Taman Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Batu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°14′02″N 101°42′09″E / 3.233861°N 101.702524°E / 3.233861; 101.702524Koordinat: 3°14′02″N 101°42′09″E / 3.233861°N 101.702524°E / 3.233861; 101.702524
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahGombak
MukimBatu
Kawasan parlimenGombak
Kawasan negeriGombak Setia
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang
 • Ahli ParlimenAmirudin Shari
 • Ahli Dewan NegeriMuhammad Hilman Idham
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
68100
Kod kawasan+603

Taman Batu (Jawi: تامن باتو) merupakan kawasan perumahan di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Batu merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Batu, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Gombak.[2][3] Poskod bagi Taman Batu ialah 68100 Batu Caves.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman Batu merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Batu terletak di bahagian tengah negeri Selangor manakala kedudukannya dalam Daerah Gombak, Taman Batu terletak di bahagian selatan Daerah Gombak. Antara petempatan yang serantau dengan Taman Batu ialah Taman Desa Minang di bahagian utara, Taman Berlian di bahagian timur laut, Taman Greenwood dan Kampung Simpang Tiga di bahagian timur, Taman Berjaya, Taman Gombak Tambahan dan Kampung Changkat di bahagian tenggara, Taman Gombak dan Taman Gombak Ria di bahagian selatan, Taman Selaseh di bahagian barat daya, Taman Samudera di bahagian barat dan Taman Sri Gombak di bahagian barat laut.[1][2] Taman Batu mempunyai poskod tersendiri iaitu 68100 dalam daerah pos Batu Caves.[4][5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Taman Batu dihubungkan dengan satu rangkaian pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Perkhidmatan bas Rapid KL berkhidmat di sekitar Taman Batu bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan T202 iaitu dari Stesen LRT Taman Melati ke Taman Melewar, Gombak juga berkhidmat di sekitar Taman Batu iaitu di sekitar Jalan Empat (Jalan 4).[6] Bas laluan T202 menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk sekitar Taman Batu menuju ke Stesen LRT Taman Melati.[6] Selain itu juga, bas Rapid KL laluan 170 iaitu dari Stesen MRT Titiwangsa menuju ke Hab Wira Damai dan sebaliknya turut melewati sekitar Taman Batu, iaitu bas tersebut berkhidmat di sepanjang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Taman Batu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  2. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  4. ^ a b "Taman Batu, Batu Caves". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ Buku panduan sistem poskod kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. 1985. Dicapai pada 11 Disember 2023 – melalui Google Books.
  6. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | T202" [MyRapid - Hentian Bas | T202]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  7. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | 170" [MyRapid - Hentian Bas | 170]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.