Taman Desa Minang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Desa Minang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°14′15″N 101°42′22″E / 3.237546°N 101.7060811°E / 3.237546; 101.7060811Koordinat: 3°14′15″N 101°42′22″E / 3.237546°N 101.7060811°E / 3.237546; 101.7060811
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahGombak
MukimBatu
Kawasan parlimenGombak
Kawasan negeriGombak Setia
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang
 • Ahli ParlimenAmirudin Shari
 • Ahli Dewan NegeriMuhammad Hilman Idham
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
68100
Kod kawasan+603

Taman Desa Minang (Jawi: تامن ديسا مينڠ) merupakan kawasan perumahan di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Desa Minang merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Batu, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Gombak.[2][3] Poskod bagi Taman Desa Minang ialah 68100 Batu Caves.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman Desa Minang merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Desa Minang terletak di bahagian tengah negeri Selangor manakala kedudukannya dalam Daerah Gombak, Taman Desa Minang terletak di bahagian selatan Daerah Gombak. Antara petempatan yang serantau dengan Taman Desa Minang ialah Taman Sri Gombak di bahagian utara, Taman Berlian dan Kampung Simpang Tiga di bahagian timur, Taman Batu, Taman Greenwood, Taman Gombak, Taman Berjaya di bahagian selatan, Taman Samudera di bahagian barat daya, Taman Prima Sri Gombak di bahagian barat dan Taman Sri Gombak di bahagian barat laut.[1][2] Taman Desa Minang mempunyai poskod tersendiri iaitu 68100 dalam daerah pos Batu Caves.[4][5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Taman Desa Minang dihubungkan dengan satu rangkaian pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Hanya terdapat perkhidmatan bas Rapid KL dan Smart Selangor sahaja berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan 202 iaitu dari Hab Taman Wira Damai, Gombak ke Hab Medan Pasar (LBP), Kuala Lumpur dan sebaliknya juga berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang iaitu di sekitar Jalan Batu Caves.[6][7] Hentian bas yang terhampir dengan Taman Desa Minang, yang menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL laluan 202 terletak di hentian Hab Taman Greenwood (Opp) (kod hentian – SL212) iaitu ke arah Kuala Lumpur dan hentian Hab Taman Greenwod (kod hentian – SL215) iaitu ke arah Tamna Wira Damai.[6][7]

Selain itu juga, bas pengantara LRT laluan T202 turut melalui sekitar Taman Desa Minang yang di mana bas T202 disediakan untuk kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk sekitar Taman Desa Minang menuju ke Stesen LRT Taman Melati.[8] Laluan bas tersebut berkhidmat di hentian Hab Taman Greenwood (Opp) dan Hab Taman Greenwood; kedua-dua hentian ini merupakan hentian bas terhampir dengan Taman Desa Minang.[8]

Bagi perkhidmatan bas Smart Selangor yang dikenalikan oleh Rapid KL pula, laluan MPS1 berkhidmat di sekitar Taman Desa Minang iaitu di sekitar Jalan Batu Caves. Laluan bas MPS1 bermula dari Hentian Selayang Mutiara, Gombak menuju ke Stesen LRT Gombak, Gombak.[7][9] Hentian bas yang terdekat dengan Taman Desa Minang dan menyediakan perkhidmatan bas laluan MPS1 ialah Hab Taman Greenwood (Opp), Hab Taman Greenwood, dan Hentian Greenwood (kod hentian – SL234).[7][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Taman Desa Minang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  2. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  4. ^ a b "Taman Desa Minang, Batu Caves". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ Buku panduan sistem poskod kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. 1985. Dicapai pada 11 Disember 2023 – melalui Google Books.
  6. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 202" [MyRapid - Hentian Bas | 202]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  7. ^ a b c d "Bagaimana untuk pergi ke Taman Desa Minang di Gombak menggunakan Bas, MRT & LRT, Monorel atau Keretapi?". Moovit. 14 Disember 2023. Dicapai pada 14 Disember 2023.
  8. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | T202" [MyRapid - Hentian Bas | T202]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  9. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | MPS1" [MyRapid - Hentian Bas | MPS1]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.