Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senator

Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Fail:Tunku abdul aziz.jpg

Parti politik DAP-100px.jpg(DAP)(2008-2012)

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah ahli politik, ahli blog, aktivis, korporat Malaysia berketurunan Melayu kerabat DiRaja Kedah yang juga merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau adalah seorang naib pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah adalah seorang kerabat DiRaja Kedah, mempunyai pertalian darah dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dan seorang pemimpin korporat dan NGO yang berbakat, Tunku Aziz sangat dihormati di Malaysia dan diluar negara. Beliau memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd dan kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara Malaysia. Selepas itu, beliau beralih semula kepada sektor persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sime Darby Group.

Beliau meninggalkan Malaysia pada tahun 1985 untuk menerima jawatan sebagai pengarah Sekretariat Komanwel di London sebelum pulang semula ke Malaysia pada tahun 1992 berikutan persaraannya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh parti DAP sebagai naib pengerusi parti itu di dalam kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam aktivisme menyokong integriti dan ketelusan bersama badan antarabangsa Transparency International.[1]

Naib pengerusi Transparency International[sunting | sunting sumber]

Tunku Aziz adalah merupakan pengasas bersama dan Presiden ‘Kuala Lumpur Society for Transparency and Integrity, ‘the Malaysian Chapter of Transparency’. Beliau juga adalah Naib Presiden bagi ‘Transparency International’. Beliau dilantik oleh Setiausaha Kehormat ‘United Nations’(UN), Kofi Annan sebagai Penasihat Khas untuk ‘Establishment of the Ethics Office’ di PBB.

Naib pengerusi DAP[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat pertama CEC DAP mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa sebagai naib pengerusi DAP. Tokoh itu ialah Tunku Abdul Aziz Ibrahim . Beliau juga mengisi borang menjadi ahli DAP. Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama dan boleh memancing penyertaan pelbagai pihak khususnya kaum Melayu.Di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Pakatan Rakyat berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Tindakan ini umpama tindakan Lee Kuan Yew melantik Aziz Ishak sebagai Presiden Singapura satu ketika dahulu.

Beliau memilih DAP setelah memerhatikannya selama 20 tahun. Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut. Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang dalam Senat. [2]

Pandangan[sunting | sunting sumber]

Seorang pejuang menentang perkauman, Tunku Aziz, selama berdekad lamanya menentang pengukuhan menginstitusikan sectarian dan pemisahan, dan secara aktif terlibat dalam usaha untuk membebaskan politik Malaysia dari unsur perkauman. Hari ini, Tunku Aziz adalah sdorang pemimpin kanan politik, blogger dan aktivis sosial yang mengekalkan minat yang mendalam terhadap keadilan dan integriti.

BPR mesti bebas[sunting | sunting sumber]

Beliau berpendapat bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) mestilah bebas , diberi kuasa menemui sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan rasuah atau jelas hidup di luar kemampuannya. BPR mestilah mencontohi model agensi pencegah rasuah di Hong Kong. Ini akan menyebabkan orang benar-benar takut untuk melakukan rasuah.[3]

Pemikiran Melayu di takuk lama[sunting | sunting sumber]

Cara penolakan Low Siew Moi sebagai pemimpin sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemikiran orang Melayu masih di takuk lama walaupun negara sudah maju dalam pembangunan.[4] Mereka tidak mengutamakan merit, sebaliknya mengharapkan faktor-faktor kurang relevan. Low telah berkhidmat 35 tahun dengan perbadanan ekonomi itu. Ahli Exco Kanan Selangor Teresa Kok MP menyifatkan beliau umpama 'kamus bergerak', bukan sahaja pada Teresa Kok malah juga pada kakitangan kerajaan negeri.

Penulisan tentang rasuah[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Aziz banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission". Banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-kerajaan lampau adalah akibat rasuah. Contohi Lee Kuan Yew di Singapura yang berjaya memerangi rasuah. Sebelum Lee, Singapura ditadbir secara korup.

Bantah Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pendirian parti DAP menyokong Perhimpunan Bersih 2012 yang disertai kira-kira 30,000 yang turun membanjiri ibunegara pada 28 April 2012 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.


Pendirian beliau, kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?.Beliau menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang. BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang. Keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin. Penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat seperti di Stadium Merdeka atau di Stadium Bukit Jalil.DBKL sudah tidak membenarkan.Akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

Ada saluran alternatif yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang.[5]

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.Dalam perkembangan lain, senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui. Dr Ariffin S.M Omar dari UPNM dan Syed Shahir Syed Mohamud aktivis Kesatuan Sekerja MTUC akan menggantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota Dewan Negara. [6]


Tindakan DAP itu dianggap berlawanan dengan demokrasi, perbezaan pendapat yang selalu diwar-warkan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen mempersoalkan kekebasan bersuara dalam parti DAP itu. Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak. Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan DAP serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti. [7]

Keluar DAP[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2012, temubual dengan Tunku Abdul Aziz telah disiarkan menerusi Ntv7. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.Beliau berselisih pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei 2012, tidak adalah dilanjutkan. Kedudukan beliau tidak lagi dapat dipertahankan dan beliau tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti[8]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Fighting Corruption: My Mission oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim