Sistem kadaran kandungan permainan video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah sistem kadaran kandungan permainan video (bahasa Inggeris: video game content rating sistem) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mengklasifikasikan judul-judul permainan video menjadi kumpulan berdasarkan tahap kesesuaian. Kebanyakan daripada sistem ini dikaitkan ataupun disponsor oleh kerajaan, dan kadang-kala adalah sebahagian daripada sistem kadaran wayang gambar tempatan. Utiliti kadaran begitu pernah dipersoal oleh kajian yang menerbitkan keputusan kajian misalnya seperti 90% para remaja yang menyatakan bahawa ibu bapa mereka "tidak pernah" merujuk kepada kadaran yang diberikan sebelum membenarkan mereka membli atau menyewa sesebuah judul permainan video,[1] justeru telah berlakunya niat untuk "membetulkan" sistem kadaran yang wujud sekarang.[2] Sistem kadaran kandungan permainan video boleh digunakan sebagai dasar undang-undang yang berjual-beli permainan video kepada mereka di bawah umur, misalnya di negara seperti Australia. Pemeriksaan kadaran serta kelulusannya merupakan sebahagian daripada penempatan permainan video apabila mereka disediakan untuk pengedaran di negara-negara asing. Sistem kadaran ini juga telah digunakan secara sukarela untuk menghalang penjualan sesetengah judul permainan video berdasarkan kedai, misalnya penjual Jerman Kaufhof yang menggugurkan setiap satu judul permainan video dengan kadaran 18+ oleh USK setelah berlakunya Tembak-menembak di sekolah Winnenden.[3]

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Sebuah perbandingan di antara sistem kadaran permainan video yang aktif, menunjukkan "umur" pada paksi mendatar.

Negara/Sistem 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17+ 18+[4] Nota tambahan
Amerika Syarikat Kanada Mexico ESRB eC E E10+ T M AO
Australia ACB G PG M MA15+ RC Kategori yang terbatas hanya MA15+. Judul-judul yang diklas sebagai RC adalah diharamkan untuk dijual, disewa atau dipamerkan di Australia.
New Zealand OFLCNZ G PG M R13 R15 R16 R18 Setiap individu boleh membeli judul kadaran M, namun pihak ibu bapa disarankan bahawa kandungannya adalah lebih sesuai untuk individu matang iaitu 16 tahun ke atas.
United Kingdom BBFC U PG 12 15 18 Setiap individu boleh membeli judul kadaran PG, namun pihak ibu bapa disarankan bahawa kandungannya mungkin kurang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8.
United Kingdom ELSPA[5] 3+ 7+ 11+ 12+ 15+ 16+ 18+ Paling kerap digunakan di kawasan-kawasan UK.
Kesatuan Eropah PEGI 3+ 7+ 12+ 16+ 18+ Di Portugal, kadaran adalah berbeza daripada piawai tetapan PEGI, iaitu 4 dan 6, dan bukannya 3 dan 7.
Finland VET 3+ 7+ 12+ 16+ 18+ Diadaptasi pada 1 Januari, 2007
Jerman USK Semua 6 12 16 18 Tidak diiktiraf secara rasmi.
Brazil MJ/DEJUS ER / L 10 12 14 16 18 Merupakan sistem kadaran yang sama digunakan untuk televisyen dan wayang gambar.
Jepun CERO Pendidikan & Pangkalan Data B C D Z Komputer dan permainan video selalunya menggunakan sistem kadaran CERO di Jepun.
A
Jepun EOCS/CSA Umum R 18+ Digunakan secara utamanya untuk judul-judul PC (Dating sim, Novel visual dan Eroge)
Korea Selatan GRB ALL 12 15 18 Sebelum tahun 2006, permainan video yang dikeluarkan di Korea Selatan diberi kadaran oleh KMRB.
Taiwan Republik Rakyat China CSRR
(Umum)

(Perlindungan)

(Nasihat)

(Sekatan)
Kadaran Perlindungan dan Nasihathendaklah didampingi guru ataupun penjaga.
Iran ESRA +3 +7 +12 +15 +18 / +25 Sesetengah judul permainan video diharamkan.
TIGRS Sesuai untuk Keluarga Kandungan untuk Remaja Kandungan untuk Dewasa Dicipta untuk kegunaan permainan video terbitan pembangun bebeas.
Apple 4+ 9+ 12+ 17+ Dicipta untuk judul permainan video yang diedarkan menerusi App Store Apple di seluruh dunia.

Penjelasan setiap kadaran boleh ditemui dalam rencana mereka sendiri.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Imej di bawah mewakiliki penggunaan beberapa sistem kadaran kandungan permainan video di seluruh dunia. Negara yang dipenuhi dengan gradien menggunakan beberapa sistem kadaran. Negara Malaysia belum lagi menggunakan sistem kadaran permainan video sendiri.[6]

Video game rating systems map.svg

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dr. David Walsh (21 Mac 2000). [http://web.archive.org/web/20080910181231/http://eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/80/23/4b/03.pdf "Impak Keganasan Interaktif pada Kanak-Kanak: Testimoni kepada Jawatankuasa Perdagangan, Sains, dan Pengangkutan, Senat Amerika Syarikat"] (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-10. http://web.archive.org/web/20080910181231/http://eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/80/23/4b/03.pdf. Capaian 13 Julai 2008. 
  2. Jerry Bonner (April 2008). "Bagaimana Hendak Membaiki Sistem Kadaran: Bekas penetap kadaran permainan video menyenaraikan enam langkah untuk memperbaiki Entertainment Software Rating Board," Electronic Gaming Monthly 227, 30-32.
  3. "Kaufhof schafft Filme und Spiele für Erwachsene ab" (dalam bahasa German). Der Spiegel. 18 Mac 2009. http://www.spiegel.de/netzwelt/spielzeug/0,1518,614088,00.html. Capaian 18 Mac 2009. 
  4. Umur di mana seseorang dianggap dewasa berbeza mengikut negara.
  5. "Kadaran umur dan kod latihan industri komputer dan permainan video" (PDF). ELSPA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-10. http://web.archive.org/web/20060510171513/http://www.elspa.com/docs/elspawhitepaper5.pdf. Capaian 24 April 2007. 
  6. Chapree (20 April 2010). "Korea Meletakkan Kadaran "Adult-Only" pada Starcraft II". http://multiplay.lowyat.net/2010/04/20/korea-slaps-adult-only-rating-on-starcraft-ii/. Capaian 30 Julai 2010. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]