Ubay ibn Ka'ab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ubay ibn Ka'ab merupakan seorang dewasa dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Nama gelaran beliau adalah Abu Mundhir. Beliau wafat ketika zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ubay telah dilahirkan di Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib), di kalangan puak Bani Khazraj. Beliau merupakan antara yang pertama memeluk agama Islam dan berbai'at atau memberi sumpah taat setia kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika di Aqabah sebelum berlakunya Penghijrahan ke Madinah oleh kaum Muhajirin dan beliau merupakan daripada golongan Ansar. Beliau turut menyertai Peperangan Badar dan lain-lain pertempuran.

Beliau turut berperanan sebagai pencatit kepada Nabi Muhammad S.A.W dan sering menulis surat bagi pihak baginda. Ubay juga antara orang yang menulis isi Quran dan mempunyai mushafnya yang tersendiri.[1] Berikutan kewafatan baginda, beliau merupakan salah seorang daripadadua puluh lima orang yang menghafal al-Quran. Disebabkan itu, Umar Al-Khattab mengatakan tentang kearifan Ubay dalam kata-katanya seperti berikut:

"Wahai Manusia! Barangsiapa yang ingin bertanya tentang Al-Quran, tanyalah kepada Ubay ibn Ka'ab."

Beliau juga telah dilantik untuk menyertai Majlis Syura oleh Khalifah Abu Bakar untuk dijadikan tempat rujukan. Selain beliau, ahli tersebut termasuklah Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman ibn Auf, Muaz ibn Jabal dan Zaid ibn Thabit.

Umar yang mewarisi kepimpinan khalifah turut mengekalkan orang yang sama. Apabila muncul pertanyaan tentang fatwa, beliau akan merujuk kepada Ali ibn Abi Talib, Uthman, Ubay dan Zaid ibn Thabit.

Ubay meninggal dunia pada tahun 649 Masihi bersamaan tahun ke-29 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah Uthman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]