Sharifah Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Rose
Sharifah Rose pada 2021
Kelahiran
Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd Mazfira

(1998-11-26) 26 November 1998 (umur 25)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA
University of Wollongong Malaysia
PekerjaanModel, personaliti media sosial, pelakon
Tahun aktif2019–kini
Terkenal keranaKekasih Hati Mr Bodyguard (2021)

Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira (Jawi: شريفة روس صبرينا بنت سيد محمد مظفيرا; lahir 26 November 1998) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awal sebagai model dan personaliti media sosial, beliau terkenal menerusi watak Hana Aralyn lakonannya dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)[1][2] dan 3 Nota Cinta (2022) menerusi watak Alisa.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sharifah Rose dilahirkan pada 26 November 1998 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar dan Noraini Dahlan. Bapanya berdarah kacukan Arab, manakala ibunya berdarah kacukan Melayu–Jawa.[4]

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, seterusnya memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) seterusnya jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di University of Wollongong Malaysia di Glenmarie, Shah Alam.[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.

Pada tahun 2019, beliau membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Vroom Vroom" nyanyian Nabila Razali, seterusnya membintangi drama pertamanya, Cerita Hantu Asrama yang disiarkan di Astro Prima dengan melakonkan watak Wani.

Rose melakonkan watak Zahra dalam drama Kisah Cinta Rumi yang disiarkan di TV3, tetapi mendapat kejayaan meluas menerusi watak Hana Aralyn lakonannya dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard yang menggandingkan beliau bersama Redza Rosli.[7][8]

Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang daripada 5 peserta rancangan realiti Master In The House Malaysia yang disiarkan di TV3. Selain beliau, 3 lagi peserta ialah Scha Elinnea, Andi Bernadee, Meyrasam (ahli kumpulan Cassia) dan Hael Husaini.[9] Rose juga berlakon dalam 3 drama, antaranya ialah 3 Nota Cinta dan Ku Punya Hati.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cerita Hantu Asrama Wani Astro Prima
2021 Kisah Cinta Rumi Zahra TV3 Idea asal
Kekasih Hati Mr Bodyguard Hana Aralyn Adaptasi novel karya Ateen Ahmad
2022 3 Nota Cinta Alisa
Do You Love Me, Captain? Daneena Durra Adaptasi novel karya Sophilea
Ku Punya Hati Rashidah
2023 Alice Kampung Baru Siska

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Tanggang Langgang Orkid TV3

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2021 Realiti Cinta Edlin WeTV

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Master In The House Malaysia Dirinya sendiri TV3
Sepahtu Reunion Live Al-Puasa Linda Astro Warna Episod: "Karma Sebelah Pintu"
Fit For Action Artis jemputan TV3

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Rangkaian
2019 "Vroom Vroom" Nabila Razali YouTube Seventeen Eleven Music

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian
2022 Ucapan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 YouTube Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia
Residensi Prihatin Keluarga Malaysia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [11]
2022 Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Menang
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Popular Kekasih Hati Mr Bodyguard Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (29 Mei 2021). "Sharifah Rose lali dikecam". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (26 Mac 2021). "Sharifah Rose lali tak kisah dikritik". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
  3. ^ Norhayati Nordin (15 Februari 2022). "Sharifah Rose mahu terus belajar". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2022.
  4. ^ Nur Emira Saizali (24 Oktober 2021). "Sharifah Rose, 'kayu sudah lembut'". Kosmo!. Dicapai pada 4 Februari 2022.
  5. ^ Intan Mas Ayu Shahimi (23 Mei 2018). "Si cantik menawan". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  6. ^ Nor Hidayu Bosro (16 Ogos 2020). "Sharifah Rose mahu jenama sendiri". Kosmo!. Dicapai pada 4 Februari 2022.
  7. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 November 2021). "Teringin watak komedi". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2021.
  8. ^ Farol Hadi (15 April 2022). "Dalam diam-diam dah 3 drama jadi heroin, Sharifah Rose syukur dapat kepercayaan stesen TV". mStar Online. Dicapai pada 27 September 2022.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Januari 2022). "Lima selebriti berguru di Korea Selatan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  10. ^ Najiy Jefri (24 Ogos 2022). "Lali dengan kecaman". Harian Metro. Dicapai pada 11 November 2022.
  11. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 November 2021). "Sharifah Rose tak tamak bolot tawaran". Berita Harian. Dicapai pada 4 Februari 2022.
  12. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (15 Julai 2023). "Ernie, Sharifah Rose tak sangka dapat undi peminat". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]