Pergi ke kandungan

AKB48

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AKB48
AKB48 membuat persembahan di Nokia Theater (kini sebagai Peacock Theater (en)) di Los Angeles, California pada Julai 2010.
Maklumat latar belakang
AsalAkihabara, Tokyo, Jepun
GenreJ-pop
Tahun aktif2005–kini
DiskografiLihat: Diskografi AKB48 Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Subkumpulan/subunit bagiKumpulan AKB48 Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota semasalihat Senarai anggota
Bekas anggotalihat Bekas Anggota Kumpulan
Pautan berkaitan
Tapak sesawangakb48.co.jp
Tanda pagarakb48 Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm9941835 Anime News Network (orang): 66757 SoundCloud: akb48-official-real Spotify: 01wau5CL3Z1vfJJWkzBkqg Apple Music: 292706922 Deezer: 4043546 Tidal: 5952656 Last.fm: AKB48 MusicBrainz: be547bca-8718-4762-bf1b-34a3bdb4938f Discogs: 854331 AllMusic: mn0001748645 Amazon Music (artis): B003W5KQHM KKBOX: 9ZcF43i6Jj_jJPvzcJ LINE MUSIC: mi00000000002707fd Melon: 241266
Facebook: AKB48 X: AKB48_staff Instagram: akb48 YouTube: UCxjXU89x6owat9dA8Z-bzdw TikTok: akb48_official_tiktok Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

AKB48 (dibaca sebagai A.K.B. Forty-Eight) merupakan kumpulan idola remaja wanita Jepun yang diasaskan oleh Yasushi Akimoto dengan konsep “idola yang boleh ditemui” (会いにいけるアイドル, aini ikeru aidoru). Kumpulan ini mempunyai teater tetap di Akihabara, Tokyo, dan mengadakan persembahan setiap hari kecuali ada persembahan luar. Disebabkan permintaan tinggi, tiket persembahan diagihkan melalui sistem loteri.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

AKB48 ditubuhkan hasil uji bakat anjuran Yasushi Akimoto pada Julai 2005, di mana 24 peserta terpilih menjadi Team A. Seterusnya, Team K dibentuk pada April 2006 dengan 19 anggota, manakala Team B ditubuhkan pada Disember 2006 dengan 18 anggota. Kumpulan ini melancarkan single pertama Sakura no Hanabiratachi pada Februari 2006 yang berjaya menduduki tempat ke-10 carta Oricon. Selepas menandatangani kontrak dengan DefSTAR Records, mereka mengeluarkan single pertama yang rasmi iaitu Aitakatta pada Oktober 2006. Pada tahun berikutnya, single mereka seperti Seifuku ga Jama wo Suru dan Keibetsu Shiteita Aijou mendapat sambutan, manakala pada April 2007 jumlah keseluruhan anggota mencapai 48 orang, selaras dengan nama kumpulan AKB48.

Kecapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada era peralihan AKB48 ke bawah label King Records bermula dengan single ke-10 Oogoe Diamond pada 22 Oktober 2008. Seterusnya, mereka mengeluarkan 10nen Zakura pada Mac 2009 dan Namida Surprise! pada Jun 2009, masing-masing dalam versi biasa dan teater. Kemuncaknya, pada Oktober 2009, single RIVER menjadi titik kejayaan besar apabila buat pertama kali menduduki tempat pertama carta mingguan Oricon serta mencatat jualan tertinggi bagi kumpulan wanita tahun tersebut.

Sejak itulah AKB48 mencatat pelbagai rekod seperti jualan melebihi 500,000 unit, berada dalam carta mingguan Oricon selama 120 minggu, dan 48 minggu berturut-turut menduduki tempat pertama dalam carta karaoke Oricon. Mereka pernah memenangi Anugerah Rekod Jepun dua kali, iaitu pada 2011 melalui single Flying Get dan pada 2012 melalui Manatsu no Sounds Good!. Selain itu, mereka juga meraih Anugerah Jepun Gold Disc bagi kategori “Single of the Year (Single tahunan terbaik)” (J-Pop) selama 7 tahun berturut-turut bermula 2011, serta “Artis tahunan terbaik” (J-Pop) selama 3 tahun berturut-turut bermula 2012.

Dari segi jualan, AKB48 mencapai 10 juta unit pada 2011, 20 juta pada 2013, 30 juta pada 2014, dan 36 juta lebih pada 2015, menjadikan mereka artis nombor satu dari segi jualan CD single di Jepun. Pada 2016, mereka menjadi artis pertama sejak Oricon mula mengira pada 1968 yang melepasi 40 juta unit, seterusnya 50 juta pada 2018. Menjelang Mac 2020, jumlah jualan single mereka mencecah 56.03 juta unit, manakala album pula 6.64 juta unit. Pada 2023, mereka mengumumkan perpindahan label ke EMI Records di bawah Universal Music dan merilis single ke-61 pada April tahun sama.

Ulang tahun ke-20 (2025)

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 April 2025, AKB48 melancarkan single ke-65 mereka yang berjudul "Masaka no Confession" (まさかのConfession) yang bermaksud "Pengakuan yang Tidak Sangka".[2] Dalam lagu ini, Azuki Yagi, seorang pelatih generasi ke-18, dipilih sebagai pusat utama atau "center" untuk pertama kalinya. Ini adalah pencapaian besar bagi Yagi yang sebelum ini hanya berperanan sebagai pelatih. Lagu ini juga menggambarkan perasaan cemas dan teruja Yagi yang akhirnya menerima cabaran besar dalam perjalanan kariernya di AKB48. Single ke-66 berjudul "Oh my pumpkin!" dijadualkan akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2025 juga buat pertama kalinya anggota dari kumpulan saudara dari luar negara telah dipilih untuk menyertai lagu utama single tersebut.

Pada 25 Februari 2026, AKB48 melancarkan single ke-67 mereka yang berjudul "Nagori Zakura" (名残り桜) yang bermaksud "Bunga ceri yang tertinggal". [3]

Teater AKB48 berada di tingkat 8

Teater AKB48 terletak di tingkat 8 Don Quijote Akihabara (Bangunan Minami) dan menjadi titik permulaan aktiviti kumpulan AKB48. Teater ini menjadi pusat utama aktiviti mereka.

Di tingkat 5 bangunan yang sama, pernah ada AKB48 SHOP yang menjual DVD dan barangan rasmi, namun kedai ini ditutup pada Disember 2015.

Semua persembahan yang diadakan di teater ini dipanggil “kōen” (公演) atau “persembahan teater”, dan ia menjadi fokus utama aktiviti kumpulan. Persembahan terdiri daripada lagu-lagu asal, kebanyakannya lirik ditulis oleh Yasushi Akimoto selaku produser umum. Untuk satu set persembahan, Akimoto akan menilai ribuan demo lagu sebelum memilih lagu yang sesuai.

Selain itu, dari Jun hingga Oktober 2009, AKB48 juga pernah menggunakan Theatre G-Rosso (Tokyo Dome City Attractions) sebagai teater kedua, di mana mereka mengadakan persembahan secara tidak tetap.

Pada 17 Mac 2024, diumumkan bahawa selepas 19 tahun beroperasi, Teater AKB48 akan menjalani kerja pengubahsuaian bermula September 2024. Persembahan terakhir di teater sedia ada dijadualkan pada 1 September 2024.[4] Kerja renovasi dijangka siap pada 7 Disember 2024, iaitu sehari sebelum ulang tahun ke-19 AKB48.[5]

Kumpulan AKB48

[sunting | sunting sumber]

AKB48 mempunyai kumpulan saudara (sister group) yang ditubuhkan di dalam negara dan di luar negara.

Nama kumpulan Nama panjang Negara Status Francais
AKB48 Akihabara48 Jepun Aktif Kumpulan AKB48
SKE48 Sakae48
NMB48 Namba48
HKT48 Hakata48
NGT48 Niigata48
STU48 Setouchi48
SDN48 Saturday Night48 Dibubarkan
JKT48 Jakarta48 Indonesia Aktif
SNH48 Shanghai48 China Kumpulan AKB48 (hingga 2016)
BNK48 Bangkok48 Thailand Kumpulan AKB48
CGM48 Chiang Mai48
MNL48 Manila48 Filipina
TSH48 Team Shanghai48 China
AKB48 Team TP Akihabara48 Team Taipei Taiwan
KLP48 Kuala Lumpur48 Malaysia
SGO48 Saigon48 Vietnam Dibubarkan
DEL48 Delhi48 India
MUB48 Mumbai48

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan anggota AKB48 tertakluk kepada perubahan yang kerap disebabkan oleh graduasi, kemasukan, rombakan pasukan, dan pemindahan antara AKB48 dan pelbagai kumpulan kembarnya. Pada 18 Ogos 2025, kumpulan ini terdiri daripada 35 anggota tetap dan lapan anggota pelatih (kenkyuusei).[6] Narumi Kuranoo merupakan "ketua pengurus" AKB48.

Anggota tetap

[sunting | sunting sumber]
Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Saho Iwatate (岩立沙穂) (1994-10-04) 4 Oktober 1994 (umur 31) Kanagawa 13
Seina Fukuoka (福岡聖菜) (2000-08-01) 1 Ogos 2000 (umur 25) Kanagawa 15
Mion Mukaichi (向井地美音) (1998-01-29) 29 Januari 1998 (umur 28) Saitama 15 Bakal graduasi.
Yui Oguri (小栗有以) (2001-12-26) 26 Disember 2001 (umur 24) Tokyo Team 8 (2014)
Narumi Kuranoo (倉野尾成美) (2000-11-08) 8 November 2000 (umur 25) Kumamoto Team 8 (2014) Ketua Pengurus AKB48.
Kapten kumpulan.
Hiyuka Sakagawa (坂川陽香) (2006-10-07) 7 Oktober 2006 (umur 19) Fukui Team 8 (2019)
Miu Shitao (下尾みう) (2001-04-03) 3 April 2001 (umur 24) Yamaguchi Team 8 (2014)
Ayane Takahashi (髙橋彩音) (1997-12-30) 30 Disember 1997 (umur 28) Saitama Team 8 (2014)
Remi Tokunaga (徳永羚海) (2006-10-01) 1 Oktober 2006 (umur 19) Tottori Team 8 (2019)
Serika Nagano (永野芹佳) (2001-03-27) 27 Mac 2001 (umur 24) Osaka Team 8 (2014)
Haruna Hashimoto (橋本陽菜) (2000-05-25) 25 Mei 2000 (umur 25) Toyama Team 8 (2014)
Erii Chiba (千葉恵里) (2003-10-27) 27 Oktober 2003 (umur 22) Kanagawa Draf Gen. 2
Kurumi Suzuki (鈴木くるみ) (2004-09-02) 2 September 2004 (umur 21) Tokyo 16
Manaka Taguchi (田口愛佳) (2003-12-12) 12 Disember 2003 (umur 22) Kanagawa 16
Ayami Nagamoto (長友彩海) (2000-11-02) 2 November 2000 (umur 25) Kanagawa 16
Orin Muto (武藤小麟) (2000-07-22) 22 Julai 2000 (umur 25) Tokyo 16
Mizuki Yamauchi (山内瑞葵) (2001-12-01) 1 Disember 2001 (umur 24) Tokyo 16
Maho Omori (大盛真歩) (1999-12-05) 5 Disember 1999 (umur 26) Ibaraki Draf Gen. 3
Yuki Ota (太田有紀) (2004-03-27) 27 Mac 2004 (umur 21) Kanagawa 17
Airi Sato (橋本恵理子) (2004-06-24) 24 Jun 2004 (umur 21) Chiba 17
Eriko Hashimoto (橋本恵理子) (2006-04-16) 16 April 2006 (umur 19) Osaka 17
Nozomi Hatakeyama (畠山希美) (2008-01-25) 25 Januari 2008 (umur 18) Saitama 17
Yuki Hirata (平田侑希) (2002-09-03) 3 September 2002 (umur 23) Saitama 17
Moka Hotai (布袋百椛) (2004-12-01) 1 Disember 2004 (umur 21) Hyogo 17
Mayu Masai (正鋳真優) (2005-03-01) 1 Mac 2005 (umur 21) Saitama 17
Miyu Mizushima (水島美結) (2003-11-12) 12 November 2003 (umur 22) Hokkaido 17
Sora Yamazaki (山﨑空) (2004-05-13) 13 Mei 2004 (umur 21) Tokyo 17
Yuna Akiyama (秋山由奈) (2005-12-12) 12 Disember 2005 (umur 20) Chiba 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Sae Arai (新井彩永) (2005-10-05) 5 Oktober 2005 (umur 20) Tokyo 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Kazumi Kudō (工藤華純) (2005-06-15) 15 Jun 2005 (umur 20) Oita 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Hinano Kubo (久保姫菜乃) (2006-02-02) 2 Februari 2006 (umur 20) Nagano 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Yumemi Sako (迫由芽実) (2006-02-05) 5 Februari 2006 (umur 20) Saitama 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Kohina Narita (成田香姫奈) (2004-03-03) 3 Mac 2004 (umur 22) Hokkaido 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Azuki Yagi (八木愛月) (2005-03-22) 22 Mac 2005 (umur 20) Tokyo 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Yui Yamaguchi (山口結愛) (2009-03-08) 8 Mac 2009 (umur 17) Nagasaki 18 Sertai pada 9 April 2023.
Sebagai anggota tetap pada 2 April 2025.
Momoka Ito (伊藤百花) (2003-12-06) 6 Disember 2003 (umur 22) Saitama 19 Sebagai anggota tetap pada 4 Disember 2025.
Kairi Okumoto (奥本カイリ) (2007-01-27) 27 Januari 2007 (umur 19) Hokkaido 19 Sebagai anggota tetap pada 4 Disember 2025.
Yui Kawamura (川村結衣) (2006-06-18) 18 Jun 2006 (umur 19) Tokyo 19 Sebagai anggota tetap pada 4 Disember 2025.
Sari Shiratori (白鳥沙怜) (2010-09-10) 10 September 2010 (umur 15) Tokyo 19 Sebagai anggota tetap pada 4 Disember 2025.
Mei Hanada (花田藍衣) (2005-06-05) 5 Jun 2005 (umur 20) Kanagawa 19 Sebagai anggota tetap pada 4 Disember 2025.

Anggota pelatih (Kenkyuusei)

[sunting | sunting sumber]
Nama Tarikh lahir (umur) Tempat lahir Generasi Nota
Sagi Oga (大賀彩姫) (2006-05-16) 16 Mei 2006 (umur 19) Fukushima 20 Sertai pada 20 Disember 2024.
Saki Kondo (近藤沙樹) (2012-02-23) 23 Februari 2012 (umur 14) Aichi 20 Sertai pada 20 Disember 2024
Anggota termuda
Hinata Maruyama (丸山ひなた) (2008-07-11) 11 Julai 2008 (umur 17) Niigata 20 Sertai pada 20 Disember 2024.
Mao Takahashi (髙橋舞桜) (2010-06-25) 25 Jun 2010 (umur 15) Hokkaido 21 Sertai pada 4 Disember 2025.
Sayuri Tanaka (田中沙友利) (2008-12-09) 9 Disember 2008 (umur 17) Saitama 21 Sertai pada 4 Disember 2025.
Ema Makiko (牧戸愛茉) (2007-05-25) 25 Mei 2007 (umur 18) Aichi 21 Sertai pada 4 Disember 2025.
Yu Morikawa (森川優) (2008-06-24) 24 Jun 2008 (umur 17) Hyogo 21 Sertai pada 4 Disember 2025.
Kiko Watanabe (渡邊葵心) (2007-07-12) 12 Julai 2007 (umur 18) Akita 21 Sertai pada 4 Disember 2025.

Bekas Sub-unit

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Majlis Anugerah Dicalonkan Keputusan
2011 Anugerah Rakaman Jepun ke-53 Grand Prix "Flying Get" Menang
Anugerah Muzik Billboard Japan[7] Artis pada tahun ini Menang
Artis pop terbaik Menang
Hot 100 of the Year "Everyday, Kachuusha"[8] Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Everyday, Kachuusha"[8] Menang
2012 Anugerah Muzik Asia Mnet ke-14 Artis Jepun Terbaik di Asia "UZA" Menang
Anugerah Muzik Billboard Japan[9] Artis pop terbaik Menang
Artis pada tahun ini Menang
Hot 100 of the Year "Manatsu no Sounds Good!" Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Manatsu no Sounds Good!" Menang
Anugerah Rakaman Jepun ke-54 Grand Prix "Manatsu no Sounds Good!" Menang
2013 Anugerah Muzik Billboard Japan Artis pada tahun ini Menang
Artis pop terbaik Menang
Hot 100 of the Year "Koi Suru Fortune Cookie" Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Sayonara Crawl" Menang
Anugerah Rakaman Jepun ke-55 Grand Prix "Koi Suru Fortune Cookie" Tercalon
  1. ^ "Galaxy Records Sells AKB48's Tsugi no Ashiato Album in Philippines". animenewsnetwork.com. Anime News Network. 6 November 2015. Text "language: English" ignored (bantuan)
  2. ^ "AKB48 65thシングルのタイトル決定!!アーティスト写真も公開!(Tajuk single ke-65 AKB48 ditetapkan!! Gambar artis terlibat didedahkan)". Blog rasmi AKB48 di Ameblo (dalam bahasa Jepun). 9 Februari 2025. Dicapai pada 9 Februari 2025.
  3. ^ "AKB48、伊藤百花初センターの新曲は「名残り桜」 特典映像で武道館公演の映像を収録【67thシングル詳細発表】". oricon (dalam bahasa Jepun). oricon ME. 2026-01-15. Dicapai pada 2026-01-15.
  4. ^ "AKB48劇場、今秋リニューアルへ 工事中は全国で「出張公演」". asahi.com. March 17, 2024. Dicapai pada 2024-03-17.
  5. ^ "AKB48、新劇場がついにお披露目「ここからだ」再出発誓う 高橋みなみも変貌ぶりに衝撃「想像を超えてきた」" [AKB48's new theater finally unveiled, "This is where it all begins" - Takahashi Minami also shocked by the transformation, "It's beyond my imagination"]. ORICON NEWS. 2024-12-08. Dicapai pada 2024-12-09.
  6. ^ "AKB48公式サイト|メンバー情報 (Laman sesawang AKB48 - Senarai anggota)". AKB48 Official Website (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 April 2025.
  7. ^ "AKB48, Avril Lavigne Win Big at Billboard Japan Music Awards". Billboard. 2012-03-06. Dicapai pada 2012-04-01.
  8. ^ a b "Billboard JAPAN Music Awards 2011 Special TV Program[ビルボードジャパン ミュージックアワード2011 特別番組] | TVO テレビ大阪" (dalam bahasa Japanese). Television Osaka Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 2012-07-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "AKB48がアーティスト・オブ・ザ・イヤー含む4冠を2年連続で達成│Daily News│Billboard JAPAN" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Billboard Japan. 2012-12-15. Dicapai pada 2012-12-15.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]