Wikipedia:Soalan-soalan lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Wikipedia:

Isi kandungan

[sunting] Apakah Wiki?

Wiki adalah sebuah kumpulan laman web yang dapat diubah oleh semua orang setiap saat. Konsep dan perisian Wiki dicipta oleh Ward Cunningham. Anda dapat mengubah semua halaman yang ada di tapak web ini, bahkan halaman yang sedang anda baca sekarang (dengan cara mengklik "sunting" di bahagian atas halaman ini). Jika anda hanya melawat dan ingin melihat dengan mata sendiri cara kerja Wiki, anda dipersilakan bereksperimen dengan kotak pasir.

[sunting] Apakah Wikipedia?

Wikipedia adalah suatu projek untuk membangunkan sebuah ensiklopedia atas talian yang komprehensif dan lengkap.

[sunting] Mengapa disebut Wikipedia?

Wikipedia merupakan singkatan dari 'Wiki' dan 'ensiklopedia'.

[sunting] Apakah tujuan Wikipedia?

Tujuan Wikipedia adalah untuk mencipta sebuah ensiklopedia percuma yang terbesar dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lamanya.

[sunting] Siapa yang memiliki Wikipedia?

Wikipedia diuruskan oleh sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Yayasan Wikimedia, yang turut sama menguruskan projek lain yang serupa, seperti Wiktionary dan Wikibooks, dan memiliki semua nama domainnya. Pada awalnya, laman ini diletakkan di pelayan Bomis, Inc, sebuah syarikat yang majoritinya dimiliki oleh Jimmy Wales. Kemudian dengan penubuhan Yayasan Wikimedia pada 20 Jun 2003, pemilikan semua nama domain dan peralatan teknikal telah diberikan kepada yayasan ini. Seterusnya tapak web ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli wikipedia menurut panduan yang telah diberikan oleh Jimmy Wales dan kemudian dibahasakan.
Semua rencana yang diletakkan di laman ini telah dibebaskan oleh penulisnya di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL), jadi tiada bayaran boleh dikenakan atas bayaran tersebut dan boleh diterbitkan semula di bawah lesen yang sama. Lihat hakcipta dan FAQ pembaca untuk maklumat bagaimana anda boleh menggunakan kandungan Wikipedia.

[sunting] Siapa yang bertanggungjawab atas isi Wikipedia?

Ahli Wikipedia, atau anggota-anggota Wikipedia. Wikipedia merupakan suatu projek kerjasama. Ribuan orang telah memberikan bantuan terhadap pelbagai aspek dalam projek ini, dan sesiapapun dapat memberikan sumbangan, termasuklah anda. Apa yang anda perlukan cumalah pengetahuan bagaimana menyunting sesuatu halaman dan sedikit pengetahuan ensiklopedia yang ingin anda kongsi.
Anda boleh mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas versi terkini sesuatu laman dengan mengklik butang "sejarah". Dan jika terjumpa apa-apa kesilapan pada laman itu, beranikanlah diri dan betulkan kesilapan tersebut. Ini adalah salah satu mekanisme asas pemeriksaan ketepatan kandungan ensiklopedia ini.
Jika anda tidak pasti atau mendapati sesuatu ayat mengelirukan, timbulkan isu tersebut di laman perbincangannya. Orang lain akan datang membantu anda membetulkan fakta, susunan ayat atau penggunaan perkataan tersebut dengan segera.

[sunting] Bagaimana menghubungi projek ini?

Disebabkan oleh projek ini merupakan satu projek kerjasama, tidak terdapat satu saluran tunggal. Namun cuba lihat Hubungi kami untuk hal-hal Wikipedia bahasa Melayu dan Meta untuk Wikipedia secara umum. Jika anda ingin menghubungi pengguna tertentu, tinggalkanlah mesej anda di laman perbualannya. Atau jika anda mempunyai beberapa soalan-soalan mengenai rencana tertentu, boleh juga bertanya di laman perbincangan rencana tersebut.

[sunting] Perlukah saya membuka akaun?

Ahli Wikipedia yang mempunyai akaun mempunyai beberapa kelebihan:
  • Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
  • Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah yang baik.
  • lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
Lihat juga kenapa buka akaun?

[sunting] Bagaimana anda tahu maklumat itu betul?

Kerana sesiapapun boleh menyunting sesuatu rencana, tidaklah mustahil untuk sesuatu rencana mengandungi maklumat yang berat sebelah, lapuk atau kurang tepat. Namun oleh kerana ada ramai orang yang membaca rencana-rencana tersebut dan memantau perubahan terkini, rencana berkenaan selalunya akan dibetulkan segera. Maka secara keseluruhannya ketepatan ensiklopedia ini adalah sentiasa meningkat dengan bertambahnya penyumbang. Anda adalah digalakkan membantu membetulkan sebarang kesilapan dan juga boleh menambahkan pengetahuan anda.
Lihat juga jawapan kepada bantahan biasa untuk maklumat lanjut.

[sunting] Berapa besarkah Wikipedia

Wikipedia bahasa Melayu kini mempunyai 137,121 rencana. Versi terbesar, versi bahasa Inggeris pula mempunyai lebih tiga juta rencana.

[sunting] Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia?

Asas pembentukan sesuatu versi bahasa di Wikipedia adalah menjurus keseluruhannya kepada bahasa pertuturan penutur sejagat, ia tidak menghadkan kepada satu-satu entiti negara atau wilayah penaklukan politik tertentu. Memandangkan Wikipedia yang dihoskan di Florida, Amerika Syarikat, pemegang amanah projek ini iaitu Yayasan Wikimedia mempunyai hak untuk menuruti apa yang terkandung pada Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (United States Constitution) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dasar utama penubuhan Wikipedia adalah untuk mewujudkan pelbagai judul rencana dalam pelbagai bahasa yang dipertuturkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di dunia.
Wikipedia bahasa Melayu, dikira sebagai tajuk versi bahasa yang terbaik untuk digunakan oleh Wikipedia ini, Wikipedia bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Piawai iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu piawai ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia bahasa Indonesia pula merupakan versi lain dalam projek Wikipedia. Penggunaan bahasa Indonesia sebenarnya adalah untuk menentukan entiti bahasa sejagat, ini berlaku berikutan pelbagai bahasa pertuturan dalam wilayah-wilayah kecil di sekitar kepulauan Indonesia itu adalah amat berbeza dari segi penggunaan tatabahasanya, kosa katanya, maksudnya, dan lain-lain. Oleh demikian adalah baik untuk merapatkan jurang-jurang kelainan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan tersebut memandangkan etnik-etnik peribumi di Indonesia berasal dari satu rumpun. Walaubagaimanapun penciptaan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan Indonesia itu juga turut dibenarkan di Wikipedia seperti berlakunya penciptaan Wikipedia bahasa Sunda, Wikipedia bahasa Jawa, Wikipedia bahasa Banyumasan dan lain-lain.
Berikutan itu, Wikipedia bahasa Malaysia mungkin tidak praktikal untuk dinamai kerana, pertama, hak penggunaan bahasa Melayu tidak terhad untuk bangsa Malaysia sahaja, ia boleh digunakan di Brunei mahupun di Singapura sekali pun. Ini juga bagi mengelakkan sesuatu negara itu cuba menyalahkan gunakan nikmat bahasa, untuk kepentingan sendiri atau menggunakan keistimewaan bahasa secara berat sebelah. Kedua, rata-rata bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia adalah sama dari segi tatabahasa, kosa kata, makna dan lain-lain dengan bahasa pertuturan masyarakat di negeri-negeri yang Melayu yang lain, walaupun dielek agak berbeza namun penulisannya hampir serupa. Oleh itu, tidak praktikal juga untuk mewujudkan "Wikipedia bahasa Melayu Kelantan" atau "Wikipedia bahasa Melayu Jambi" misalnya atas sebab geografi. Namun begitu atas sebab demografi, boleh juga diwujudkan misalnya "Wikipedia bahasa Dusun" (ujian di Wikimedia Incubator sedang dijalankan, anda dijemput membantu mengembangkannya). Bahasa Kadazan-Dusun memang diakui mempunyai dialek dan gaya penulisan, tatabahasa, ayat dan makna yang jauh berbeza dari bahasa Melayu piawai.
Maka, pengguna juga perlu perlu tahu, bahawa adalah elok bagi pihak Wikipedia mengekalkan kesinambungan pelbagai dielek dalam rumpun Melayu kepada satu jenis bahasa perpaduan yang dikenali bahasa Melayu. Dengan ini ia dapat merancakkan proses mengayakan istilah bahasa Melayu itu tanpa dicemari dengan unsur luar bukan dari rumpun bahasa Melayu itu sendiri.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan

Alatan peribadi

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain