Abbad ibn Bishr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abbad ibn Bishr (Bahasa Arab: عباد بن بشر‎) (sekitar 606632) merupakan seorang pemuda Madinah dari golongan Ansar. Beliau masuk Islam ketika berusia lima belas tahun hasil usaha keras seorang sahabat Nabi iaitu Mus'ab ibn Umair.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Ketika berhijrahnya golongan Muhajirin ke Madinah, Abbad dipersaudarakan dengan Ammar ibn Yasir. Beliau merupakan pemuda yang gigih mencari ilmu, warak dan berani di medan pertempuran.

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar memuji Abbad dalam kata-katanya yang bermaksud:

"Ada tiga orang dari golongan Ansar yang sifat baiknya tidak mampu dicabar oleh sesiapa pun iaitu Sa'ad ibn Muaz, Usaid ibn Khudair dan Abbad ibn Bishr"

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Abbad pernah menjaga khemah tentera Islam secara bergilir-gilir bersama saudara Hijrahnya iaitu Ammar semasa kaum Bani Najd merancang untuk membuat serangan ke atas kota Madinah.

Ketika berlakunya Perang Yamamah dalam siri Peperangan Islam-Riddah, Abbad bersama empat ratus orang golongan Ansar membuat serangan mengejut ke atas kaum Murtad pimpinan Musailamah al-Kazzab sehingga mereka terdesak lalu berundur ke kota mereka.

Di dalam pertempuran ini, Abbad terkorban syahid.