Perhimpunan Bersih 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perhimpunan Bersih 3.0
Bersih 2012.jpg
Maklumat am
Tarikh 28 April 2012
Lokasi Kuala Lumpur
Matlamat Untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
Status Bersurai
Pihak yang bertelagah
Tokoh dan pemimpin utama
Bilangan
250,000 - 300,000[1]
(anggaran Bersih)
80,000 -100,000[2][3]
(anggaran bebas)
Korban
60 peserta cedera, 512 ditahan[4]
11 polis cedera[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Sejarah Malaysia
Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Perhimpunan Bersih 2012 atau Bersih 3.0 (juga dipanggil Duduk Bantah) ialah suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Himpunan ini merupakan lanjutan kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan Perhimpunan Bersih 2011. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.[6] Kaedah perhimpunan rakyat menerusi BERSIH 2012 ini pada mulanya dicadangkan oleh penganjur untuk diadakan secara aman yakni para peserta diminta 'duduk bantah' di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara bagi menambahbaik pilihan raya. Pada 3 April 2012, laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen dengan bantahan daripada wakil pembangkang.[7] Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga mempertikaikan mengapa laporan PSC tidak menyatakan ia mesti dilaksanakan sebelum pilihan raya.[8] Bersih 3.0 akan bekerjasama dengan pihak polis PDRM bagi memastikan perhimpunan aman berjalan lancar.

Pelbagai insiden terdahulu tidak sepatutnya berulang. Bersih 3.0 akan menyediakan pasukan peguam untuk membantu peserta yang ditahan polis. Bantuan perubatan dan pasukan keselamatan daripada 'Unit Amal PAS' akan bertugas sepanjang masa perhimpunan 'Duduk Bantah'. Bersih 3.0 menghantar laporan setiap minggu kepada Majlis Hak Asasi di Geneva, Switzerland sehingga perhimpunan itu berlangsung.[8]

Matlamat perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Matlamat perhimpunan ini ialah:[7]

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil
  5. Masa kempen minimum 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Bersih 3.0 juga menuntut agar pemerhati antarabangsa dibenarkan memantau perjalanan pilihan raya. Kerajaan Myanmar dan Thailand pernah menjemput Malaysia memantau pilihan raya di negara mereka, mengapa tidak Malaysia.

Menjelang perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Pengumuman[sunting | sunting sumber]

Pada awal April 2012, Jawatankuasa Pilihan Khas mengeluarkan laporan dapatan pembaharuan pilihan raya. Speaker Dewan Rakyat meluluskan laporan itu tanpa sebarang perbahasan di antara parti pembangkang dan pemerintah. Laporan minoriti pembangkang tidak disertakan dalam laporan muktamad.[9] Setakat itu, tidak satu pun tuntutan Bersih yang ditunaikan, apatah lagi dengan tanda-tanda bahawa kerajaan Malaysia bakal menyeru pilihan raya umum tanpa sebarang pembaharuan dalam sistem pilihan raya, Bersih mengumumkan perhimpunan ketiga untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April 2012.[10]

Badan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Bersih disokongh oleh Majlis Peguam Malaysia dan Suhakam [11] Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyokong hak Bersih untuk berhimpun secara aman.[12] Bersih 3.0 turut disokong oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)[13]

Tindak balas kerajaan[sunting | sunting sumber]

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa kerajaan telah terlebih tindak balas terhadap perhimpunan Bersih pada tahun 2011.[14] Hishammuddin menyatakan bahawa kerajaan tidak memandang perhimpunan Bersih 3.0 sebagai ancaman kepada keselamatan.[15] Dia menawarkan dua tempat sebagai ganti Dataran Merdeka, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Merdeka, tetapi kedua-duanya ditolak oleh Bersih.[16]

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyifatkan perhimpunan Bersih sebagai "kotor" kerana tidak menghormati undang-undang negara.[17]

Setelah beberapa perjumpaan antara Bersih dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tiada kompromi tercapai berkenaan pilihan tempat untuk berhimpun.[18] DBKL meletakkan perintang untuk menghalang peserta daripada menyertai perhimpunan duduk bantah oleh Bersih itu.[19]

Arahan mahkamah[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Tinggi Malaysia mengarah Hishammuddin untuk memperjelas sama ada Bersih merupakan pertubuhan haram atau tidak, lebih-lebih lagi memandangkan kenyataan terbaru beliau tentang Bersih adalah tidak sejajar sesama sendiri.[20][21]

Polis Malaysia menerima arahan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk melarang sebarang kemasukan oleh Bersih ke dalam Dataran Merdeka dan sebarang perhimpunan di situ boleh dianggap sebagai haram.[22][23]

Pendedahan lanjut[sunting | sunting sumber]

Menjelang perhimpunan itu, didakwa bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan ahli UMNO. Bersih menyatakan bahawa mereka mempercayai mereka walaupun sangsi sehinggalah lebih banyak bukti didedahkan.[24][25]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Walaupun polis mendirikan sekatan jalan raya, sehingga 300,000 orang[1] menyertai perhimpunan Bersih di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Hampir 58 jalan masuk ke bandar disekat oleh polis.[26] Para pembantah berkumpul di beberapa tempat berbeza dahulu seperti Masjid Negara, Masjid India, Pasar Seni, Suria KLCC, Brickfields dan Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.[27]

Polis mula menembak air dan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pembantah apabila mereka mula memecahkan penghalang.[28][29] Sebuah kereta polis diterbalikkan. Puncanya pemandunya hilang kawalan selepas diserang pembantah, lalu terbabas melanggar orang ramai dan mencederakan dua peserta Bersih. Polis pemandu tersebut kemudian mendakwa pengsan ketika kejadian itu berlaku. Peserta perhimpunan lain kemudian melindungi anggota polis terbabit daripada tindakan balas.[30] Ada yang mendakwa kereta peronda itu diterbalikkan kerana mahu menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah kereta.[31]

Sejumlah 512 orang ditahan dalam bantahan ini akibat pelbagai sebab. Ini bagaimanapun jauh lebih sedikit berbanding 1,667 orang yang ditahan dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada tahun sebelumnya.[32]

Tempat lain[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Bersih turut diadakan di bandar lain di dalam dan luar Malaysia. Di Malaysia, terdapat perhimpunan di Kota Kinabalu[33]; Kuching[34]; Kuantan; Ipoh; Bandar Melaka dan Johor Bahru.[35]


Perhimpunan diadakan di sejumlah 85 buah bandar di 35 buah negara seluruh dunia.[36]

Perhimpunan besar-besaran diadakan di bandar-bandar Australia iaitu Sydney[37][38], Melbourne, Canberra, Hobart, Adelaide dan Perth.[39] Perhimpunan di Singapura, Thailand dan negara-negara Asia yang lain tidak kurang besarnya.[40]

Perhimpunan juga diadakan di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea Selatan, China, Taiwan (Taipei and Tainan), Amerika Syarikat, Kanada, Rusia dan negara-negara Eropah, termasuk United Kingdom; di mana yang terbesar diadakan di London, beserta perhimpuna kecil di Manchester, Nottingham, Newcastle, and Edinburgh.[41]


Susulan[sunting | sunting sumber]

Kenyataan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak, mendakwa bahawa para aktivis Bersih sekadar mahu memburukkan nama baik Kerajaan Malaysia di mata dunia, serta menentang polis semata-mata untuk melontarkan tuduhan kekejaman polis kepada awam. Najib turut mendakwa bahawa para penganjur tidak mempedulikan pilihan raya yang adil dan bersih, perhimpunan mereka itu didorong oleh motif politik dan dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam cubaan untuk mengambil alih Putrajaya.[42]

Pemerhati antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Para pemerhati antarabangsa menyifatkan perhimpunan Bersih sebagai 'aman', 'meriah' dan 'contoh yang baik'.[43] Susulan daripada perhimpunan itu, para penganalisa berpendapat bahawa kesahihan pembaharuan Najib Razak sudah diragui, maka beliau terpaksa menangguhkan pilihan raya.[44]

Bantahan terhadap Bersih[sunting | sunting sumber]

Segelintir peniaga yang berniaga di jalan-jalan ibu kota yang terlibat dalam perhimpunan gergasi Bersih 3.0 menuntut ganti rugi daripada pihak penganjur bantahan itu serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas kerugian yang ditanggung oleh mereka pada hari perhimpunan itu dilangsungkan.[45] Mereka juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas yang diberi jolokan "Bersih 4.0", yang mana mereka dijangka berhimpun di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun.[46] Sebelum itu, para peniaga berkenaan merancang untuk bergerai beramai-ramai di depan kediaman Ambiga, tetapi itu telah dibatalkan.[46]

Pada 15 Mei, kediaman Ambiga di Bukit Damansara berhadapan dengan tunjuk perasaan aneh berbentuk "senaman punggung" yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu yang menganggap Ambiga sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" dengan perhimpunan Bersih 3.0.[47]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Reaksi peserta[sunting | sunting sumber]

Segelintir para peserta dan para penyokong cuba menyerang pihak polis yang sedang menjalankan tanggungjawab mereka ketika perhimpunan Bersih berlangsung. Ini telah menimbulkan kekecohan dan menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak balas demi menjaga keamanan kawasan sekitar.[48] Para peserta juga cuba mencerobohi Dataran Merdeka walaupun telah diberi amaran keras oleh pihak polis supaya berundur atau akan dikenakan tindakan.[48]

Tindak balas polis[sunting | sunting sumber]

Menurut laporan awal Majlis Peguam Malaysia, kekejaman polis berleluasa, dengan contoh-contoh penindasan orang awam secara ganas dan juga menggunaan gas pemedih mata dan meriam air secara menyeleweng.[49]

Majlis Peguam turut mendakwa bahawa:[50]

  1. Perhimpunan itu aman hingga sekitar 3 petang, apabila polis memancurkan air meriam dan gas pemedih mata ke arah orang ramai;
  2. Kekerasan polis tanpa sebarang provokasi atau sebab yang nyata adalah jauh lebih teruk, sembarangan, tidak seimbang dan berlebihan;
  3. Kekejaman polis lebih berleluasa;
  4. Terdapat usaha bersepadu oleh polis untuk mencegah dan menghalang sebarang rakaman tindakan dan kelakuan mereka;
  5. Polis melepaskan gas pemedih mata terus ke arah orang ramai, dan corak tembakannya adalah untuk mengelilingi para peserta, bukan untuk menyuraikan mereka dengan cepat
  6. Selepas itu, segelintir peserta perhimpunan menunjukkan kelakuan bertindak balas terhadap salah guna kuasa polis;
  7. Polis diperhatikan mencemuh dan mengejek orang ramai;
  8. Apabila segelintir peserta melemparkan barang-barang ke arah polis, polis membongkok untuk membaling balas; dan
  9. Bukan semua kakitangan polis memakai dan memperlihatkan nombor pengenalan polis pada pakaian seragam mereka.

Tambah Majlis Peguam lagi, pihak berkuasa telah mengabaikan peruntukan yang termaktub dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNBPUFF), Tatakelakuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang (UNCC), dan garis panduan Amnesty International.[51]

Keganasan dan penangkapan wartawan[sunting | sunting sumber]

Beberapa orang wartawan turut diserang oleh pegawai polis, yang mana beberapa jurugambar telah dimusnahkan kamera dan kad ingatan mereka setelah mengambil gambar keganasan polis. Jurugambar Malaysiakinim Koh Jun Lin ditangkap sementara kelengakapannya dirampas. Malay Mail mengesahkan bahawa jurugambarnya, Arif Kartono ditumbuk oleh polis dan kameranya dimusnahkan. Kru Al-Jazeera turut dikasari dan kamera mereka dirosakkan setelah mereka cuba merakam seorang pegawai polis membelasah seorang pembantah.[52]. Ketua Inspektor Polis, Ismail Omar menjanjikan agar siasatan akan dijalankan serta menafikan kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mendakwa bahawa Tatacara Operasi Piawai (SOP) membenarkan mereka untuk merampas kelengkapan media termasuk kamera dan kad ingatan.[53]

Laporan berat sebelah[sunting | sunting sumber]

Juga terdapat dakwaan penapisan dan laporan berat sebelah oleh media massa Malaysia ke atas perhimpunan Bersih 3.0.

Seorang pemerhati luar negara, Senator Nick Xenophon dari Senat Australia dituduh[54][55][56][57] sebagai anti-Islam dan menyokong homoseksual dalam akhbar-akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia dan Berita Harian.[58] Akhbar-akhbar berkenaan kemudiannya menerbitkan notis penarikan balik dan minta maaf kepada beliau.[59][60]


Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyatakan bahawa liputan media terhadap Bersih 3.0 berkurangan berbanding dengan Bersih 2.0 pada 2011. CIJ mulai mengawasi artikel-artikel tentang Bersih 3.0 pada 14 April 2012, dua minggu sebelum perhimpunan pada 28 April, menyamai kajian yang dilakukan ke atas Bersih 2.0 dua minggu sebelum perhimpunan 9 Julai 2011 itu. CIJ mengawasi artikel-artikel dalam empat akhbar, iaitu Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star dan theSun, lalu mendapati penurunan 90% hingga 60% dalam liputan berita. Keberkecualian rencana-rencana itu turut dipertikaikan, yang mana dua akhbar itu banyak menyiarkan pandangan yang negatif terhadap acara itu. Pada keseluruhannya, memandangkan kepentingan Bersih 3.0, adalah dianggap bahawa akhbar-akhbar utama sengaja melembutkan liputan mereka terhadap Bersih, baik dengan kerelaan diri mahupun campur tangan kerajaan ataupun parti politik yang memiliki akhbar-akhbar itu.[61]

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan Al Jazeera mengeluarkan kenyataan yang menuntut penjelasan atas tuduhan pemalsuan laporan beritanya oleh penyiar satelit Malaysia, Astro.[62] Dua temubual dengan pembantah telah dipotong, begitu juga sekerat pengisahan wartawan akan bagaimana tercetusnya keganasan selepas acara tamat. Astro mengakui telah menapis liputan BBC tetapi meluahkan rasa kecewa terhadap saluran itu kerana gagal memahami bahawa Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan setempat.[63]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Pada April 2013, panel siasatan Suhakam mendapati berlaku pelanggaran hak asasi oleh polis semasa dan selepas perhimpunan, terhadap peserta dan pihak media. Mereka juga mendapati sesetengah penggunaan bahasa dalam garis panduan yang disediakan penganjur kurang jelas dan boleh disalahtafsir peserta.[64]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 S Pathmawathy (28 April 2002). "300,000 at Bersih 3.0, Ambiga claims success". Malaysiakini. Diperolehi pada 30 April 2012. 
  2. Police violence marks Malaysia reform rally Aljazeera. 28 April 2012.
  3. Rais: Hanya 22,270 sertai Bersih 3.0. Sinar Harian. Capaian 21 Mei 2012.
  4. Polis tahan 512 peserta BERSIH 3.0 Free MalaysiaKini. 29 April 2012.
  5. Cops release 200 protesters in batches The Star. 29 April 2012.
  6. Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara Malaysiakini
  7. 7.0 7.1 BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April Malaysiakini
  8. 8.0 8.1 BERSIH 3.0: Bersihkan dulu, baru buat p'raya Malaysiakini
  9. 3.0 wants to sit down and protest New Mandala
  10. 3.0 wants to sit down and protest — Dahlia Martin The Malaysian Insider
  11. Bar Council show support for Bersih 3.0 Free Malaysia Today
  12. group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency Malaysia Chronicle
  13. IKRAM Menyokong BERSIH 3.0 Pertubuhan IKRAM Malaysia
  14. We overreacted to Bersih 2.0, says HishamMalaysiakini
  15. Bersih Rally Not Security Threat -Hishammuddin BERNAMA
  16. 2 stadiums offered as alternate Bersih rally venue AsiaOne News
  17. calls Bersih ‘dirty’ gathering Free Malaysia Today
  18. DBKL and Bersih in deadlock over Dataran the Sun Daily
  19. DBKL locks down Dataran Merdeka Free Malaysia Today
  20. orders Hisham to clarify Bersih ban Free Malaysia Today
  21. orders Hisham to state if Bersih still banned The Malaysian Insider
  22. Court order issued against Bersih 3.0 The Sun Daily
  23. Court Grants Restraining Order Barring Entrance Into Dataran Merdeka BERNAMA
  24. ties: Ambiga shocked Free Malaysia Today
  25. chief, deputy admit they ‘could have been’ UMNO members The Malaysian Insider
  26. 80,000 at city centre despite KL lockdown Free Malaysia Today
  27. Court order and barriers won’t stop Bersih Free Malaysia Today
  28. Bersih salahkan polis cetus keganasan lepaskan gas pemedih mata The Malaysian Insider
  29. Police fires tear gas, water cannon New Straits Times
  30. Driver: I passed out before crash malaysiakini
  31. Bagaimana kereta peronda polis diterbalik HarakahDaily. 28 Apr 2012.
  32. Lisa J. Ariffin (28 April 2002). "388 arrested at Bersih rally". The Malaysian Insider. Diperolehi pada 30 April 2012. 
  33. Bersih 3.0 a huge success – organiser Borneo Post Online
  34. Bersih sit-ins pass without incident The Star Online
  35. Bersih rallies smooth in five other states Malaysia Chronicle
  36. Spirit of Bersih 3.0 flows abroad malaysiakini
  37. Bersih on a cool Saturday in Sydney malaysiakini
  38. Sydney comes out strong for Bersih 3.0 The Malaysian Insider
  39. Malaysian movement for free and fair elections goes global Radio Australia
  40. Malaysians in Singapore support Bersih 3.0 Malaysia Chronicle
  41. [1] Global Bersih 3.0
  42. "Opposition not concerned about free and fair elections, says Najib". The Star (Malaysia). 2012-04-29. Diperolehi pada 2012-04-29. 
  43. Bersih protesters ‘exemplary’, say international observersThe Malaysian Insider
  44. Malaysia rally fallout could delay polls: analystsAFP
  45. Demo Bantah BERSIH 3.0 - Peniaga Ibu Kota Tuntut Bayaran Ganti Rugi, KLPos.com, 5 Mei 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  46. 46.0 46.1 ‘Traders’ to hold ‘Bersih 4.0’ gathering, say 150,000 expected, The Malaysian Insider, 24 Mei 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  47. 'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga, Malaysiakini, 15 Mei 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  48. 48.0 48.1 Bersih 3.0 berakhir dengan 'hodoh'. Sinar Harian. Capaian 21 Mei 2012.
  49. Police brutality more widespread during Bersih 3.0, says Bar Council The Malaysian Insider
  50. Interim Report of the Malaysian Bar on BERSIH 3.0 held on 28 April 2012 The Malaysian Bar. 2 May 2012.
  51. Police brutality more widespread during Bersih 3.0, says Bar CouncilThe Malaysian Insider
  52. Journalists want answers on ‘police brutality’ Free Malaysia Today
  53. Hisham wrong about SOP, says IGP Free Malaysia Today
  54. [2]Senator Xenophon accused of Islamaphobia
  55. [3]Senator Xenophon falsely accused
  56. [4]Senator Xenophon falsely accused
  57. [5]Senator Xenophon to sue
  58. [6]Legal Action on NST by Aussie MP to continue
  59. [7] Malaysian newspaper apologises to Xenophon - ABC Online
  60. [8]Retraction and Apologies New Straits Time
  61. Centre for Independent Journalism Malaysia Alarmed at Media Blackout of Bersih 3.0; Website HackedNottingham University
  62. BBC Signals Outrage Over Malaysian ‘Censorship’ Of Bersih 3.0 Coverage!Sarawak Report
  63. Rais defends Astro, says ‘best parts’ of BBC Bersih clip shownThe Malaysian Insider
  64. Anis Nazri (17 Apr 2013). "Polis langgar hak asasi masa Bersih 3.0 - Suhakam". HarakahDaily. Diperolehi pada 18 April 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]