2-Metilpentana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

2-Metilpentana merupakan sejenis alkana rantai bercabang dengan formula kimia C6H14. Sebatian ini adalah isomer struktur daripada heksana. Ianya terdiri daripada gugusan metil yang terikat pada atom karbon kedua dalam rantai utama pentana. Bentuk sebatian ini serupa dengan 3-Metilpentana, di mana gugus metilnya terikat pada atom karbon yang ketiga pada rantai pentana.

Ciri-Ciri[sunting | sunting sumber]

2-Metilpentana merupakan sejenis sebatian kimia berbentuk cecair yang tidak mempunyai warna. Ianya juga mudah terbakar dan menguap.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

2-Metilpentana digunakan dalam pelarut dan produk pembersih.