7 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXII | ||||||
7 September merupakan hari ke-250 (hari ke-251 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 115 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Brazil (1822).
[sunting] Peristiwa
- 1191 - Perang Salib Ketiga: Richard I dari England mengalahkan Salahuddin al-Ayyubi dalam Pertempuran Arsuf.
- 1776 - Di Pelabuhan New York, Turtle menjadi kapal selam yang pertama digunakan dalam pertempuran.
- 1821 - Republik Gran Colombia ditubuhkan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pengasas dan Francisco de Paula Santander sebagai naib presiden.
- 1859 - Jam besar di Menara Jam Besar Istana Westminster mula bergerak. Jam ini sering silap dipanggil Big Ben yang sebenarnya dalah nama untuk loceng besar yang menandakan waktu pada setiap jam.
- 1901 - Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer, satu perjanjian tidak adil dengan Perikatan Lapan Negara.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: The Blitz (gambar) bermula apabila Jerman Nazi mula mengebom London, hari pertama dari 57 hari pengeboman berturut-turut.
- 1982 - Lagu Cinta, yang merupakan album ketujuh oleh penyanyi tersohor iaitu Sudirman Hj Arshad telah dikeluarkan.
- 1986 - Desmond Tutu (gambar) menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja Anglikan di Afrika Selatan.
- 1998 - Pelajar Universiti Stanford Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google di Menlo Park, California, A.S..
- 2009 - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, yang pertama sejak hampir 40 tahun.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||