Suhaimi Haji Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suhaimi Haji Muhammad
Kelahiran(1934-02-08)8 Februari 1934
Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Meninggal dunia3 Januari 2014(2014-01-03) (umur 79)
PekerjaanPenulis
Penyair sufi
Penyajak
Tahun aktif1951–2014

Suhaimi Haji Muhammad merupakan penyair sufi dan penyajak dari Perak, Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Suhaimi lahir di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 8 Februari 1934.

Beliau menjadi guru selepas menerima latihan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1951-1954). Kemudian menjadi editor majalah kesusasteraan semasa berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1975 -1989).

Cerpen pertama terbit di Singapura pada 1950. Suhaimi telah berjaya menerbitkan 21 kumpulan puisi perseorangan mengandungi lebih daripada 1000 buah puisi yang terdiri daripada berbagai tema dan bentuk, di samping 3 buah kumpulan cerpen dan sebuah kumpulan kritik kesusasteraan.

Kebanyakan antologi sajak terawalnya berunsur surrealisme dan mistikisme dan sukar difahami, termasuk oleh pengkritik sastera. Namun begitu, menjelang tahun 2000, pusi-puisi Suhaimi dilihat cenderung kearah unsur sufi atau ketuhanan.

Antara tokoh sufi di dunia Islam ialah Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi , Yassin al-Bustami, Mansor Al-Halaj, Al-Junaid, Ibrahim Adham, Jami, Amir Hamzah dan Rabiatul Adawiyah.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Suhaimi telah meninggal dunia pada hari Sabtu, 3 Januari 2014, 4.45 pagi berumur 79 tahun di Kg Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh, Perak.

Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Haji Muhammad[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mac 2010, Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghizali PK telah diadakan di UPSI, Tanjung Malim, negeri Perak. Ia anjuran bersama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Karyawan Perak dan Persatuan Penulis Budiman (Budiman).

Kertas kerja yang dibentangkan ialah :

  1. Perjalanan Sufi Suhaimi Dalam Simfoni Perjalanan oleh Datuk Jaafar Abdul Rahim - mantan pegawai perancang bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. 1971 dan 1987 - Hadiah Sastera Malaysia bagi puisi-puisinya
  2. 1981 - Hadiah Puisi Berunsur Islam dari Jabatan Perdana Menteri Malaysia
  3. 1987 - Anugerah Penulis Perak 1987 kerana pencapaian dan sumbangannya dalam karya kreatif dan non-kreatif.
  4. 1995 - Anugerah Anugerah Penulis S.E.A. di Bangkok, Thailand yang merupakan anugerah prestij di kalangan penulis di rantau Negara Asean khasnya.
  5. 1998 - Anugerah Yayasan Kesenian Perak sempena memperingati Karyawan Perak Sepanjang Zaman.
  6. 2010 - Ijazah Kehormat Sarjana Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Konvokesyen Sidang Kedua 2010

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

Suhaimi telah menghasilkan 32 kumpulan puisi persendirian. Belia juga menghasilkan cerpen, drama dan kritikan kesusasteraan selain rencana-rencana umum tentang isu-isu kemasyarakatan. Beliau juga menulis rencana-rencana mengenai agama Islam.

  1. Simfoni Perjalanan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Lumpur tahun 1999. Terdapat 117 buah puisi penyucian diri daripada nafsu.
  2. Jalan Ke Kotaku (1959)
  3. Tulisan di Kamar Tidur (1960)
  4. Lain Jiwa Lain Wajah (1960)
  5. Kelahiran Seorang Anak (1969)
  6. Bunga di Atas Batu (1970)
  7. Bumi Hijau (1971)
  8. Lilin Seinci (1980)
  9. Bulan Purnama (1981)
  10. Menganyam Bulan (1983)
  11. Siluet (1984)
  12. Menterjemah Bintang (1985)
  13. Tulang (1986)
  14. Alam Anggur (1987)
  15. Nyanyian Undan (1991)
  16. The Songs of Pelican (1992)
  17. Wujud (1996). [2]
  18. Cintamu Umi (2007)

Rujukan[sunting | sunting sumber]