Taman Jasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Jasa
Transkripsi lain
 • Jawiتامن جاس
Koordinat: 3°15′24″N 101°40′31″E / 3.256543°N 101.675187°E / 3.256543; 101.675187Koordinat: 3°15′24″N 101°40′31″E / 3.256543°N 101.675187°E / 3.256543; 101.675187
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahGombak
MukimBatu
Kawasan parlimenGombak
Kawasan negeriSungai Tua
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang
 • Ahli ParlimenAmirudin Shari
 • Ahli Dewan NegeriAmirudin Shari
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
68100
Kod kawasan+603

Taman Jasa (Jawi: تامن جاس) merupakan kawasan perumahan di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Jasa merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Batu, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Gombak.[2][3] Poskod bagi Taman Jasa ialah 68100 Batu Caves.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman Jasa merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Jasa terletak di bahagian tengah negeri Selangor manakala kedudukannya dalam Daerah Gombak, Taman Jasa terletak di bahagian selatan Daerah Gombak. Antara petempatan yang serantau dengan kawasan Taman Jasa ialah Bandar Baru Selayang (Fasa 2B) di bahagian utara, Bandar Baru Selayang (Fasa 2A) dan Tanah Gantian Sungai Tua (atau Kampung Sungai Tua Tanah Gantian), di bahagian timur laut, Kampung Sungai Tua Baru di bahagian selatan, Kampung Nahkoda di bahagian tenggara, Kampung Selayang Baru di bahagian barat daya, Kampung Mahkota di bahagian barat, dan Taman Selayang Mutiara di bahagian barat laut.[1][2] Taman Jasa mempunyai poskod tersendiri iaitu 68100 dalam daerah pos Batu Caves.[4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung Mac 2023, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (lebih dikenali sebagai Air Selangor) telah mengumumkan bahawa kawasan Taman Jasa merupakan satu daripada 144 buah lokasi di Gombak dan Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual. Hal ini disebabkan oleh kebocoran injap di Warta Lama, Jalan Kuching. Bekalan air pulih di Taman Jasa pulih sepenuhnya dijangka pada 31 Mac 2023, jam 9.00 pagi waktu tempatan.[6]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Bas Rapid KL laluan 173 menuju ke Taman Jasa Utama di stesen Kampung Batu pada tahun 2024

Taman Jasa dihubungkan dengan satu rangkaian pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Hanya terdapat perkhidmatan bas Rapid KL sahaja berkhidmat di sekitar Taman Jasa bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan 173 iaitu dari Hab Taman Jasa Utama, Gombak ke Lebuh Ampang, Kuala Lumpur dan sebaliknya juga berkhidmat di sekitar Taman Jasa iaitu di sekitar Jalan Sungai Tua (Jalan Negeri Selangor B23).[7] Hentian bas yang terhampir dengan Taman Jasa, yang menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL laluan 173 terletak di hentian Kampung Sungai Tua Baru (kod hentian – SL65; juga dikenali sebagai hentian Taman Jasa) iaitu ke arah Kuala Lumpur dan hentian Kampung Sungai Tua Baru (kod hentian – SL58; juga dikenali sebagai hentian Taman Jasa) iaitu ke arah Taman Jasa Utama.[7]

Hentian Selayang Mutiara yang terletak di utara Taman Jasa, juga merupakan hentian bas terdekat dengan kawasan ini. Hentian itu menyediakan perkhidmatan bas Smart Selangor yang dikenalikan oleh Rapid KL, laluan MPS1. Laluan bas MPS1 bermula dari Hentian Selayang Mutiara, Gombak menuju ke Stesen LRT Gombak, Gombak.[8]

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah surau di sini, Surau An-Nur Taman Jasa. Surau ini terletak di bawah kawasan Kariah Masjid Jamiatus Solahiah.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Taman Jasa, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 9 Januari 2024. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  4. ^ a b "Taman Jasa, Batu Caves". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ Buku panduan sistem poskod kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. 1985. Dicapai pada 11 Disember 2023 – melalui Google Books.
  6. ^ Mohamad Athir Ismail (29 Mac 2023). "Gangguan bekalan air tidak berjadual di Gombak, Kuala Lumpur". Utusan Malaysia. Media Mulia. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 173" [MyRapid - Hentian Bas | 173]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  8. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | MPS1" [MyRapid - Hentian Bas | MPS1]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  9. ^ "Senarai Surau". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.