Gadaffi bin Ismail Sabri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dafi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dafi
DafiSeumurHidup.jpg
Dafi pada kulit albumnya, Seumur Hidup (2007).
Latar belakang
Nama lahir Gadaffi bin Ismail Sabri
Kelahiran (1988-12-14) 14 Disember 1988 (umur 29)
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2007–sekarang
Syarikat rakaman KRU Music Group
Kegiatan berkaitan Gita Gutawa

Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi dilahirkan pada 14 Disember 1988.[nota 1][1] Beliau merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada YB, Datuk Ismail Sabri Yaacob, iaitu Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.

Beliau boleh dikatakan sebagai pelajar AF yang bertuah. Sejurus selepas tersingkir, Dafi mendapat tawaran daripada Erma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM2.[1] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul.[1]

Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dafi,memperoleh Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dari Akademi Seni Muzik dan Bunyi, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, ini membuatkan beliau layak menerima Anugerah Industri untuk Kecemerlangan dari universiti berkenaan, beliau diberi peluang untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen universiti atas penerimaan anugerah tersebut.

Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU.[1] Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[3]

Dafi telah berkolaborasi dengan Shila dari One in a Million dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Dia Semanis Honeymoon (2016)
  • Dia Semanis Honey Raya (2016)

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Aiskrim Walls bersama dengan seorang penyanyi dari Indonesia, Gita Gutawa
  • Brands
  • Coca-Cola bersama dengan penyanyi dari One In A Million 8TV, Shila

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

facebook https://www.facebook.com/pages/Dafi/26569901166