Vokal bundar depan sempit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Depan | Hampir depan | Pusat | Hampir belakang | Belakang | |
| Sempit | |||||
| Hampir sempit | |||||
| Separuh sempit | |||||
| Tengah | |||||
| Separuh luas | |||||
| Hampir luas | |||||
| Luas | |||||
Bagi aksara berpasangan, aksara kanan adalah vokal bundar.
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
Kepanjangan vokal ditanda dengan membubuh tanda ː
| IPA – nombor | 309 |
| IPA – teks | y |
| IPA – imej | |
| Entiti | y |
| X-SAMPA | y |
| Kirshenbaum | y |
| Contoh bunyi | |
Vokal bundar depan sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara y dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, dan y dalam X-SAMPA. Vokal ini dibahagikan lagi kepada dua, iaitu terjulur (endolabial) dan terketap (eksolabial).
Isi kandungan |
[sunting] Vokal terjulur depan sempit
[sunting] Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah depan, iaitu lidah terletak di depan sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebundaran vokalnya adalah terjulur, iaitu penjuru-penjuru bibir dirapatkan, hingga terdedah permukaan dalamannya.
[sunting] Penggunaan
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Albania | dy | [dy] | 'dua' | ||
| Cina | Kantonis | 書/syu1 | [syː˥] | 'buku' | Rujuk Bahasa Kantonis Baku |
| Mandarin | 绿/lǜ | [ly˥˩] | 'hijau' | Rujuk Bahasa Mandarin Baku | |
| Inggeris | Scotland | food | [fyd] | 'makanan' | Sesetengah loghat. Berpadan dengan /u/ (atau [ʉ]) dalam loghat lain. |
| Hungary[1] | tű | [tyː] | 'pin' | ||
| Jerman | Blüte | [ˈblyːtə] | 'bunga' | Lihat fonologi bahasa Jerman | |
| Perancis[2] | chute | [ʃyt] | 'jatuh' | ||
| Sweden | lyte | [lyːtə] | 'kecacatan' | ||
| Turki | güneş | [ɟyˈneʃ] | 'matahari' | ||
[sunting] Vokal terketap depan sempit
[sunting] Ciri-ciri
- Ketinggian vokalnya adalah sempit, iaitu lidah terletak dekat sekali dengan lelangit tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebelakangan vokalnya adalah depan, iaitu lidah terletak di depan sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan.
- Kebundaran vokalnya adalah terketap, iaitu tepi bibir dirapatkan dengan satu sama lain agar tidak terdedah permukaan dalamannya.
[sunting] Penggunaan
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Norway | syd | [sy̫ːd] | 'selatan' | Lihat fonologi bahasa Norway | |
| Sweden | yla | [y̫ː(ɥ)la] | 'raungan' | Lihat fonologi bahasa Sweden | |