Abang Sado Boleh Beres

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abang Sado Boleh Beres
Genre
PenciptaA. Aida
Ditulis olehA. Aida
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Berlari" oleh Arief Azmin dan Aizat
Lagu penutup"Berlari" oleh Arief Azmin dan Aizat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Farish Che Aziz
  • Nur Farhana Zulkifli
Penerbit
  • A. Aida
  • Noraini Abd Jalil
PenyuntingHerman Shah Abd Hamid
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 September 2016 – 18 Oktober 2016
Kronologi
MengikutiKahwin Muda
Diikuti olehTak Beli Tak Cinta

Abang Sado Boleh Beres ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Khalid Nadzri, dibintangi oleh Julia Ziegler, Reen Rahim, Sabhi Saddi, Zee Zainal, Acap Jamaludin, Ezzaty Abdullah dan Dafi.[1][2][3] Drama ini merupakan siri ketiga dan terakhir dalam trilogi Abang Sado dan memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 13 September 2016 hingga 18 Oktober 2016 menggantikan Kahwin Muda.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang 3 rakan, Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap BMB) dan Fariz (Zee BMB) yang mempunyai karektor yang berbeza. Mereka berjaya memulakan bisnes baharu dengan membuka gim di sebuah pusat beli-belah. Bisnes mereka amat maju kerana pelanggan yang mendaftar di gim terdiri daripada pelbagai kategori umur dan saiz badan. Mereka runsing apabila terdapat kaum ibu yang membawa anak-anak mereka datang ke gim. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kecil itu mengacau pelanggan-pelanggan yang lain. Perkara ini terjadi apabila pelanggan tetap mereka yang mulut bising dan mata keranjang bernama Rozita membawa anak lelakinya, Adam yang berumur 7 tahun.

“Jangan risau, abang sado boleh setel,” Rahul yang sentiasa mempunyai idea yang kreatif bertindak untuk membuka ruangan khas bagi penjagaan kanak-kanak. Malah, dengan adanya ruangan khas itu, ia akan menarik ramai lagi pelanggan baharu, terutamanya yang ingin bersenam tetapi terhalang kerana perlu menjaga anak-anak. Namun, timbulnya persoalan siapa yang ingin menjadi pengasuh? Memandangkan mereka bertiga masih muda dan bujang, mereka tidak pandai dalam bab-bab penjagaan kanak-kanak. Sementara mendapatkan seorang pengasuh yang sesuai di gim mereka, Rayyan ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak di situ.

Fariz pula berdepan dengan cabaran baharu apabila ditugaskan untuk menjaga adik tiri Linda yang baru berumur 2 tahun. Kelam kabut jadinya apabila si anak kecil itu membuang air besar dan Fariz kekok untuk menukarkan lampin. Masalah mereka selesai apabila Nina, seorang gadis yang muda, cantik dan tegas orangnya dan juga kawan baik kepada Rayyan dan Rahul menawarkan diri untuk menjadi pengasuh di situ. Nina sangat suka akan kanak-kanak dan kebersihan, Fariz tertarik dengan perwatakan Nina dan sentiasa mencari peluang untuk menambat hati.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Abang Sado Boleh Beres (TV3)". My Infotaip. 12 September 2016. Dicapai pada 12 September 2016.
  2. ^ Budiey (20 September 2016). "Segala tentang drama Abang Sado Boleh Beres yang anda patut tahu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 September 2016.
  3. ^ "Abang Sado Boleh Beres sarat mesej". Perak Today. 21 September 2016. Dicapai pada 21 September 2016.
  4. ^ Abang Sado Boleh Beres (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 Mei 2018.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Abang Sado Boleh Beres Berikutnya
Kahwin Muda Tak Beli Tak Cinta