Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ibu pejabat Menara Seri Wilayah, Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Anak agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya
Tapak web
http://www.kwpkb.gov.my

Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia adalah kementerian di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia Wilayah Persekutuan. Menterinya yang terkini adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

  • Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.
  • Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Namun, pada Mei 2013 nama asal kementerian iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dikembalikan.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
    • Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
    • Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
    • Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
    • Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.

Visi[sunting | sunting sumber]

Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kepulauan Pesisir.

Maju[sunting | sunting sumber]

Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera[sunting | sunting sumber]

  • Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastruktur yang terancang dan berkualiti.
  • Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat
  • sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat hiburan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat.
  • Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.
  • Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi.
  • Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
  • Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menerajui perancangan, pengurusan dan penyelarasan pembangunan insan, masyarakat, ekonomi dan persekitaran bagi merealisasikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera serta membantu dalam perancangan Lembah Klang.

Nilai-nilai teras[sunting | sunting sumber]

  • Mesra
  • Amanah
  • Jelas
  • Unggul

Moto[sunting | sunting sumber]

BERSAMA MENJAYAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN"

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya.