Syed Abdullah Hussein Al-Attas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers adalah seorang pengamal perubatan paranormal, penerbit drama televisyen Malaysia, berasal dari Alor Setar, Kedah dan namanya dibabitkan dengan keluarga diraja Selangor dan Johor.

Syed Abdullah adalah anak penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas. Beliau pernah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Siti Aishah saman Uncle Seekers[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember 2010, bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman menyaman pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana bertindak membocorkan maklumat sulit beliau. Permohonan interparte itu dikemukakan di hadapan Hakim Prasad Abraham di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang. Tuanku Siti Aishah diwakili peguam T. Gunaseelan, Anthony M.Sebastian dan Ikmal Hisan Idris. [1]

Laporan polis berhubung hina Sultan Johor[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2012, seramai 30 orang diketuai seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil (32 tahun ) membuat laporan polis di Balai Polis Sentral , Johor Baharu berhubung blognya 'Uncle Seekers' yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Mereka meminta agar blog uncleseekers.blogspot.com ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut. Terdapat pelbagai artikel yang mengaibkan Tunku Mahkota Johor , pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.[2] Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan dibaca 10 juta kali. Terdapat 64 bahagian tulisan melibatkan keluarga Istana Johor.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan : "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya."

Pada 5 Julai 2012, polis menahan Syed Abdullah di Plaza tol Senawang, Negeri Sembilan . Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Seorang wanita berusia 26 tahun bersamanya turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak menyatakan mereka ditahan di Balai Polis Air Molek,Johor.[3][4]

Pada 6 Julai 2012, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak mngesahkan bahawa ujian air kencing terhadap Uncle Seekers di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) didapati positif morfin. Kesalahan mengambil dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.Bagaimanapun teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd. Zain (26 tahun) negatif dadah.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]