Hassanal Bolkiah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Sultan Hassanal Bolkiah سلطان حسن البلقيه |
|
| Jawatan | Sultan dan Yang Dipertuan Brunei |
|---|---|
| Tempoh perkhidmatan | Sejak 5 Oktober 1967 |
| Menurut | Sultan Omar Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien |
| Tarikh lahir | 15 Julai 1946 |
| Tempat lahir | Bandar Seri Begawan, Brunei |
| Agama | Islam |
Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (lahir 15 Julai 1946) ialah Sultan Brunei Darussalam serta anak sulung kepada Sultan yang sebelumnya, Sultan Omar 'Ali Saifuddien III.
Selain menjadi Sultan, baginda juga memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan Brunei.
Baginda diangkat sebagai Putera Mahkota pada tahun 1961 dan ditabalkan sebagai sultan pada 5 Oktober 1967, selepas ayahandanya turun daripada takhta dengan sukarela. Permaisuri baginda ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua kerabat ini dikurniakan sebanyak enam orang putera puteri. Salah seorang dari putera baginda adalah pewaris kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pengiran Muda Mahkota bertemu jodoh dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, yang kemudiannya dikurniakan cahaya mata, YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim (third in line for the throne!) =)
Selain itu baginda jua memperoleh empat orang lagi putera puteri dari hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Mariam.
Baru seorang dari putera dan dua orang puteri baginda yang sudah berkahwin dan kesemuanya dirayakan secara besar-besaran dan penuh kemeriahan.
Baginda kemudian menikahi Azrinaz Mazhar Hakim dari Malaysia dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.
[sunting] Gelaran kehormat
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.