Sabhi Saddi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi album EP beliau yang menggunakan namanya sebagai judul album, lihat Sabhi Saddi (EP).
Sabhi Saddi
Kelahiran (1984-09-04) 4 September 1984 (umur 34)[1]
Sandakan, Sabah, Malaysia [2]
KediamanKuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2010–kini.
PasanganRosi Aswani binti Abdul Razak (berkahwin 2012)
Anak3
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Tahun aktif2003–kini
Kegiatan berkaitan
Esdco, Adam AF2, Helena, Vienna Fridiana, Niely

Sabhi Saddi (Jawi: سبهي سدد; lahir 4 September 1984) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau juga pernah dikenali sebagai Boy dari kumpulan Esdco yang pernah bersama-sama Adam AF. Namun sekarang, beliau telah bergerak aktif sebagai penyanyi solo dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sabhi memulakan kerjaya seni beliau dalam sebuah kumpulan bergenrekan hip hop iaitu Esdeco bersama Adam AF dan Ejarn serta menggunakan nama Boy sebagai nama komersial beliau dalam kumpulan tersebut. Beliau juga pernah menjadi penari pengiring kepada Adam selama beberapa tahun. Kumpulan ini terpalit dengan populariti selepas Adam menyertai Akademi Fantasia Musim 2. Mereka juga pernah muncul secara berkumpulan dan telah mengeluarkan single pertama bertajuk Sayang Giler setelah diberi peluang dan single ini juga untuk mengukuhkan kumpulan tersebut. Malangnya kumpulan itu tidak mendapat tempat dan seolah-olah sudah lama berkubur [3]. Akibat komitment masing - masing yang sibuk, Sabhi akhirnya mengorak langkah sebagai penyanyi solo dan telah mengeluarkan album menggunakan nama beliau sendiri pada tahun 2010. Beliau juga tidak menggunakan nama Boy untuk aktiviti seni solo beliau sebaliknya menggunakan nama sebenar beliau dan menggunakan genre R&B dalam lagu nyanyian beliau berbeza dengan genre hip hop yang pernah dibawa semasa menjadi ahli kumpulan Esdeco. [4]

Karier nyanyian Sabhi mula meningkat naik apabila single beliau Nadiku berjaya menarik minat pendengar Malaysia. Selain itu, single Cinta Sesungguhnya bergandingan dengan Marsha juga telah menaikkan nama Sabhi. [5]

Pada 2014, Sabhi telah dicalonkan dalam dua kategori di Anugerah Planet Muzik (APM) menerusi Kolaborasi Terbaik (Lagu) bersama Bemby Noor dan Artis Terbaik (Lelaki). [6]

Selain menyanyi, Sabhi juga melibatkan diri dalam bidang lakonan apabila telah berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sabhi telah sah menjadi suami kepada Rosi Aswani Abdul Razak, gadis kelahiran Pasir Mas , Kelantan pada 17 Julai 2012. [7] [8]

Pada tahun 2013, Sabhi dan isteri telah menyambut anak sulung mereka yang diberi nama Sofea Reesya. Pada 4 September 2014, Sabhi menyambut kelahiran anak keduanya yang juga seorang bayi perempuan. Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 11.33 pagi dengan berat 3.3 kilogram dan diberi nama Sofea Rania. [9] [10] Pada 23 Mac 2017, Sabhi Saddi dan isterinya Rosi Aswani sekali lagi menyambut kelahiran cahaya mata ketiga. Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 10.45 pagi. [11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2010 "Nadiku" N/A Sabhi Saddi
2011 "Tanpamu"
Helena
N/A Lagu tema filem Nur Kasih The Movie
"Seperti Dulu Lagi"
Vienna Fridiana
N/A
"Waktu" N/A N/A
2013 "Cinta Sesungguhnya"
Marsha
N/A
2015 "Bukan Isteri Sempurna"
Mila Jirin
N/A Lagu Tema untuk Drama Bukan Isteri Sempurna
"Tiada Lagi Cinta" N/A N/A
"Kisah Kita"
Nieyl
N/A
"Percuma" N/A N/A
2017 "Setia Menunggumu" N/A N/A Lagu Tema Drama Andainya Takdir (2017) & Drama Setia Menunggumu (2017)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
Lalong
2013 Antara Cinta Laut China Selatan Balai
2015 Puteri Gunung Ledang HyppTV
2016 Bodyguard Basri TV3
Abang Sado Boleh Beres Rahul
Lambaian Ramadan
Bibik Bibikku
2017 Biar Aku Jadi Penunggu
Andainya Takdir (2017) Rahmat
Inspirasi Ramadan Episode 1
Tukar - Tukar Menu Dirinya Sendiri penampilan istimewa
Tauke Jamu Arman
2018 Awak Suka Saya Tak Nazim Astro Ria Slot MegaDrama
Terbaik Dari Ku TV3

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Walau Air Mata Darah TV3
2014 Aku Ada Wali TV Alhijrah
2016 Seutas Gelang Emas Rashid TV3
2017 Isteriku, Cikguku Nazri
Antara Capati Dan Belacan Kamal TV1

Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2013 Sesat Peserta Astro Ria berpasangan dengan Lana Nordin
2015 Papa Hero Saya Musim 2 Artis Jemputan
2017 Apa Nak Makan Ni ? TV3 17 Jun

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Planet Muzik (APM) Kolaborasi Terbaik (Lagu) Dicalonkan
Artis Terbaik (Lelaki) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sabhi Saddi Budiey.Com
  2. ^ MOHD AL QAYUM AZIZI ( Isnin, 6 Januari 2014) Sabhi Saddi Hadapi Masalah Buang Pelat Sabah. mStar Online
  3. ^ Rosli Manah (17 Januari 2010). Sabhi Adam ? Utusan Online.
  4. ^ 7 Ogos 2012. Mahu lebih dikenali - Hiburan. Kosmo Online
  5. ^ 8 Mac 2015. Percaturan Sabhi Saddi - Hiburan. Utusan
  6. ^ Senarai Pencalonan Akhir Anugerah Planet Muzik 2014. astro awani. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  7. ^ Sabhi Saddi akui kahwini gadis Kelantan Kosmo Online
  8. ^ MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI (20 March 2014). Isteri ibarat teman rapat. Utusan Online
  9. ^ 9 September 2014. Sabhi Saddi dapat anak kedua. Bharian
  10. ^ 23 Disember 2015. Sabhi Saddi Selesa Jaga Anak Tanpa Bantuan Ibu Mertua. Astro Gempak
  11. ^ 25 Mac 2017. - SABHI SADDI TIMANG ANAK KETIGA. My Artis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]