  • Taman Jelutong‎
  • Taman Jesselton Height‎
  • Taman Kampar‎
  • Taman Kennedy‎
  • Taman Koperasi Jelutong‎
  • Taman Lalulintas‎
  • Taman Lembah Sungai‎
  • Taman Lita‎
  • Taman P. Ramlee‎
  • Taman Penang‎
  • Taman Perak‎
  • Taman Pulau Pinang‎
  • Taman Rampas‎
  • Taman Scotland‎
  • Taman Selamat‎
  • Taman Sri Husin‎
  • Taman Windmill
  • Changkat Miden
  • Gelugor
  • Sungai Dua
  • Sungai Nibong
  • Batu Uban
Persiaran Gurney di George Town
Pemandangan Tanjung Tokong di luar Bandaraya George Town

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/George_Town,_Pulau_Pinang#/editor/0

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Zon Metropolitan Georgetown

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mike Aquino (30 August 2012). "Exploring Georgetown, Penang". Asian Correspondent. Dicapai pada 1 January 2016.
  2. ^ Goh Ban Lee (19 May 2014). "The Penang Island City agenda". The Sun. Dicapai pada 25 January 2016.
  3. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of George Town)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2015. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "The Penang Island City agenda". The Sun Daily. 19 May 2014.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-31. Dicapai pada 2017-04-24.
  6. ^ Ooi, Keat Gin (2010). The A to Z of Malaysia. Rowman & Littlefield. ISBN 9780810876415.
  7. ^ Everett-Heath, John (2017). The Concise Dictionary of World Place Names. Oxford: Oxford University Press. ISBN 9780192556462.
  8. ^ "Penaga Laut trees are back in George Town". The Star (dalam bahasa Inggeris). 28 Julai 2008. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  9. ^ Mohd Arif Atan (14 Julai 2008). "Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu". Utusan Malaysia.
  10. ^ https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Penduduk George Town tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine