Mubarak Al-Sabah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sheikh Mubarak bin Sabah Al-Sabah, KCSI, KCIE (1837 - 28 November 1915) (Bahasa Arab: الشيخ مبارك بن صباح الصباح) "yang Agung" adalah penguasa Kuwait dari 18 Mei 1896 sehingga kematiannya pada 28 November 1915. Mubarak menguasai takhta dengan membunuh saudaranya, Muhammad bin Sabah. Mubarak merupakan penguasa ketujuh dinasti Al-Sabah. Mubarak juga merupakan bapa dari dua penguasa Kuwait penting, Jaber II Al-Sabah dan Salim Al-Mubarak Al-Sabah.
Sheikh Mubarak memperoleh pengakuan diplomatik atas Kuwait oleh Empayar Uthmaniyyah tahun 1897. Beliau menandatangani traktat protektorat dengan United Kingdom pada 23 November 1899.
Rujukan [sunting]
- "Background Note: Kuwait" (November 2005); Bureau of Near Eastern Affairs, Jabatan Negeri Amerika Syarikat; dicapai 31 Januari 2006
- Christopher Buyers, Kuwait, The Royal Ark
|
Mubarak Al-Sabah
Tarikh lahir: 1837 Tarikh kemangkatan: 28 November 1915 |
||
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Muhammad Al-Sabah |
Sheikh Kuwait 1896–1915 |
Diikuti oleh: Jaber II Al-Sabah |