Taman Jasa Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Jasa Utama
Transkripsi lain
 • Jawiتامن جاس اوتام
Koordinat: 3°16′15″N 101°40′59″E / 3.27085°N 101.68301°E / 3.27085; 101.68301Koordinat: 3°16′15″N 101°40′59″E / 3.27085°N 101.68301°E / 3.27085; 101.68301
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahGombak
MukimBatu
Kawasan parlimenGombak
Kawasan negeriSungai Tua
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang
 • Ahli ParlimenAmirudin Shari
 • Ahli Dewan NegeriAmirudin Shari
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
68100
Kod kawasan+603

Taman Jasa Utama (Jawi: تامن جاس اوتام‎) merupakan kawasan perumahan di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Jasa Utama merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Batu, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Gombak.[2][3] Poskod bagi Taman Jasa Utama ialah 68100 Batu Caves.[4]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman Jasa Utama merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Jasa Utama terletak di bahagian tengah negeri Selangor manakala kedudukannya dalam Daerah Gombak, Taman Jasa Utama terletak di bahagian tengah Daerah Gombak. Antara petempatan yang serantau dengan kawasan Taman Jasa Perwira ialah Taman Selayang Pertama, Taman Selayang Mulia dan Taman Jasa Perwira di bahagian barat, Bandar Baru Selayang (Fasa 2A) dan Kampung Bendahara di bahagian tenggara dan Tanah Gantian Sungai Tua (atau Kampung Sungai Tua Tanah Gantian) di bahagian selatan.[1][2] Taman Jasa Perwira mempunyai poskod tersendiri iaitu 68100 dalam daerah pos Batu Caves.[4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung Mac 2023, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (lebih dikenali sebagai Air Selangor) telah mengumumkan bahawa kawasan Taman Jasa Utama merupakan satu daripada 144 buah lokasi di Gombak dan Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual. Hal ini disebabkan oleh kebocoran injap di Warta Lama, Jalan Kuching. Bekalan air pulih di Taman Jasa Utama pulih sepenuhnya dijangka pada 31 Mac 2023, jam 9.00 pagi waktu tempatan.[6]

Lumpur telah mengalir masuk di beberapa rumah di sekitar perumahan Taman Jasa Utama pada November 2009.[7]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Bas Rapid KL laluan 173 menuju ke Taman Jasa Utama di stesen Kampung Batu pada tahun 2024

Taman Jasa Utama dihubungkan dengan satu rangkaian pengangkutan awam iaitu bas sahaja. Hanya terdapat perkhidmatan bas Rapid KL sahaja berkhidmat di sekitar Taman Jasa Utama bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan 173 iaitu dari Hab Taman Jasa Utama, Gombak ke Lebuh Ampang, Kuala Lumpur dan sebaliknya melewati sekitar Taman Jasa Utama iaitu di sekitar Persiaran Jasa Utama.[8] Hentian bas yang terhampir dengan Taman Jasa Utama, yang menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL laluan 173 ialah hentian Hab Taman Jasa Utama (kod hentian – SL473). Ini merupakan hab bagi perkhidmatan bas 173 yang dari Kuala Lumpur ke Taman Jasa Utama.[8]

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah surau di sini, Surau Al-Jannah. Surau ini terletak di bawah kawasan Kariah Masjid Jamiatus Solahiah.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Taman Jasa Utama, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 9 Januari 2024. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  4. ^ a b "Taman Jasa Utama, Batu Caves". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  5. ^ Buku panduan sistem poskod kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. 1985. Dicapai pada 11 Disember 2023 – melalui Google Books.
  6. ^ Mohamad Athir Ismail (29 Mac 2023). "Gangguan bekalan air tidak berjadual di Gombak, Kuala Lumpur". Utusan Malaysia. Media Mulia. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ "'Lakeview Apartment' Mungkin Akan Runtuh". mStar Online. Star Media Group. 9 November 2009. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  8. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 173" [MyRapid - Hentian Bas | 173]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
  9. ^ "Senarai Surau". e-masjid.jais.gov.my. Jabatan Agama Islam Selangor. 10 Disember 2023. Dicapai pada 10 Disember 2023.