Azhar Idrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ustaz Azhar Idrus)
Lompat ke: pandu arah, cari
Azhar Idrus
Kelahiran 12 Februari 1964 (50 tahun)
Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain UAI
Etnik Melayu
Pekerjaan Pendakwah bebas, Pelakon
Agama Islam
Laman web

UAI
Digital Mukmin Photography
Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Kulit buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) ialah penceramah bebas di Malaysia dari Terengganu. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. [perlu rujukan]

Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ; ( 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) ; Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) ; Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) ; Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ;Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ; Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).[perlu rujukan]

Pengalaman bidang muzik dan seni[sunting | sunting sumber]

Dahulunya Ustaz seorang pemain dram dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.[perlu rujukan] Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. [1] Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi rakannya juga

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Azhar Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-102-2. 
  • Azhar Idrus. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-164-0. 

Filem Lakonan Beliau[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]