Sultan Ahmad Tajuddin (Brunei)
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Sultan Ahmad Tajuddin سلطان احمد تجا الدين |
|
|---|---|
|
|
|
| Pemerintahan | 11 September 1924 - 4 Jun 1950 |
| Pendahulu | Sultan Muhammad Jamalul Alam II |
| Pengganti | Sultan Omar Ali Saifuddien III |
| Pasangan | Kadayang Amas, Tengku Raihani ibni al-Marhum Sultan Ala'uddin Sulaiman Shah |
| Nama penuh | |
| Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Muhammad Jamalul Alam II | |
| Ayahanda | Sultan Muhammad Jamalul Alam II |
| Bonda | Raja Isteri Fatimah |
| Keputeraan | 4 Jun 1913 Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
| Kemangkatan | 4 Jun 1950 Singapura |
| Dimakamkan | Kubah Makam Diraja |
| Agama | Islam |
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II (lebih dikenali sebagai Sultan Ahmad Tajuddin; 4 Jun 1913 - 4 Jun 1950), KBE, CMG merupakan Sultan Brunei Darussalam ke-27 yang memerintah Brunei dari 11 September 1924 sehinggalah kemangkatannya.
Pada tahun 1924, baginda menaiki takhta dalam usia 11 tahun disebabkan oleh kemangkatan ayahandanya Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II yang diserang penyakit malaria. Walau bagaimanapun, kuasa pemerintahan terletak pada Majlis Pemangku Raja yang ahlinya terdiri daripada Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Pengiran Anak Mohammad Yassin dari 11 September 1924 hingga 19 September 1931. Pada tahun 1927, baginda telah merasmikan pembukaan jalan Brunei - Tutong. Pada tahun 1929, baginda merasmikan pembukaan Hospital Bandar Brunei dan pada tahun yang sama minyak mula ditemui di Seria.
Pada 1932, setahun selepas Majlis Pemangku Raja menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada Sultan Ahmad Tajuddin, baginda berangkat melawat England dan Eropah. Pada 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei. Selepas itu, pada 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap, senikatanya oleh Yura Halim. Kemudian pada 1946, baginda mengambilalih kuasa memerintah daripada British Military Administration (B.M.A).
Pada 1949, baginda menyambut sambutan Jubli Perak dan bersempena dengan sambutan tersebut,Kerajaan British mengurniakan baginda dengan darjah KCMG. Baginda mangkat pada tahun 1950, pada usia 37 di Singapura, ketika dalam perjalanan ke England. Jenazah baginda kemudiannya disemadikan di Kubah Makam Diraja.
| Didahului oleh Muhammad Jamalul Alam II |
Sultan Brunei 1924–1950 |
Diikuti oleh: Omar 'Ali Saifuddien III |
|
||||||||||||||||||||||||||||