Akimoto Yasushi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akimoto Yasushi
Latar belakang
Kelahiran (1956-05-02) 2 Mei 1956 (umur 67)
Meguro, Tokyo, Japan
GenreJ-Pop
PekerjaanPenulis lirik, Penerbit rakaman, Penulis televisyen
Tahun aktif1973–kini
Pengkarya berkait
AKB48
SKE48
SDN48
NMB48
HKT48
JKT48
SNH48
Nogizaka46

Akimoto Yasushi adalah seorang penulis televisyen Jepun, penulis lirik lagu, penerbit rekod, profesor dan naib presiden di Universiti Seni dan Reka Bentuk Kyoto. Beliau juga telah menghasilkan beberapa kumpulan idola Jepun seperti Onyanko Club, Kumpulan 48 (AKB48, SKE48, SDN48, NMB48, HKT48, JKT48, SNH48) dan Nogizaka46.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Apabila Akimoto menjadi seorang penulis skrip televisyen semasa di sekolah tinggi, dia telah menghasilkan banyak rancangan televisyen, seperti Utaban.

Akimoto bermula sebagai penulis lirik lagu dengan The Alfee pada tahun 1981. Dia juga telah menulis lirik untuk artis seperti Kinki Kids, Tunnels, Onyanko Club, AKB48, SKE48 dan SDN48. Beliau juga menulis single terakhir Misora ​​Hibari semasa hayatnya, "Kawa no Nagare no Yō ni", dan debut single Jero, "Umi Yuki".

Akimoto merancang untuk melancarkan AKB48 versi Taiwan pada musim panas 2011. Kumpulan itu dinamakan Taiwan48 atau TPE48 buat sementara waktu. Pada bulan Februari, terdapat laporan bahawa TPE48 akan debut musim panas 2011, tetapi tidak ada perkembangan selanjutnya sehingga pengumuman ini. Walau bagaimanapun, terdapat rancangan untuk mengadakan uji bakat untuk TPE48 pada awal 2012 dan debut seawal musim panas 2012.

Beliau juga merancang AKB48 versi Indonesia dipanggil JKT48. Uji bakat telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2011 dan ahli rasmi akan diumumkan pada awal November.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mukaichi Mion the Soukantoku of AKB48 Group (General Manager)" (dalam bahasa English). Shukan Bunshun. 2019-03-16. Dicapai pada 2019-03-17.CS1 maint: unrecognized language (link)