Teras dalam bumi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.