Yong Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Pemandangan jalan raya utama di Yong Peng dengan aneka kedai di tepi jalan.
Mohor rasmi bagi Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Mohor
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ) yang terletak di Malaysia
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ)
Koordinat: 2°01′00″U 103°04′00″T / 2.0166667°U 103.0666667°T / 2.0166667; 103.0666667Koordinat: 2°01′00″U 103°04′00″T / 2.0166667°U 103.0666667°T / 2.0166667; 103.0666667
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Negeri Bendera Johor Johor
Daerah Batu Pahat
Penubuhan 1950
Majlis Daerah 1979
Kerajaan
 - Yang Dipertua Hj. Mohd Khir Johari Hj. Salleh
Penduduk (2010)
 - Jumlah 29,046
Zon waktu MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diamalkan (UTC)
Poskod 837xx
Laman sesawang: http://www.mdyongpeng.gov.my

Yong Peng ialah sebuah pekan di bahagian utara negeri Johor di Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.

Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.

Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.

Isi kandungan

[sunting] Pentadbiran

Yong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng[3] (MDYP, dahulu dikenali sebagai '"Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.

[sunting] Makanan

Yong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain