A Series of Unfortunate Events

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A Series of Unfortunate Events
Unfortunate Events Book Set.jpg
Koleksi A Series of Unfortunate Events (The Complete Wreck).
Pengarang Daniel Handler, a.k.a. Lemony Snicket
Pengilustrasi Brett Helquist
Pereka kulit Brett Helquist
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Genre Komedi hitam, cereka gothik, absurdis kanak-kanak
Penerbit HarperCollins
Tarikh terbitan 30 September 199913 Oktober 2006

A Series of Unfortunate Events merupakan satu siri buku kanak-kanak yang mengandungi tiga belas buah novel karangan Daniel Handler di bawah nama samaran Lemony Snicket, dan diillustrasikan oleh Brett Helquist. Kisahnya mengenai tiga kanak-kanak yatim piatu Baudelaire selepas kematian ibu bapa mereka dalam suatu kebakaran. Latar siri adalah anakronistik, dan dalam siri itu terdapat banyak kilasan budaya dan sastera.

Filem berdasarkan tiga buku pertama dalam siri ini telah dikeluarkan pada 17 Disember 2004, sebagai Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events[1], yang juga mempunyai permainan video berdasarkannya[2]. Buku audio yang dikeluarkan memasukkan lagu-lagu oleh The Gothic Archies, dan album susunan lagu-lagu itu juga telah dikeluarkan.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

The Bad Beginning, kulit UK.

Pengarang siri ini, Daniel Handler, telah menyebut dalam wawancara dengan majalah hiburan dalam talian The A.V. Club bahawa dia memutuskan mengarang cerita kanak-kanak apabila dia cuba mencari penerbit untuk novelnya yang pertama, The Basic Eight[3]. Satu daripada penerbit itu, HarperCollins yang menolak untuk menerbitkan The Basic Eight, berminat untuk dia mengarang cerita untuk kanak-kanak. Handler memikirkan bahawa ia merupakan idea buruk, tetapi bertemu dengan penerbit untuk berbincang mengenainya. Mereka mencabar dia untuk mengarang buku yang dia ingin membacanya ketika dia kecil. Handler lalu membentukkan semula manuskripnya untuk buku Gothik untuk orang dewasa[4], yang menjadi "Novel gothik tentang kanak-kanak membesar melalui benda-benda dahsyat", suatu konsep yang disukai penerbitnya, dan mengejutkan Handler. Buku pertama dalam siri ini ialah The Bad Beginning, dikeluarkan pada 30 September 1999.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengisahkan pengembaraan tiga kanak-kanak, Violet, Klaus dan Sunny Baudelaire, selepas ibu bapa mereka terbunuh dalam kebakaran rumah. Dalam The Bad Beginning, mereka menumpang sebentar dengan seorang sahabat ibu bapa mereka, Mr. Poe, seorang lelaki yang diamanahkan menjaga harta Baudelaire selepas kematian ibu bapa Baudelaire, sebelum dihantar untuk tinggal dengan Count Olaf, seorang saudara jauh mereka. Kanak-kanak itu menyedari bahawa dia ingin mengambil harta Baudelaire, yang akan diberikan kepada Violet apabila dia mencapai umur lapan belas tahun[5]. Dalam tujuh buku pertama, Olaf, setiap kali dalam penyamaran yang berbeza, mengikuti kanak-kanak tersebut ke mana sahaja supaya dia boleh mencuri harta mereka. Peranan ini berubah dalam lima buku berikutnya, di mana anak-anak yatim piatu ini menyamarkan diri semasa menjadi pelarian polis selepas dianiayai oleh Olaf, yang menyamar sebagai Detektif Dupin, untuk pembunuhan Count Omar (Jacques Snicket). Anak-anak Baudelaire cuba mendapat bantuan dari Mr. Poe, tetapi Poe seringnya sibuk dengan kerjanya, tidak sedar akan peribadi sebenar Olaf atau berfikir kanak-kanak Baudelaire itu berbohong.

Pengedaran[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Kulit UK The Grim Grotto

Siri ini termasuklah tiga belas buku-buku utama seperti berikut[6]:

Filem[sunting | sunting sumber]

Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events, berdasarkan tiga buku-buku pertama, yang dikeluarkan pada 17 Disember 2004[1]. Diarahkan oleh Brad Silberling, ia membintangi Jim Carrey sebagai Count Olaf, Meryl Streep sebagai Aunt Josephine, Billy Connolly sebagai Uncle Monty, Emily Browning sebagai Violet, Liam Aiken sebagai Klaus, Kara & Shelby Hoffman sebagai Sunny, dan Jude Law sebagai suara Lemony Snicket[7].

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Tontonan semula[sunting | sunting sumber]

Tontonan semula bagi A Series of Unfortunate Events yang sebanyaknya positif, dengan penonton semula katakan bahawa siri ini sangat menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa[8], dan bahawa ia membawa tema segar dan dewasa kepada cerita-cerita kanak-kanak[9]. Times Online merujukkan kepada buku-buku sebagai "fenomena kesusasteraan", dan membincangkan bagaimana anak-anak yatim piatu Baudelaire menolong anak-anak hidup dengan kematian - memetikkan kenaikkan dalam jualan selepas 9/11 sebagai bukti[10]. Wawancara yang berbeza dengan Harry Potter kerana jualan kedua-dua siri, penonton semula Bruce Butt kata bahawa siri adalah dekat kepada Roald Dahl dan Philip Ardagh[11]. Handler kata Edward Gorey dan Roald Dahl sebagai pengaruh[4]. Kejayaan siri itu kerana alam semesta moral.[12]

Jualan[sunting | sunting sumber]

A Series of Unfortunate Events yang dicetak dalam 41 bahasa lain,[13] menjual sekurang-kurangnya 55 juta salinan sehingga Mei 2007.[14]

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events (2004)". IMDb. http://www.imdb.com/title/tt0339291/. Capaian 2007-09-06. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan permainan tidak disediakan
  3. Daniel Handler - AVClub.com - Interview by Tasha Robinson, 16 November 2005. Dicapai 13 Jun 2007.
  4. 4.0 4.1 "The Mysterious Mr. Snicket". Salon.com. http://archive.salon.com/mwt/feature/2000/08/17/snicket/index.html. Capaian 2007-09-05. 
  5. Snicket, Lemony (dalam bahasa English). The Bad Beginning. A Series of Unfortunate Events. HarperCollins. ISBN 0064407667. 
  6. "The Bothersome Books". lemonysnicket.com. http://www.lemonysnicket.com/books.cfm. Capaian 2007-09-05. 
  7. "Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events". unfortunateeventsmovie.com. http://www.unfortunateeventsmovie.com/main_flash.html. Capaian 2007-09-06. 
  8. "The Bad Beginning". ypress.org. http://www.ypress.org/reviews/books/0064407667.html. Capaian 2007-09-05. 
  9. Jennifer Robinson. "Life Isn’t Fair: Adult Lessons for Children from Dahl and Snicket" (PDF). San Jose State University. Dicapai pada 2007-08-19.
  10. "Unhappily ever after". Times Online. 18 December 2004. http://women.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/women/article403148.ece. Capaian 2007-09-07. 
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Butt tidak disediakan
  12. Mackey, Margaret (January 2003). "Risk, Safety, and Control in Young People's Reading Experiences". School Libraries Worldwide (Edmonton) 9 (1): 50. 
  13. "Friday the 13th closes the book on Lemony Snicket", USAToday. Dicapai pada 2007-09-06. 
  14. "More Misery for Less Money - Lemony Snicket". findlaw.com. http://www.google.com/search?q=cache:J3Gwk2R7FCQJ:news.corporate.findlaw.com/prnewswire/20070503/03may20071319.html+For+the+first+time+since+they+began+ravaging+the+New+York+Times+bestseller+lists+353+weeks+ago,+the+books+in+A+Series+of+Unfortunate+Events+are+being+released+in+paperback+next+Tuesday,+May+8,+2007.&hl=en&client=firefox-a&gl=uk&strip=1. Capaian 2007-09-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: