Muawiyah bin Abu Sufyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Muawiyah bin Abu Sufyan (602-680 Masihi) ialah pengasas Kerajaan Bani Ummaiyyah. Dia menentang pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang terakhir iaitu Saidina Ali bin Abi Talib (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW). Beliau menawan Mesir dan menjadi Gabenor di Syria dan Mesir sehinggalah peristiwa pembunuhan Saidina Ali r.a pada tahun 661 Masihi. Beliau memerintah dari tahun 661 Masihi sehingga tahun 680 Masihi. Beliau juga dikenali sebagai Mu'awiyah I.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Muawiyah dilahirkan pada tahun 602 Masihi di dalam suku kaum Bani Abd Shams yang mana banyak antara mereka menentang Nabi Muhammad SAW di Makkah. Mereka ini terus menentang Rasulullah SAW sehinggalah hijrah nabi ke Madinah. Bapa Muawiyah yakni Abu Sufyan bin Harb ialah salah seorang yang benci akan Rasulullah SAW. Namun sebelum Futuh Makkah (Pembukaan Kota Makkah), beliau dan isterinya telah masuk Islam. begitu juga dengan hambanya yang bernama Wahsyi yang telah membunuh Saidina Hamzah r.a. Di sini menunjukkan betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang sangat pemaaf dan tidak berdendam. Baginda suci-sesucinya dari sifat jahat dan berkepentingan baginda nabi yang maksum. Saudara perempuannya Ummu Habibah Ramlah adalah salah seorang isteri kepada Rasulullah SAW.

Muawiyah menjadi seorang Muslim sejak sebelum peristiwa pembukaan Kota Makkah tetapi menyorokkan status Islamnya daripada pengetahuan bapanya. Khalifah Muawiyah banyak diingati kerana khidmatnya di Syria. Dia juga terlibat dalam serangan ke atas tentera Byzantine di Syria.

Gabenor Syria[sunting | sunting sumber]

Selepas kematian saudaranya Yazid pada tahun 640 Masihi, Muawiyah dilantik menjadi Gabenor di Syria oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a (Khulafa Al-Rasyidin yang kedua). Menjelang tahun 647 Masihi, Muawiyah telah membina sebuah angkatan tentera yang cukup kuat untuk menangkis serangan Byzantine malah cukup kuat untuk menyerang Byzantine. Mereka juga berjaya menawan Cyprus (649 Masihi) dan Kepulauan Rhodes (654 Masihi) sambil berjaya menumpaskan tentera laut Byzantine di Lycia (655 Masihi). Semua ini terhenti selepas Saidina Ali bin Abi Talib r.a menjadi khalifah.

Pertikaian dengan Saidina Ali[sunting | sunting sumber]

Sebagai saudara kepada Saidina Uthman bin Affan r.a, Muawiyah merasakan penyiasatan berhubung dengan kematian Saidina Uthman r.a sengaja dilambatkan oleh Saidina Ali r.a. Perang Jamal dan Perang Siffin terjadi yang akhirnya Saidina Ali r.a mendapat kejayaan dalam kedua-dua pertempuran.

Muawiyah kemudiannya mengadakan rundingan dengan Saidina Ali r.a selepas kekalahannya dalam Perang Siffin. Muawiyah berjaya mengelirukan sekumpulan wakil Saidina Ali r.a yang akhirnya menyebabkan Muawiyah menakluk Mesir.

Apabila Saidina Ali r.a meninggal dunia akibat tikaman Abdul Rahman bin Muljam (Ibn Muljam) pada tahun 661 Masihi, Muawiyah menguasai Syria dan Mesir di samping menguasai tentera teramai pada masa itu. Orang ramai di Madinah telah memilih Saidina Hasan r.a sebagai khalifah pengganti Ayahandanya Saidina Ali r.a. Namun, untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama Islam, Saidina Hassan r.a, putera kepada Saidina Ali k.w dengan isteri pertamanya, Fatimah Az-Zahra r.ha, telah mengiktiraf Muawiyah sebagai khalifah umat Islam dengan ikhlas.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Selepas menjadi khalifah, Muawiyah mengembangkan empayar Islam dari barat Mesir sehingga Iran di timur. Khalifah Muawiyah juga melantik ramai bekas pegawai-pegawai Byzantine (Rom Timur) sebagai pegawai di kawasan baru jajahan Islam. Hal ini menjadikannya popular dan terkenal di Syria.

Legenda[sunting | sunting sumber]

Muawiyah terkenal dengan usahanya mencantikkan Damsyik, ibu kota Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau juga pernah melakukan serangan ke atas Constantinople, ibu kota Byzantine walaupun gagal menawan kota terbabit. Kebanyakan orang Islam memuji tindakan Muawiyah yang mengembangkan empayar Islam dengan begitu luas sehingga mampu mengugat Constantinople.

Golongan Syiah pula percaya semua tindakan Muawiyah adalah penderhakaan dan percaya bahawa Muawiyah sepatutnya menyerah diri kepada Saidina Ali sahaja. Muawiyah juga terkenal dengan pemerintahan sistem Monarki apabila Muawiyah melantik anaknya Yazid bin Muawiyah (Yazid I) menjadi khalifah lalu melanggar perjanjian dan perlantikan beliau bukan daripada sistem Syura.

Muawiyah mangkat pada 6 Mei, 680 Masihi. Dia digantikan oleh anaknya Yazid I.