Vuvuzela
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vuvuzela, juga dikenali sebagai lepatata (nama Tswananya) ialah sejenis trompet plastik sekitar 65 cm (2.13 ka) panjang yang menghasilkan not satu ton tersendiri kuat, lazimnya sekitar B♭3[1] (B♭ bawah C tengah).[2] Ia merupakan simbol bola sepak Afrika Selatan dan terkenal bising semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan pada Jun 2010.
Ramai penonton membeli vuvuzela dan menggunakannya ketika berada di dalam stadium. Alat muzik ini pernah cuba dihalang oleh penganjur perlawanan. Namun begitu akhirnya ia tidak disekat kerana menjadi sumber pendapatan, tarikan pelancong dan cenderamata. Malahan Putera William dari United Kingdom yang menonton perlawanan bola sepak turut mencuba menggunakan vuvuzela.[3]
[sunting] Rujukan
- ↑ "10 things about the vuvuzela". BBC News. British Broadcasting Corporation. 15 Jun 2010. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/africa/10312794.stm.
- ↑ Queen Mary College University of London (18 Jun 2010). Trumping the trumpets: how audio engineering helps tone down vuvuzela disruption. Kenyataan akhbar.
- ↑ World Cup 2010: Prince William plays the vuvuzela Telegraph