3 Nota Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3 Nota Cinta
Genre
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Ib Nawawi
  • Adib Zaini
  • Nana Khalil
  • Azril Hamzah
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanHampir Sempurna - Evie Feroza
Lagu penutupHampir Sempurna - Evie Feroza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sadupal Singh
  • Vareen Kaur
PenerbitDato Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
IQiyi (ulangan)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Februari 2022 – 3 Mac 2022
Kronologi
MengikutiShakira
Diikuti olehSayang Tak Dikenang

3 Nota Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Emi Suffian, dibintangi oleh Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Afifah Nasir dan Wani Kayrie. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 14 Februari 2022 menggantikan Shakira. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya.

Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya

Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa.

Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan.

Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar. Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.

Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali.

Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Untuk drama ini, Salina Saibi kembali melakonkan watak Amy yang pernah dilakonkannya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012) kedua-duanya arahan Syamsul Yusof.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama 3 Nota Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 13 Februari 2022