Sultan Mahmud Shah
| Sultan Mahmud Shah | ||
|---|---|---|
| Sultan Melaka Ke-9 | ||
| Pemerintahan | Kesultanan Melaka: 1488-1511 | |
| Mangkat | 1528 | |
| Kampar, Riau, Sumatera | ||
| Pendahulu | Sultan Alauddin Riayat Shah | |
| Pengganti | Sultan Ahmad Shah | |
| Isteri | Tun Kecil (Raja Wati) | |
| Tun Teja | ||
| Tun Fatimah | ||
| Onang Kening (puteri sulung [Sultan Mansur Syah Kelantan]) | ||
| Tun Kudu [1] | ||
| Kerabat diraja | Kerabat Diraja Melaka | |
Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1511) (mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, ialah anak Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah.
Pada tahun 1488, selepas kematian ayahandanya, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara baru Melaka.
Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim.
Isi kandungan |
Keluarga [sunting]
Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah
1) Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang.
2) Tun Teja, anak kepada Bendahara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494. - Permaisuri Melaka
3) Tun Fatimah, anak bongsu kepada Bendehara Tun Ali dengan Tun Kudu, anak saudara kepada Bendahara Tun Perak dan bekas isteri Tun Ali. (Bendahara Tun Mutahir adalah Abang Sulung Tun Fatimah). - Permaisuri Johor
4) Tun Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir.
5) Puteri Onang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Puteri dari Champa (Kelantan).
6) Tun Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu.
Kejatuhan Melaka [sunting]
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada putera sulungnya, Sultan Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Riau, Sumatera tetapi anakandanya, Raja Alauddin II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Raja Muzaffar III, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Sultan Ahmad Shah pula telah dihukum bunuh.
Mangkat [sunting]
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1528.
Lihat juga [sunting]
- Sultan Mahmud Menentang Penjajahan Portugis
- Kesultanan Melayu Melaka
- Sejarah Melaka
- Sejarah Johor
- Hang Tuah
- Filem Hang Tuah
- Sultan Johor
Nota kaki [sunting]
- ↑ The Malay sultanate of Malacca: a study of various aspects of Malacca in the 15th and 16th centuries in Malaysian history
Pautan luar [sunting]
- http://www.johordt.gov.my/pdkotatinggi/pelancongan.php?scr=pelancongan_sejarahsultan
- Sejarah Melaka
- http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm
| Penyandang Terdahulu | Sultan Johor Pertama 1511 – 1528 |
Penyandang Kemudian |
| Tiada | Sultan Alauddin Riayat Shah II |
| Penyandang Terdahulu | Sultan Melaka ke-8 dan Terakhir 1488 – 1511 |
Penyandang Kemudian |
| Sultan Alauddin Riayat Shah | Sultan Ahmad Shah |