Vokal pusat tengah
| Depan | Hampir depan | Pusat | Hampir belakang | Belakang | |
| Sempit | |||||
| Hampir sempit | |||||
| Separuh sempit | |||||
| Tengah | |||||
| Separuh luas | |||||
| Hampir luas | |||||
| Luas | |||||
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
| IPA – nombor | 322 |
| IPA – teks | ə |
| IPA – imej | |
| Entiti | ə |
| X-SAMPA | @ |
| Kirshenbaum | @ |
| Contoh bunyi | |
Vokal tengah-tengah ialah sejenis bunyi vokel yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ə dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan @ dalam X-SAMPA. Aksara yang sama boleh digunakan untuk vokal tengah-tengah yang bundar dan tak bundar.
Dalam bahasa Melayu, vokal pusat tengah diwakili oleh huruf e pepet, contohnya: enam, berat, liter. Huruf e dalam bahasa Melayu ada dua kegunaannya, iaitu e pepet [ə] dan e taling [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit).
Isi kandungan |
Vokal tak bundar pusat tengah [sunting]
Vokal tak bundar pusat tengah sentiasa dilambangkan oleh aksara [ə], tetapi aksara ini tidak semestinya melambangkan vokal tak bundar, apalagi sering digunakan untuk mana-mana vokal vokal tak tentu yang tidak tertekan. Jika perlunya keperincian, digunakannya aksara vokal tak bundar pusat hampir sempit dengan tanda penurun: [ɘ̞].
Ciri-ciri [sunting]
- Ketinggian vokalnya adalah tengah, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak di antara vokal sempit dan vokal luas.
- Kebelakangan vokalnya adalah pusat, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak di antara vokal depan dan vokal belakang.
- Vokal ini adalah tak bundar, iaitu bibir tidak dibundarkan.
Penggunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Inggeris | RP[1] | fur | [fɜ̝ː] | 'bulu' | Rujuk fonologi bahasa Inggeris |
| Jerman[2] | bitte | [ˈbɪtə] | 'tolong' | Rujuk fonologi bahasa Jerman. | |
| Portugis | Eropah[3] | pagar | [pɜ̝ˈɡaɾ] | 'membayar' | Lebih kepada vokal hampir luas [ɐ] dalam bahasa Portugis Brazil.[4] Rujuk fonologi bahasa Portugis |
| Romania | măr | [mər] | 'epal' | Rujuk fonologi bahasa Romania. | |
Vokal bundar pusat tengah [sunting]
Sesetengah bahasa ada vokal bundar pusat tengah ([ə] bundar) yang berbeza dari vokal separuh sempit dan separuh luas pusat tengah. Walaupun begitu, memandangkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiganya, maka tiadanya aksara IPA yang khusus untuk vokal ini, sebaliknya aksara [ɵ] untuk vokal bundar pusat separuh sempit meminjam tempatnya. Jika perlunya keperincian, maka diakritik penurun boleh digunakan: [ɵ̞].
Ciri-ciri [sunting]
- Ketinggian vokalnya adalah tengah, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak di antara vokal sempit dan vokal luas.
- Kebelakangan vokalnya adalah pusat, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak di antara vokal depan dan vokal belakang.
- Vokal ini adalah bundar, iaitu bibir dibundarkan.
Penggunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Belanda | kopen | [ˈkopə] | 'membeli' | Rujuk fonologi bahasa Belanda | |
| Perancis[5] | je | [ʒɵ̞] | 'saya' | Lebih ke depan untuk sebilangan penutur. Rujuk fonologi bahasa Perancis | |
| Rusia[6][7] | тётя | [ˈtʲɵ̞tʲə] | 'ibu saudara' | Alofon bagi /o/ di keliling konsonan yang dipalatalkan. Rujuk fonologi bahasa Rusia | |
| Sweden | energi | [ˌɛnːərˈɧiː] | 'tenaga' | Alofon tak tertekan bagi /ɛ/. Rujuk fonologi bahasa Sweden | |
Rujukan [sunting]
- ↑ Roach (2004:242)
- ↑ http://www.uiowa.edu/~acadtech/phonetics/#
- ↑ Cruz-Ferreira (1995:91)
- ↑ Barbosa & Albano (2004:229)
- ↑ Fougeron & Smith (1993:73)
- ↑ Jones & Ward (1969:62-63)
- ↑ Crosswhite (2000:167)
Bibliografi [sunting]
- Barbosa, Plínio A. & Eleonora C. Albano (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 227-232
- Crosswhite, Katherine Margaret (2000), "Vowel Reduction in Russian: A Unified Account of Standard, Dialectal, and 'Dissimilative' Patterns", University of Rochester Working Papers in the Language Sciences 1 (1): 107-172
- Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
- Fougeron, Cecile & Caroline L Smith (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73-76
- Jones, Daniel & Ward Dennis (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press
- Roach, Peter (2004), "British English: Received Pronunciation", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 239-245