Émilie Simon (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Émilie Simon
Album studio oleh Émilie Simon
Dikeluarkan pada Februari 2003 (Cakera padat edisi piawai)
Disember 2003 (Mengandungi CD-R)
Julai 2006 (Mengandungi DVD)
Dirakam pada 2002-2003
Genre Pop, Trip-hop
Masa 39:17
Syarikat Barclay
Universal
Kronologi Émilie Simon
Émilie Simon
(2003)
La Marche De l'Empereur
(2005)
Single daripada album Émilie Simon
  1. "Désert"
    Dikeluarkan pada: Oktober 2002
  2. "Flowers"
    Dikeluarkan pada: Oktober 2003

Émilie Simon ialah album studio sulung oleh artis Perancis, Émilie Simon. Album bergaya trip-hop dengan pop ini dipasarkan di bawah syarikat rakaman Émilie Simon, Barclay. Sejurus selepas album ini dilancarkan, album ini mendapat sambutan yang hangat daripada pendengar, menjadikannya sebuah kejayaan komersial.

Dua buah single telah dikeluarkan daripada album ini. Lagu pertama dalam album ini, iaitu "Désert" telah dilancarkan sebagai single sulung pada Oktober 2002. Single kedua pula bertajuk "Flowers" dan dilancarkan pada Oktober 2003.

Pada tahun 2004, album Émilie Simon telah memenangi anugerah Victoires De La Musique bagi kategori Album Elektronik/Groove/Tari Terbaik.

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Album ini telah dikeluarkan dalam tiga waktu yang berbeza. Émilie Simon keluaran biasa serta keluaran 2-cakera padat telah dilancarkan pada bulan Februari 2003. Sebuah keluaran yang mengandungi CD-R pula telah dipasarkan pada bulan Disember 2003 sementara keluaran menampilkan DVD telah dikeluarkan pada bulan Julai 2006.

Album ini mempunyai lagu-lagu yang kebanyakannya dicipta oleh Émilie Simon sendiri. Walau bagaimanapun, album ini juga mengandungi sebuah lagu kulit iaitu "I Wanna Be Your Dog". Lagu tersebut pada asalnya telah dirakam oleh kumpulan rock The Stooges pada tahun 1969 untuk album sulung mereka yang bertajuk The Stooges. Selain daripada "I Wanna Be Your Dog", Émilie Simon juga telah menyanyikan semula lagu daripada kumpulan The Velvet Underground bertajuk "Femme Fatale"[1].

Di samping itu, album ini juga mengandungi sebuah lagu ("Graines d'Etoiles") hasil kerjasama antara Émilie Simon dan seorang penyanyi Ireland, Perry Blake.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Keluaran cakera padat biasa[sunting | sunting sumber]

  1. "Désert" - 3:02
  2. "Lise" - 3:55
  3. "Secret" - 3:56
  4. "Il Pleut" - 3:29
  5. "I Wanna Be Your Dog" - 2:41
  6. "To The Dancers In The Rain" - 2:42
  7. "Dernier Lit" - 3:05
  8. "Graines d'Etoiles" (Menampilkan Perry Blake) - 3:00
  9. "Flowers" - 2:33
  10. "Vu d'Ici" - 3:48
  11. "Blue Light" - 3:04
  12. "Chanson De Toile" - 4:02

Keluaran 2-cakera padat[sunting | sunting sumber]

Keluaran ini mengandungi 2 keping cakera padat di mana cakera padat kedua mengandungi lagu-lagu bonus. Keluaran ini juga telah dilancarkan pada bulan Februari 2003.

Cakera padat pertama mengandungi senarai lagu yang sama seperti keluaran cakera padat biasa. Senarai lagu cakera padat kedua pula adalah seperti berikut:

  1. "Desert" (Versi Bahasa Inggeris)
  2. "Solène"
  3. "Femme Fatale"
  4. "Désert" (Mix Avril Puzzle)

Keluaran Disember 2003[sunting | sunting sumber]

Album Émilie Simon dipasarkan semula pada Disember 2003 dengan beberapa ciri tambahan. Edisi ini, selain daripada mengandungi cakera padat keluaran piawai, juga memuatkan sebuah CD-R yang menampilkan klip-klip video serta "di sebalik tirai" dan juga runut-runut lagu versi akustik live.

Keluaran CD+DVD[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 3 tahun kemudian, iaitu pada Julai 2006, sebuah keluaran baru bagi album Émilie Simon telah dilancarkan. Album ini mempunyai beberapa penambahan dari segi runut lagu. Senarai lagu adalah seperti berikut:

Cakera padat[sunting | sunting sumber]

  1. "Désert"
  2. "Lise"
  3. "Secret"
  4. "Il Pleut"
  5. "I Wanna Be Your Dog"
  6. "To The Dancers In The Rain"
  7. "Dernier Lit"
  8. "Graines d'Etoiles"
  9. "Flowers"
  10. "Vu d'Ici"
  11. "Blue Light"
  12. "Chanson De Toile"
  13. "Désert" (Versi Bahasa Inggeris)
  14. "Femme Fatale"
  15. "Solène"
  16. "Désert" (Mix Thievery Corporation)

DVD[sunting | sunting sumber]

  1. Video muzik bagi lagu "Désert"
  2. Video muzik bagi lagu "Flowers"
  3. Video muzik bagi lagu "Désert" versi Bahasa Inggeris
  4. Di sebalik tirai bagi video muzik "Désert"
  5. Temubual

Kejayaan dalam carta[sunting | sunting sumber]

Album Émilie Simon telah memasuki carta France Albums Top 150 pada minggu 10/2003 di mana album tersebut memasuki dalam tangga ke-62[2]. Album ini telah kekal di tangga 62 selama 1 minggu dan berada di dalam carta selama 27 minggu. Minggu terakhir album ini berada dalam carta adalah pada minggu 12/2004.

Carta Kedudukan tertinggi
France Albums Top 150 ("Album Top 150 Perancis") 62

Single daripada album Émilie Simon[sunting | sunting sumber]

Dua buah single telah dilancarkan. Di samping itu, dua video muzik juga telah dibikin untuk setiap single.

Tajuk Waktu dilancarkan Pengarah video muzik
"Désert" Oktober 2002 Philippe André
"Flowers" Oktober 2003 nObrain

Senarai kakitangan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai kakitangan-kakitangan dalam pembikinan album Émilie Simon. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]