Hamzah bin Abdul Muttalib
Hamzah bin Abdul Muttalib (Bahasa Arab: حمزه بن عبدالمطلب)[b.568[1]-d.625] diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammad
. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammad
, dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad
, ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.[2]
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.
Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam
Isi kandungan |
Kehidupannya [sunting]
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda."[1] Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (Bahasa Arab: أسد الله) kerana keberaniannya.
Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad
, Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم
تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم
أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ
أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ
قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ
yang bermaksud:
Dari Ummu Salamah isteri Nabi
: "Ditanyakan orang kepada Rasulullah
: "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi
menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"
Jasa dan perjuangannya [sunting]
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy iaitu Utbah dan Shaibah.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.
Penghulu para syuhada [sunting]
| “ | "Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al-Hakim) |
” |
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 http://www.prophetmuhammadforall.org/webfiles/downloads/english/HAMZA.pdf
- ↑ Shahid Ashraf, "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions", Anmol Publications PVT. LTD., 2004, ISBN 81-261-1940-3 [1]
- Lihat "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions" pada muka 44.