Yusuf Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Allahyarham Tuan Guru Haji

Yusof Rawa
Yusof rawa.jpg

Tempoh jawatan
1982–1989
Didahului oleh Mohd Asri Haji Muda
Diganti oleh Fadzil Mohd Noor

Mursyidul Am PAS
Tempoh jawatan
1987–1995
Didahului oleh -
Diganti oleh Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Lahir 8 Mei 1922
Pulau Pinang Lebuh Acheh, Pulau Pinang
Meninggal dunia 28 April 2000
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Hajah Kalsom Ali
Anak 11
Agama Islam

Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله ار-راوي), atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (8 Mei 1922 - 28 April 2000), adalah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia. Bapanya, Haji Abdullah Nordin al-Rawi, berasal dari Rao, Sumatera Barat, Indonesia.[1]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dikagumi kerana pemikirannya yang tajam yang boleh mengupas segala persoalan walaupun rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon, kemudian berpindah ke Sekolah Chowrasta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Government English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas itu beliau kembali ke tanah air untuk membantu mengembangkan perniagaan bapanya sebelum melibatkan diri secara langsung dalam politik.

Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.

Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua (kini dikenali sebagai Timbalan Presiden).

Kerjaya politik beliau mulai bersinar apabila menewaskan Dr. Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum 1969. Beliau menang dengan kelebihan 989 undi. Pada era PAS bersama Barisan Nasional, beliau adalah salah seorang ahli parlimen PAS yang dilantik menjadi menteri.

Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS (kini dikenali sebagai Presiden) bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesak perubahan dalaman. Selepas memegang peranan besar itu selama beberapa tahun, pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. Bagaimanapun, beliau masih mengekalkan jawatannya sebagai Mursyidul Am sehingga tahun 1995, dan diganti oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Semenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali yang meninggal dunia enam tahun sebelumnya.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama di dalam kabinet gabungan PAS dengan Barisan Nasional serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada pertengahan tahun 1970-an.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Harian Singgalang, 1 November 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
23 Oktober 198230 Mac 1989
Penyandang Kemudian
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda Dato' Haji Fadzil Mohd Noor