Shichi-Go-San
| Shichi go san | |
|---|---|
| Nama rasmi | 七五三, Shichigosan |
| Diraikan oleh | Orang Jepun |
| Jenis | Agama |
| Kepentingan | Upacara penggenapan tradisional dan hari festival di Jepun untuk kanak-kanak perempuan berumur 3 dan 7 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia 3 dan lima tahun. |
| Tarikh | 15 November |
Shichi-Go-San (Jawi: شيچي-ڬو-سان, Jepun: 七五三, Shichigosan, makna harfiah: Tujuh-Lima-Tiga) adalah sebuah upacara penggenapan dan hari pesta bagi kanak-kanak lelaki berumur tiga dan lima tahun serta kanak-kanak perempuan berusia tiga dan tujuh tahun. Perayaan ini diraikan pada 15 November. Shichi-Go-San bukanlah hari cuti kebangsaan jadi ia disambut pada hujung minggu yang terdekat.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Perayaan Shichi-Go-San dikatakan berasal pada zaman Heian dan diraikan oleh golongan bangsawan yang merayakan berlalunya zaman anak-anak mereka ke fasa zaman kanak-kanak pertengahan. Menurut numerologi Asia Timur, nombor ganjil seperti tiga, lima dan tujuh adalah nombor bertuah.[perlu rujukan] Amalan ini ditetapkan pada hari kelima belas ketika Zaman Kamakura.[1]
Lama-kelamaan, tradisi telah diamalkan oleh golongan samurai dan mereka menambah beberapa ritual untuk sambutan perayaan ini. Kanak-kanak yang umurnya telah mencecah tiga tahun telah dikehendaki untuk dicukur kepalanya dan mereka dibenarkan untuk membiarkan rambut mereka tumbuh semula. Kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun boleh memakai hakama buat pertama kalinya manakala kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun pula dibolehkan menggantikan tali yang yang diikat pada kimono mereka dengan obi tradisional.[2] Pada Zaman Meiji, amalan ini telah diterima pakai oleh golongan rakyat biasa juga termasuk upacara melawat kuil untuk mengusir roh-roh jahat serta berhajat untuk kehidupan yang sihat dan panjang.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Japanese Lifestyle: Shichi-Go-San, diambil pada 16 November 2005
- ↑ Kids Web Japan: Shichi-Go-San, diambil pada 16 November 2005
Pautan luar [sunting]
- Maklumat tentang sambutan - tokyowithkids.com
- Shichi-go-san - web-japan.org