Pergi ke kandungan

Émilie Simon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Émilie Simon
Maklumat latar belakang
Nama lahirÉmilie Marie Simon Sunting nilai ini di Wikidata
Juga dikenali
sebagai
ÉmilieMarie Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran17 Julai 1978 Sunting nilai ini di Wikidata
Montpellier Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraPerancis Sunting nilai ini di Wikidata
GenreElektronik
PekerjaanPenyanyi-penggubah lagu, music executive (en) Terjemah, penyanyi, penggubah dan artis rakaman Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2003 Sunting nilai ini di Wikidata
DiskografiLihat: Émilie Simon discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanUniversal Records Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanPerry Blake, Katerine
Pautan berkaitan
Tapak sesawangemiliesimon.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm1818727 Allocine: 101656
Facebook: emiliesimonofficial Twitter: emiliesmusic Instagram: emiliesimon Youtube: UC840t-gJ-DZwPlAbZz4r4Og Souncloud: emiliesimonmusic Spotify: 6kLw7VpGwN4N0sBdmKhhfd Apple Music: 15066140 Deezer: 1388 Tidal: 3670715 Last fm: Émilie+Simon Musicbrainz: 01252145-c9e8-4de5-a480-9b2bed05450a Songkick: 3760 Discogs: 74286 Allmusic: mn0000798659 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Émilie Simon (kadangkala dieja Emilie Simon) adalah seorang artis, pengkarya dan penggubah lagu yang berasal dari Perancis. Beliau lahir pada 17 Julai 1978 di Montpellier, Perancis. Beliau juga digelar sebagai 'Björk Perancis' kerana beliau 'mempunyai dunia sendiri digubah daripada bunyian asli'[1]. Gaya muzik beliau yang berbentuk gabungan rock seni dan pop elektronik telah dipersembahkan kepada khalayak ramai melalui pelancaran album sulungnya, Émilie Simon[2].

Émilie Simon ialah anak kepada seorang jurutera muzik. Baliau telah dibesarkan di Montpellier, Perancis. Beliau telah mempelajari nyanyian lirik di sebuah sekolah muzik selama tujuh tahun sebelum mempelajari muzik purba di Sorbonne dan kemudiannya muzik elektronik di IRCAM. Beliau pernah mencuba muzik seperti jazz dan rock namun akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik elektronik. Beliau menghabiskan pelajaran tingginya dan mendapat DEA (diplôme d'études approfondies) dalam muzik kontemporari.

Émilie Simon telah menulis, mencipta dan menyanyi dalam semua albumnya. Beliau juga biasa dengan peralatan-peralatan rakaman, dan seringkali menambah sentuhannya yang tersendiri dalam penggubahan dan penerbitan. Di samping itu, beliau juga mengaturcara dan menyunting kesan bunyi untuk kebanyakan lagunya. Kini beliau sedang mencipta namanya sendiri dalam seluruh tanah airnya.

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

Émilie Simon

[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2003, beliau telah melancarkan album sulunya yang bertajuk Émilie Simon. Album tersebut mendapat sambutan hangat di Perancis dan menjadi sebuah kejayaan komersial. Berikutan dengan itu, bagi mempromosikan albumnya, beliau telah membuat beberapa persembahan langsung dan kemunculan televisyen di Perancis. Pada tahun 2004, beliau memenangi anugerah Victoires De La Musique bagi kategori Album Muzik Elektronik/Groove/Tari.

Émilie Simon membuat persembahan di Paleo Festival pada 23 Julai 2004.

La Marche De l'Empereur

[sunting | sunting sumber]

Émilie Simon ingin album keduanya untuk lebih condong ke arah bunyi yang bersifat musim sejuk dan berlatarkan kutub, jadi beliau terus merakam bunyi-bunyian yang berkaitan dengan kesejukan seperti ais dipecahkan dan bunyi berjalan di atas salji. Secara kebetulan, beliau telah dihubungi oleh seorang penerbit bernama Luc Jacquet untuk merakam sebuah runut bunyi asli bagi filem dokumentarinya yang bertajuk La Marche De l'Empereur yang berkenaan mengenai migrasi tahunan penguin kaisar (emperor penguin).

Filem tersebut telah dikeluarkan di Perancis pada awal 2005, menampilkan sebuah runut bunyi Émilie Simon yang juga dilancarkan oleh Universal Music sebagai album keduanya. Pada 2006, beliau telah memenangi anugerah Victoires De La Musique untuk kategori "Runut Bunyi" dan juga dicalonkan untuk Anugerah Césars bagi Pengkaryaan Muzik Filem Terbaik.

Walau bagaimanapun, filem March Of The Penguins yang dikeluarkan di Amerika Syarikat dan Kanada Inggeris menggunakan runut bunyi dokumentari tradisional yang dicipta oleh Alex Wurman. Hal ini adalah kerana penerbit-penerbit temnpatan bimbang bahawa runut bunyi Émilie Simon menjadi terlalu "mencabar" untuk para penonton di Amerika Utara. Hanya pawagam-pawagam Perancis Amerika Utara di daerah Quebec sahaja yang menayangkan filem tersebut dengan runut bunyi Émilie Simon. Filem versi DVD Kanada telah menawarkan kedua-dua runut bunyi iaitu itu versi Perancis Émilie Simon dan versi Amerika Alex Wurman.

Végétal

[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, Émilie Simon telah melancarkan album studio keduanya, Végétal (bermaksud "tumbuhan"), di mana beliau telah menggunakan bunyi-bunyian daripada tumbuh-tumbuhan sebenar. Lagu-lagu dalam album ini bermain-main dengan kata-kata dan seringkali berkaitan dengan tumbuhan. Selain itu, album ini juga mengandungi unsur-unsur muzik rock, seperti di dalam lagu "Fleur De Saison" di mana beliau telah memainkan gitar elektrik. Wala bagaimanapun, album ini tetap bercirikan muzik elektronik, di samping suara beliau yang lembut.

Dua buah single telah dikeluarkan daripada album ini iaitu "Fleur De Saison" dan "Dame De Lotus". Dua video muzik juga telah dibikin untuk menemani pelancaran single-single tersebut.

Album ini juga telah mengaplikasikan teknologi OpenDisc yang membolehkan kandungan-kandungan istimewa seperti lagu dan video muzik diakses di tapak web rasminya.

Setakat ini, album Végétal merupakan satu-satunya album Émilie Simon yang mempunyai lebih daripada satu kulit. Kini terdapat empat kulit bagi album ini.

The Flower Book

[sunting | sunting sumber]

Émilie Simon telah mula merakam dan melancarkan cakera padat di Amerika Syarikat. Pelancaran pertamanya, betajuk The Flower Book telah dikeluarkan pada November 2006 di Amerika Syarikat dan April 2007 di Kanada. The Flower Book merupakan sebuah album kompilasi yang memuatkan hasil-hasil kerja Émilie Simon dari ketiga-tiga albumnya sebelum itu dengan beberapa hasil kerja daripada konsert jelajah antarabangsa pendeknya dengan hentian di New York dan Los Angeles.

Pelancaran ini kemudian diikuti dengan sebuah konsert jelajah pendek di New York dan Los Angeles. Sejajar dengan itu, beliau telah menggunakan perkhidmatan tapak web MySpace untuk menyampaikan pesanan kepada para peminat.

Lagu "Rose Hybride De Thé" yang pada asalnya ialah sebuah lagu dalam album Végétal, juga dimasukkan ke dalam album The Flower Book. Lagu tersebut juga telah dilancarkan sebagai single rasmi pertama daripada The Flower Book, khusus untuk para pendengar di Amerika Utara. Tambahan pula, "Desert" telah dilancarkan dengan lagu "Désert" untuk A-side sebagai kedua daripada The Flower Book.

Émilie Simon À l'Olympia

[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mac 2007, Émilie Simon telah memasarkan album langsung pertamanya, À l'Olympia. Set tersebut muncul sebagai CD dan DVD, dan memuatkan rakaman langsung dari sebuah konsert yang diadakan pada 19 September 2006. Lagu-lagu daripada ketiga-tiga album sebelumnya munucul dalam album ini.

The March Of The Empress

[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Émilie Simon kedua, bertajuk The March Of The Empress, telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 3 April 2007.

Sewaktu persembahan pentas beliau, beliau telah membuat persembahan bersama Cyrille Brissot dari IRCAM yang mengarah program tersebut dan Medhi Parisot di gitar.

Pada 1 Julai 2005, di Eurockéennes de Belfort, beliau telah memberi persembahan langsung dengan penyertaan Synfonietta de Belfort dan kumpulan alat palu Lyon. Beliau bekerja bersama kedua-dua kumpulan muzik ini sekali lagi dalam konsert kedua pada 19 Januari 2006 di Le Grand Rex, Paris. Beliau kemudiannya menjelajah bersama kumpulan Placebo, membuat persembahan bagi bahagian pertama jelajah tersebut, dari 29 September 2006 hingga 4 Disember 2006. Selain itu, beliau juga telah membuat banyak konsert di Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.

Pengiktirafan dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • 2003: Prix Constatin bagi album Émilie Simon.
  • 2006: Césars - Runut Bunyi Asal Terbaik bagi La Marche De l'Empereur.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]