Tracie Sinidol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tracie Sinidol
Kelahiran (2001-09-24) 24 September 2001 (umur 22)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2017–2019; 2022–kini
Ketinggian159 cm (5 ka 3 in)
Ibu bapa
  • Sinidol Stimin (bapa)
  • Veronica Tajin (ibu)

Tracie Sinidol (lahir 24 September 2001) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2021/2022.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tracie pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan 2021 sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan.[4][5] Kakaknya, Grace pernah memenangi pertandingan ratu cantik dalam perayaan Kalimaran Murut dan Unduk Ngadau Kaamatan.[6]

Pada tahun 2022, Tracie dipilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2021/2022 dan dinobatkan sebagai juara sekalligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 dan sebuah trofi.[7] Beliau juga diundi sebagai Dewi Favourite menerusi undian peminat secara dalam talian.[4][8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula apabila ditawarkan membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer dengan membuat penampilan khas. Selepas itu, beliau muncul pula dalam drama Puaka Cuti Semester, diikuti oleh One Million Dollar Voice dan Luruhnya Bunga Cinta.[4][10] Beliau sebelum ini juga pernah berlakon dalam telefilem Negaraku 16 September dan Budak Pasar arahan Jurey Latiff Rosli.[6]

Tracie juga pernah menjadi model dalam muzik video lagu "Mengenggam Bahagia" nyanyian Sufian Suhaimi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tracie dilahirkan di Tambunan, Sabah dan dibesarkan di Keningau. Beliau ialah anak kelima daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Sinidol Stimin yang berkeuturunan Murut dari Tenom dan Veronica Tajin yang berketurunan Dusun dari Tambunan.[11][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Imam Instant Ustazah Scammer Yaya Astro Ria Drama pertama, penampilan khas
One Million Dollar Voice Aida Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Nuha Hamisya TV3
TBA Luruhnya Bunga Cinta 2

Web Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Puaka Cuti Semester Leha Tonton
TBA Gadis Masa Maya Viu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Negaraku 16 September Dirinya sendiri Astro Citra Telefilem pertama; Pelakon tambahan
2023 Diari Chinta Chinta Astro Ria Lakonan pertama

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2023 "Menggengam Bahagia" Sufian Suhaimi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Juliana Johar (6 September 2022). "Dewi Remaja 2022 Tracie Sinidol Mahu Bina Identiti Sendiri; "Henti Cakap Saya Kembar Mira Filzah."". Media Hiburan. Dicapai pada 22 September 2022.
  2. ^ Shahrin Zulkifle (5 September 2022). "Tracie Sinidol Tak Kisah Kalau Rakan Seperjuangan Famous Dulu - "Kejayaan Mereka, Kejayaan Saya Juga"". Astro Gempak. Dicapai pada 22 September 2022.
  3. ^ Wan Firdaus (5 September 2022). "Pernah Tular Dek Wajah Seakan Mira Filzah, Kenali Tracie Sinidol Dewi Remaja 2022". Nona. Dicapai pada 22 September 2022.
  4. ^ a b c Ridzuan Abdul Rahman (3 September 2023). "Minda kawal emosi". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2023.
  5. ^ "Tracie crowned Tambunan Unduk Ngadau" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. 29 April 2021. Dicapai pada 22 September 2022.
  6. ^ a b c "Tracie Sinidol, unduk ngadau miliki pelbagai bakat". Utusan Borneo. 12 Mei 2021. Dicapai pada 22 September 2022.
  7. ^ "Peserta Sabah, Tracie dinobat Dewi Remaja 2022". Kosmo!. 3 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
  8. ^ Najiy Jefri (3 September 2022). "Tracie juara Dewi Remaja 2022". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.
  9. ^ Najiy Jefri (13 September 2022). "Impian Dewi Remaja". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.
  10. ^ Nazrin Zulkafli (19 September 2023). "Dialek Sabah pekat sangat, Tracie Sinidol banyakkan bergaul dengan orang Semenanjung". mStar Online. Dicapai pada 22 September 2023.
  11. ^ Asrizal Aris (8 Jun 2017). "Tuah Tracie". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Shaza Bae
Dewi Remaja
2021/2022
Diikuti oleh:
Penyandang terkini