Vokal bundar pusat sempit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Depan | Hampir depan | Pusat | Hampir belakang | Belakang | |
| Sempit | |||||
| Hampir sempit | |||||
| Separuh sempit | |||||
| Tengah | |||||
| Separuh luas | |||||
| Hampir luas | |||||
| Luas | |||||
Bagi aksara berpasangan, aksara kanan adalah vokal bundar.
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
| IPA – nombor | 318 |
| IPA – teks | ʉ |
| IPA – imej | |
| Entiti | ʉ |
| X-SAMPA | } |
| Kirshenbaum | u" |
| Contoh bunyi | |
Vokal bundar pusat sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʉ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, dan } dalam X-SAMPA. Vokal ini dibahagikan lagi kepada dua, iaitu terjulur (endolabial) dan terketap (eksolabial).
Isi kandungan |
[sunting] Vokal terjulur pusat sempit
[sunting] Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah pusat, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak antara vokal depan dan vokal belakang.
- Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, lalu terdedah permukaan dalamannya.
[sunting] Penggunaan
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Barbar | Tamazight Maghribi Tengah[1] | ? | [lːæjˈɡːʉɾ] | 'dia pergi' | Alofon bagi /u/ selepas konsonan velar. |
| Inggeris | Australia | boot | [bʉ̟ːt] | 'but' | |
| New Zealand | |||||
| Cockney[2] | [bʉːt] | berpadan dengan /uː/ dalam loghat lain. Rujuk fonologi bahasa Inggeris | |||
| Estuary[3] | |||||
| Scouse[4] | |||||
| Ireland | ciúin | [cʉ̠ːnʲ] | 'senyap' | Alofon bagi /uː/ dan /u/. | |
| Rusia | кюрий[5] | [ˈkʲʉrʲɪj] | 'kurium' | Hanya disebut di antara konsonan yang dipalatalkan. | |
[sunting] Vokal terketap pusat sempit
[sunting] Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah pusat, iaitu lidah terletak di tengah-tengah jarak antara vokal depan dan vokal belakang.
- Kebundaran vokalnya adalah terketap, iaitu tepi bibir dirapatkan dengan satu sama lain agar tidak terdedah permukaan dalamannya.
[sunting] Penggunaan
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Norway | hus | [hʉ͍ːs] | 'rumah' |
[sunting] Rujukan
- ↑ Abdel-Massih (1971:20), khususnya loghat Ayt Seghrouchen.
- ↑ Matthews (1938:78)
- ↑ Przedlacka (2001:42)
- ↑ Watson (2007:357)
- ↑ Jones & Ward (1969:67-68)
[sunting] Bibliografi
- Abdel-Massih, Ernest T. (1971). A Reference Grammar of Tamazight, Ann Arbor: University of Michigan.
- Jones, Daniel & Ward Dennis (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press
- Matthews, William (1938), written at Detroit, Cockney, Past and Present: a Short History of the Dialect of London, Gale Research Company
- Przedlacka, Joanna (2001), "Estuary English and RP: Some Recent Findings", Studia Anglica Posnaniensia 36: 35-50
- Watson, Kevin (2007), "Liverpool English", Journal of the International Phonetic Association 37 (3): 351-360