Sejong Agung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Sejong Agung
Hangul 세종대왕
Hanja 世宗大王
Perumian Semakan Sejong Daewang
McCune-Reischauer Sejong Taewang

Sejong Agung (7 Mei 139718 Mei 1450, berkuasa 1418 - 1450) adalah raja keempat Korea dari Dinasti Joseon. Beliau juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksara hangul untuk bahasa Korea, walaupun mendapat tentangan dari pihak cendekiawan yang telah dididik dalam cara hanja.

Sejong adalah salah satu dari dua raja Korea yan diberi gelaran "Agung"; raja yang lain adalah Raja Gwanggaeto.

Sejong adalah anak ketiga kepada Raja Taejong. Apabila berumur 10 tahun, beliau menjadi Putera Utama Chungnyeong (충녕대군, 忠寧大君) dan berkahwin dengan Shim-ssi (심씨, 沈氏) yang kemudian digelar Puteri Soheon (소헌왕비, 昭憲王妃).

Beliau juga seorang perencana ketenteraan yang berkesan. Semasa pemerintahnnya, beliau berjaya menawan Tsushima dan juga mengurangkan aktiviti lanun Jepun di persisiran selatan Korea. Di persempadan di utara, beliau berjaya mendirikan empat buah kubu pertahanan dan enam pondok beraskar untuk menjaga rakyatnya daripada orang-orang nomad Manchuria. Beliau juga berjaya mencipta beberapa jabatan ketenteraan dan pertahanan untuk menjaga keselamatan kerajaannya.

Karangan-karangan Sejong juga mempunyai nilai yang tinggi. Karyanya yang terkenal termasuk Yongbi Eocheon Ga (“Nyanyian Naga Berterbang”, 1445), Seokbo Sangjeol (“Peristiwa dari kehidupan Buddha”, Julai 1447), Worin Cheon-gang Jigok (“Nyanyian Sinaran Bulan di atas Beribu Sungai”, Julai 1447), dan buku rujukan Dongguk Jeong-un (“Kamus Sebutan Tepat Cina-Korea”, September 1447).

Sejong telah menubuhkan sebuah dewan (집현전, 集賢殿, Jiphyeonjeon) pada 1420, di mana beliau mengumpul para cendekiawan dari sleuruh Korea untuk merakamkan sejarah Korea, mebuat draf untuk dokumen penting dan menghasilkan buku mengenai pelbagai topik.

Sejong juga merupakan seorang yang berperikemanusiaan disebabkan prinsip Konfusianisme Korea yang dipegangnya. Beliau pernah mengisytiharkan bahawa seseorang yang bersalah mesti menjalani sekurang-kurangnya tiga kali pusingan perbicaraan di mahkamah sebelum hakim boleh membuat keputusan. Beliau juga tidak membenarkan hukuman yang kejam seperti hukuman sebat.

Sejong juga dipercayai telah mencipta penyukat hujan, jam air dan sundial, iaitu alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari.

Sejong meninggal dunia pada usia 53 tahun dan disemadikan di Makam Yeong (영릉, 英陵). Pengganti Sejong adalah anaknya yang pertama, Raja Munjong.

Nama jalan Sejongno dan Pusat Pertunjukan Seni Sejong - keduanya di bandar Seoul dinamakan sempena Raja Sejong. Potret beliau juga terdapat pada duit kertas Korea Selatan, 10,000 Won.

Didahului oleh
Taejong
Raja-raja Korea
(Dinasti Joseon)
1418–1450
Diikuti oleh:
Munjong

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) King Sejong the Great: the Light of Fifteenth Century Korea, Young-Key Kim-Renaud, International Circle of Korean Linguistics, 1992, softcover, 119 pages, ISBN 1-882177-00-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]