Abdullah ibn Umm Maktum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abdullah ibn Umm Maktum (Bahasa Arab: عبد الله بن أم مكتوم‎) (meninggal dunia pada 636 M) adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, namanya juga dikenali sebagai `Amr ibn Umm Maktum dalam sesetengah penceritaan masyarakat. Ayat pertama dalam surah ‘Abasa telah menceritakan sebuah insiden mengenai beliau.[1]

Kehidupan Abdullah ibn Umm Maktum[sunting | sunting sumber]

Abdullah adalah anak daripada pasangan Qays bin Sayd dan Atikah binti Abdullah. Beliau buta sejak lahir, maka ibunya disebut Umm-Maktum (Ibu yang tersembunyi). Abdullah juga merupakan sepupu kepada Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah antara individu pertama memeluk Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengutuskan Abdullah dan Mus'ab ibn Umair ke Madinah untuk mengajar Al-Quran kepada penduduk di sana sebelum peristiwa Hijrah berlangsung.[2] Abdullah bersama-sama Bilal bin Rabah pernah dipilih sebagai muazin di Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan Makkah untuk menyertai peperangan, Abdullah telah menjadi imam kepada jemaah yang melakukan solat.[3]

Jasa dan Pengorbanan[sunting | sunting sumber]

Ketika Nabi Muhammad SAW meninggalkan Madinah untuk menyertai satu pertempuran, Abdullah diberi tanggungjawab untuk memimpin bacaan doa. Abdullah meminta izin Umar Al-Khattab, iaitu khalifah kedua dalam Khulafa al-Rasyidin, untuk membiarkan beliau mengambil bahagian dalam jihad walaupun buta. Umar Al-Khattab membenarkan Abdullah untuk mengambil bahagian dalam Pertempuran al-Qādisiyyah. Beliau bertugas dalam pertempuran sebagai penggerak utama tentera Islam dan beliau mati syahid dalam pertempuran itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Al Mubarakpuri, Shaykh Safiur-Rahman (Julai 2003). Tafsir Ibn Kathir (Abridged) Volume 10. Maktaba Darussalam. m/s. 356. ISBN 9960-892-71-9. 
  2. ^ Shaikh Abdullah (September 2006). Biography of the Prophet (Vol.1). Maktaba Darussalam. m/s. 310. ISBN 9960980324. 
  3. ^ Tabari, McDonald, Watt (1987). The History of Al-Tabari, Vol VII : The Foundation of the Community. State University of New York Press, Albany. m/s. 89. ISBN 0-88706-345-4.